Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for November 2008

Kepentingan Melayu Dan Pribumi Dalam Sejarah Dan Perundangan

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 24 November 2008

Ucaptama oleh :
YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia
di Majlis Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi
Anjuran PERKASA di Kuala Lumpur pada 16 November 2008


Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

Chinese Chauvinist ???

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 21 November 2008

Forwarded to me by my STAROBA friend

Here’s something most malays would agree with…

Sometimes, I don’t understand what more do you guys (chinese) want? You want the Malays to share what’s ours, but you never want to share your with us. You want to take from us but you never want to give. In order to live in harmony, we have to give and take and not just take. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

DEB DAN POLITIK

Posted by puteraadnan di Rabu, 19 November 2008

Oleh: Putera_Adnan

Dasar Ekonomi Baru dalam konteks legasi pembangunan di Malaysia merupakan satu legasi sejak 1970-an dan masih relevan dipraktikkan masa kini, ini kerana ia sejajar dan selari dengan hasrat dunia antarabangsa yang sedang memberikan penekanan kepada membentuk keseimbangan masyarakat di antara masyarakat di dunia maju dan dunia membangun.

Dalam konteks Malaysia, keseimbangan yang mahu dicapai ialah keseimbangan di antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera atau di antara bandar dan luar bandar. Sesungguhnya, secara realiti dan praktikal strategik, DEB telah memberikan kesan dan dampak terbesar dalam legasi pembangunan negara, dan inilah kejayaan yang mampu dilihat pada 2007 dan seharusnya diperkukuhkan secara berterusan falsafah pembangunan tersebut menjelang usia emas merdeka 50 tahun untuk menuju pencapaian negara maju menjelang tahun 2020. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

KONSPIRASI POLITIK DAN PERKAUMAN

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 19 November 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Mungkin benar bahawa masalah sebenar negara ini sebenarnya berpunca daripada sikap sesetengah pemimpin parti politik (Tidak kira Kerajaan atau Pembangkang) yang mengeksploitasikan media untuk melancarkan propaganda politik mereka sesuka hati bagi memastikan mereka terus menjadi “ Juara” kaum masing-masing.

Malaysia sebenarnya tidak perlu bersusah payah menggubal Akta Hubungan Kaum jika semua pemimpin tahu menjaga batas sensitiviti kaum yang perlu dihormati. Isi hubungan kaum ini perlu ditangani dengan teliti dan difahami dengan mendalam terutama sekali tentang Konsep Perbadanan Kaum yang tersirat dalam Semangat Perlembagaan Persekutuan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 3 Comments »

CUIT-CUIT KAUM, MARUAH TERCABAR.

Posted by puteraadnan di Isnin, 17 November 2008

Oleh: Putera_Adnan

Kita percaya rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan perpaduan kaum untuk keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara. Namun begitu, kadangkala kita menganggap perpaduan kaum merupakan suatu keadaan yang wujud dengan sendiri tanpa usaha hingga lupa adanya ancaman terhadapnya.

Sebab itu kita perlu mengambil perhatian terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan sentimen perkauman dan seterusnya mampu menjadi ancaman kepada semangat muhibah serta keharmonian di negara ini. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh mengutarakan isu-isu penting yang memerlukan pembetulan dan langkah-langkah bagi mengatasinya. Tetapi apa yang penting adalah cara dan sikap dalam menangani sesuatu isu supaya ia tidak berbau perkauman. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 1 Comment »

Maruah Bangsa, Agama dan Negara Terguris Kerana Perkauman

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 17 November 2008

Oleh:Anak Kecil Dari Gunung

Majlis Peguam merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh para peguam. Majlis ini di tubuhkan bukan untuk ikut terlibat dalam permainan politik, condong kepada mana-mana ideologi parti atau tidak mengambil kisah isu yang menyentuh sensiviti kaum dan agama.

Forum “Memeluk Islam” merupakan provokasi kepada umat islam dan Orang melayu di negara ini kerana Melayu dan umat islam tidak boleh dipisahkan . Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

BARA-BARA POLITIK PERKAUMAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 14 November 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Dalam pertarungan politik yang menentukan “Siapa Kuat, Dia Menang”. Kejernihan Moral dijadikan senjata politik yang paling tajam walaupun indvidu yang bercakap mengenainya, memaki hamun, mengutuk bahkan memfitnah. Sebenarnya persoalan moral yang amat penting dalam demokrasi. Kalau di lihat dalam konteks kuasa dan politik. Benarkah sekarang perhubungan kaum di negara ini berada dalam keadaan tegang sehingga perlu digubal satu akta khusus untuk menyelesaikan masalah ini? Negara ini semakin kepupusan pemikir tetapi sebaliknya semakin banyak pula orang yang memikirkan kepentingan diri sendiri demi mencapai cita-cita mereka.

Berpunca daripada gila kuasa dengan bertopengkan demokrasi, kebebasan, keadilan dan kesamaan. Ada pihak yang sanggup mengorbankan ketenteraman awam dan kedaulatan negara. Janji kosong, harapan palsu dan pendekatan populis adalah antara permainan politik sesetengah pemimpin pelbagai parti semata-mata mengambil kesempatan daripada “KETIDAK RASIONALAN”. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 8 Comments »

Anwar – Buih-buih yang sedang berantakan

Posted by puteraadnan di Jumaat, 14 November 2008

Oleh:Putera_Adnan

Kejayaan ideologi populis Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya lalu umpama mimpi menjadi realiti. Majoriti pengundi Pakatan Rakyat percaya Anwar mampu memberikan mereka satu era baru dalam politik negara ini. Anwar pada tanggal 9 April 2008 umpama “phoenix rise from its ashes.” Mati hidup semula kata Jamal Abdillah. Para pentaksub Anwar mengiyakan apa sahaja kata-kata Anwar selepas itu kerana keajaiban telah berlaku.Mereka melihat keajaiban yang berlaku bukan kerana protes rakyat, bukan kerana pengundi dan bukan kerana kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Sebaliknya mereka melihat kemenangan Pakatan Rakyat adalah atas kebijaksanaan dan keajaiban Anwar bin Ibrahim. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

Dasar Kepimpinan Negara: Malaysia Ke Arah Kehancuran?

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 12 November 2008

Oleh: Salza Hedra

Membaca komentar-komentar terhadap artikel ‘Kepimpinan Negara: Malaysia Perlu Ikut Amerika?’ perkara utama yang dipersoalkan adalah dasar dan kepimpinan negara. Pada pandangan mereka, Malaysia tidak akan ke mana sekiranya masih lagi mencorak dan mengekalkan dasar-dasar yang dibuat oleh orang melayu dan yang dilihat tertumpu kepada membantu kaum melayu. Dasar sebeginilah pada pandangan mereka merupakan kelemahan utama yang menjadi punca kepada ‘kelompongan’ dan ‘kemunduran’ negara. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

Kepimpinan Negara: Malaysia Perlu Ikut Amerika?

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 8 November 2008

Oleh: Salza Hedra

Rakyat Amerika telah melakar sejarah dalam senario politik negara mereka apabila memilih Barrack Obama Presiden pertama berkulit hitam. Begitulah tajuk-tajuk utama di dada akhbar tempatan. Kelansungan daripada itu, seperti yang dijangka ahli-ahli politik kita yang bukan Melayu mula menyuarakan perubahan di Amerika itu perlu dilakukan di Malaysia. Mereka berpandangan bahawa kini telah tiba masanya kepimpinan negara perlu diberikan kepada mereka khususnya menjadi Perdana Menteri. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 10 Comments »

Bajet: DSAI Buat Baru Betul. Orang Lain Buat Semua Tak Betul

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 6 November 2008

Oleh: Kawan Lama

DSAI memang terkenal dengan cara untuk menarik perhatian media agar mendapat publisiti demi kepentingan poltik beliau sendiri. Insiden terbaru adalah semasa pembentangan bajet tambahan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib di Parlimen baru-baru ini. Beliau bingkas bangun memohon diberikan peluang untuk menyoal DS Najib. Namun beliau tidak diberikan laluan kerana DS Najib memaklumkan bahawa akan memberi laluan untuk soalan apabila beliau selesai membuat perbentangan nanti. Dengan lagak sebagai Ketua Pembangkang, beliau bersama Ahli Dewan Parlimen Pembangkang bertindak keluar dewan. Tak cukup dengan peristiwa tersebut, keesokkan harinya beliau sekali lagi bangkit dan menyatakan bahawa pembentangan DS Najib tak sah kerana melanggar peraturan mesyuarat Parlimen. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 4 Comments »

PENGKHIANAT BANGSA MELAYU

Posted by puteraadnan di Selasa, 4 November 2008

Oleh: Putera_Adnan

Apakah Anwar bukan pengkhianat orang Melayu sedangkan pada masa beliau menjadi Menteri Kewanganlah pencapaian orang Melayu dalam pemilikan ekuiti menjadi statik dan tidak bergerak?Orang melayu telah mencapai sekitar 18% penguasaan ekuiti syarikat BSKL pada tahun 1990. Malangnya apabila Anwar mengambil alih kepimpinan di Kementerian Kewangan sehingga 1998, angka tersebut tidak berubah banyak. Walaupun ekonomi negara sedang mencanak naik ketika itu, Anwar hanya berjaya meningkatkan tidak lebih 2% daripada statistik 1990 ketika Daim Zainuddin meninggalkan Kementerian Kewangan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 4 Comments »