Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 2 Februari 2010

POLITIK MALAYSIA 2009

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 2 Februari 2010

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Dua peristiwa bersejarah dalam konteks kepemimpinan Negara berlaku pada 2009. Pertama, berakhirnya era Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Mac 2009 sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima, kedua bermulanya fasa baharu pentadbiran Negara dibawah kepemimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Walau bagaimanapun, peralihan teraju tertinggi pentadbiran Negara tidak bererti meredakan krisis politik domestik. Walaupun kestabilan dalam beberapa parti politik tertentu kian pulih, semua itu tidak menjanjikan ketenangan politik diperingkat nasional. Najib mengetengahkan manifesto “Satu Malaysia” untuk menarik semula sokongan rakyat. Pendekatan inklusif dan bukannya eksklusif dalam gagasan Satu Malaysia memaparkan keinginan dan motivasi beliau untuk mengukuhkan semula kedudukan Barisan Nasional ( BN )

Walaupun pemilihan UMNO pada Mac 2009 membawa sinar baharu kepada parti terbesar di Malaysia ini dengan kemunculan barisan kepimpinan yang baharu, hal ini tidak bermakna menjadikan BN kembali kuat. Kemelut dalaman beberapa parti komponen BN yang lain menjejaskan imej BN dimata rakyat Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »