Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KUASA DAN PRINSIP AKHLAK

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Disember 2008

Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Anehnya, tatkala dunia menjadi semakin kecil, kesedaran tentang jurang perbezaan antara masyarakat dan kelompok manusia tambah melebar, Timur dan Barat, Utara dan Selatan, mereka yang berkuasa dan mereka yang terpinggir.

Kesedaran ini tumbuh akibat daripada dasar dan amalan kuasa yang terpisah daripada prinsip akhlak. Kedamaian dan keamanan dunia yang berkekalan tidak boleh dibangunkan diatas landasan hegemoni agama, budaya, ekonomi dan politik tetapi atas kesedaran dan keinsafan terhadap wujud-nya “orang lain”. Maka timbullah keperluan dialog. Gerak ekonomi jelas menunjukkan kepada integrasi global. Revolusi teknologi dan ledakan maklumat bergabung menjadi dunia satu perkampungan sejagat. Manusia dan budaya semakin dekat tetapi adakah mereka saling memahami dan menghormati antara satu dengan lain.

Yang tersirat disebalik dialog peradaban ialah hasrat untuk menuju kepada convivencia sejagat. Agama dan kebudayaan akan terus berbeza. Setiap bangsa akan mempunyai ragam masing-masing. Setiap Negara akan mempertahankan bahkan berbangga dengan sistem politiknya yang terbentuk berdasarkan pilihan rakyat dan sejarah tersendiri.

Bangsa melayu dari dulu menyedari hakikat bahawa kehidupan manusia sentiasa pelbagai. “Lain padang lain belalangnya; lain lubuk lain ikannya”. Bangsa –bangsa Asia kini telah mendapat keyakinan baru dan ingin turut memikul beban membangun kembali dunia. Mereka tidak mahu membiarkan dirinya dibentuk oleh orang lain sebagaimana yang berlaku dulu.

Maka sikap bangsa-bangsa Asia akan menjadi unsur yang penting terhadap pembentukan convivencia sejagat. Mereka perlu melakukannya dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Ini bermakna membebaskan manusia daripada kesempitan dan prasangka, seterusnya membuka jalan kepada kesetiaan yang lebih tinggi, kesetiaan kepada kebenaran dan Negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: