Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Januari 2009

LOMPAT PARTI- MULIA ATAU HINA?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: Anak Kajang

Lompat parti menjadi trend politik Malaysia kini. Ia berlaku sejak Anwar Ibrahim menerajui kepimpinan pembangkang.
Dari sudut positif ia bagus kerana dalam demokrasi lompat parti tidak menjadi kesalahan, tetapi dari sudut negatif pula, kenapa apabila lompat parti dari pembangkang ke kerajaan (BN atau UMNO), ia dikatakan melibatkan rasuah?

Bak kata, masuk PKR atau PAS kira bermoral dan ‘hati mulia’ tapi kalau ke UMNO atau BN dikatakan tidak bermoral dan kerana faktor wang.

1. Kenapa DAP suruh gubal satu dasar lompat parti walaupun LGE mengakui ia tidak menjadi kesalahan. Nik Aziz pula anggap lompat parti sebagai tidak bertanggungjawab- itu dulu, kini beliau kata lompat parti pun dialu-alukan. Dulu haram, kini halal. Kalau terkena batang hidung sendiri, ia jadi haram tapi sebaliknya menjadi halal kalau terkena orang lain.

2. Adakah trend lompat parti perlu dijadikan amalan politik dan perlukan kita setia kepada parti berkenaan?

Ibrahim ALi, bapa katak dari Pasir Mas pernah melompat sehingga terpelantum dari UMNO ke Semangat 46, masuk UMNO keluar jadi Bebas, kemudian masuk PAS tapi masih bebas. Ibrahim Ali masih menjadi Melayu dan bergaduh dengan DAP terutama sekali dalam mempertahankan hak orang Melayu dan Islam

3. Kenapa pada tahun 2004, Nik Aziz selaku MB Kelantan menyuruh ADUN dan Parlimen PAS angkat sumpah supaya tidak lompat parti ke UMNO untuk membolehkan BN menerajui Kelantan dengan kelebihan beberapa kerusi? Kenapa lompat parti pada masa itu HARAM? Kenapa kini HALAL?

Apakah Islam menghalalkan lompat parti? Tak ada fatwa dari PAS kerana senario kini ia memihak padanya.

4. Jika ini menjadi trend, adakah Pakatan dengan RELA dan REDHA menerima ahli mereka lompat parti terutama dari DAP dan PKR ke BN nanti selepas MAC 2009!!!

5. Pentingkan kesetiaan atau perjuangan? Atau orang politik sebenarnya ‘penipu’? Kenapa sehingga kini janji mereka belum ditunaikan?

Anwar Ibrahim pernah kata- kalau Pakatan memerintah Malaysia pada hari ini, ke esokkan hari harga minyak akan turun.

6. Rakyat kini mempunyai masalah-kerja. Kenapa mereka sebagai orang politik sahaja diberikan kerja dan bergaji tinggi sedangkan mereka tidak bekerja untuk kita?

Mereka lompat parti gembira sedangkan kita dibawah ini masih ditakuk lama. Ada mereka dengar? Kita nak dengar masalah mereka atau mereka sebagai pemimpin perlu dengar masalah kita? Adakah keadaan senario politik kita yang tidak tentu boleh menjadikan Malaysia maju dan kita semua menerima pelaburan asing mencurah-curah.

7. Apa akan berlaku sekarang bukan perkara baru. Filipina sudah terbukti menjadikan lompat parti sebagai demokrasi berpresiden mereka.

Adakah Filipina makmur dan aman? Adakah Filipina maju dan kaya? Yang berlaku sebaliknya. Tak perlu diceritakan.

8. Kenapa kita tak jadikan ‘demokrasi Iran’ sebagai perjuangan kita sedangkan lebih 60% adalah orang Melayu dan belum ditambah dengan Cina dan India muslim? Iran tak ada lompat parti ok tapi parti yang ber-ideologikan Barat dan disokong oleh Amerika (Barat) akan diharamkan.

Negara mereka pun maju. Fikir-fikirkanlah…

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 2 Comments »

KETAKSUBAN PROPAGANDA PARTI PEMBANGKANG

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: TENDA BIRU

Satu perkara yang semua pihak perlu tahu ialah parti UMNO dan perjuangannya tidak patut dipersalahkan di dalam kekusutan yang berlaku dalam senario politik negara hari ini. Titik tolak kepada badai politik di dalam UMNO disebabkan oleh kelemahan manusia. Sememangnya saya pelik dan tidak faham dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS sebenarnya. Apakah mereka benar-benar mahu memperjuangkan Islam atau semata-mata mahu menjatuhkan pemimpin UMNO walaupun negara kucar-kacir. Kita lihat PAS memiliki banyak cerdik pandai dalam agama, tapi itu semua tidak cukup jika di hati penuh dengan dendam kesumat. Niat hanya satu iaitu menghapuskan UMNO, tak kisahlah walaupun bernaung dengan parti kafir. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

Inikah kerajaan Selangor yang diharapkan oleh rakyat Selangor??

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: putera_adnan
khalid

Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap. Kalau dahulu semasa belum menjadi kerajaan habis tepi-tepi kain orang disingkap dan mencari keburukan orang dan kononnya mereka lah yang paling bersih. Merekalah penyelamat rakyat. Hanya mereka sahaja yang tidak korupt, maklumlah kuasa tiada di tangan mereka.
Kini bila kuasa berada ditangan mereka, mungkin kita yang tersilap yang telah memberikan mereka kuasa, apa yang ada di hadapan mata semua di sapunya. Baru 3 bulan menjadi pemerintah di Selangor, Pegawai Khas Menteri Besar Selangor yang merupakan orang kuat PKR sudah mula menyapu kekayaan dengan memberikan tender-tender direct nego kepada rakan taulan yang mana beliau sendiri berkepentingan, mujur cepat terkantoi, jika tidak entah berapa banyak lagi yang akan disapunya. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

UMNO dianggap ISRAEL oleh Anwar, Anwar pula Macam Ape?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: putera_adnan

Untuk Anwar menggelar UMNO seperti Israel bukanlah satu keanehan. Sepanjang kerjaya politik beliau sama ada di pihak revolusioner, sederhana mahu pun pembangkang, Anwar dikenali sebagai tokoh yang suka mengungkap kata-kata bombastik dan bersifat “mengada-ngada membesarkan kesan ucapannya” (hiperbola). Ini bukan kali pertama Anwar mengungkap kenyataan UMNO macam Israel. Pada 1970-an dulu ungkapan yang sama beliau gunakan untuk menjatuhkan UMNO. Pada 1980-an apabila menyertai UMNO, parti itu menjadi suci dan bersih biarpun ia merupakan parti yang memimpin kerajaan Malaysia yang terbabit dengan peristiwa Memali. Demikian juga apabila Operasi Lalang dilaksanakan pada 1987, UMNO bukan Israel pada kaca mata Anwar.

Sebaliknya ketika itu Anwar melabelkan DAP sebagai Cauvinis Cina dan Pas sebagai Parti al maki wal hamun yang hanya merosakkan imej Islam. Anwar mendakwa, “Umno, like Israel, does not recognise the chosen Hamas leadership.” Kepimpinan yang dipilih rakyat mana yang tidak diiktiraf UMNO? UMNO bukan entiti kerajaan tetapi entiti politik. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Program, Sejarah | Leave a Comment »

POLITIK HARUS ADA PEMBAHARUAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

OLEH: MAWAR BERDARAH

PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN SUDAH MENJADI SATU TEMA DOMINAN ARUS POLITIK DI DUNIA. DI AMERIKA SYARIKAT MISALNYA BARACK OBAMA BERJAYA MENITI ARUS PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN INI UNTUK MENGALAHKAN CALON “ESTABLISHMENT” BAGI MEMPEROLEH PENCALONAN PARTINYA PARTI DEMOKRAT DAN SETERUSNYA MEMENANGI WHITE HOUSE.DI MALAYSIA, KERAJAAN BARISAN NASIONAL HARUSLAH PEKA KEPADA GELOMBANG PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN. INI KERANA KITA INSAF, DALAM SISTEM DEMOKRASI RAKYAT ADALAH PENENTU MUTLAK KEPADA PARTI MANA YANG AKAN MEMBENTUK KERAJAAN. SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJMUK YANG MEMILIKI KEPELBAGAIAN BUKAN SAHAJA ETNIK TETAPI JUGA AGAMA, BUDAYA DAN BAHASA, PARTI PEMERINTAH PERLU ANJAL MERANGKA STRATEGI YANG RELEVEN UNTUK MENDEPANI CABARAN YANG SENTIASA BERUBAH. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

PRK P036 KUALA TERENGGANU: UMNO PERLUKAN PERUBAHAN RADIKAL?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Januari 2009

Oleh: Kawan Lama

PRK P036 Kuala Terengganu yang telah menyaksikan BN gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU 12 lalu. Dengan kekalahan ini, jumlah kerusi BN di Parlimen berkurangan satu kerusi lagi. Pelbagai pihak memberikan pandangan masing-masing terhadap faktor yang membawa kepada kekalahan tersebut walaupun belum lagi diadakan post-mortem oleh BN secara khusus. Pandangan-pandangan tersebut juga memperlihatkan bahawa kesilapan dan kesalahan dipertanggunganjawabkan seseorang atau parti. Ada yang menyalahkan jentera BN, ada yang menyalahkan calon, ada yang menyalahkan UMNO dan ada yang menyalahkan pucuk kepimpinan UMNO. Walaupun ada kebenarannya terhadap sesetengah pandangan tersebut, namun demikian, komen-komen tersebut kebanyakannya merupakan suatu pandangan ‘’after effect’. Pada pandangan penulis, mereka yang memberikan pandangan-pandangan sedemikian khususnya yang meletakkan kesalahan kepada sesuatu pihak, sewajarnya sedar bahawa mereka juga adalah ‘termasuk’ dalam golongan yang menyumbang kepada kekalahan tersebut. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

PAS HANYA DI PERALATKAN DALAM PAKATAN RAKYAT

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Januari 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Bolehkah PAS berasa tenang dan tenteram dalam Pakatan Rakyat kerana kedua-dua sekutunya itu mempunyai ideologi yang jauh berbeza. Tidakkah PAS sedar bahawa DAP adalah parti yang bersifat sekular yang terang-terang menemplak dan menolak perjuangan menegakkan negara Islam dan undang-undang Hudud.

Karpal Sigh ( DAP ) , pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya sebelum melaksanakan cita-cita itu. Ketika menjelangnya Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tahun lalu, DAP di dalam kongresnya menegaskan bahawa parti itu tidak dapat menerima kewujudan negara Islam. Terbaru ialah kenyataan dua beranak. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang mengaskan bahawa undang-undang hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat dan menegaskan bahawa Malaysia mestilah kekal sebagai negara sekular.

Walaupun perlembagaan UMNO menegakkan negara islam sebagai agenda, perjuangannya tetap mempunyai matlamat sama iaitu agama, bangsa dan tanah air. Sumbangan UMNO dalam menegakkan syiar islam dinegara ini adalah hakikat yang diketahui umum.

PAS hanyalah sebuah parti kecil dalam kerajaan campuran di Selangor dan Perak. Dikedua-dua negeri itu, PAS berada dalam dilema kerana terpaksa tunduk kepada serta tekanan DAP dan PKR.

Di Pulau Pinang, PAS langsung tidak diberi “MUKA”. Ini adalah satu penolakan secara “HALUS” oleh DAP terhadap PAS di Pulau Pinang. Dua ahli Exco Melayu dari PKR yang dilantik dalam Kerajaan DAP hanyalah sebagai “ KOSMETIK “ dan “ BONEKA “ semata-mata.

Di Perak, Menteri Besarnya dilantik daripada PAS bukan kerana ia suara majoriti tetapi kerana Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar dikalangan orang Melayu beragama Islam seperti mana terkandung dalam Perkara 12 (1) (2) Perlembagaannya.

PAS jangan lupa apa yang pernah diungkapkan Dr Burhanuddin dalam mempertahankan hak orang Melayu. Dr Burhanuddin ketika mesyuarat agung PAS yang ke -12 (1964) menegaskan dalam ucapannya : “ Kalau Tanah Melayu ini misalnya, mengikut hak asasi dan hak asalnya dipunyai oleh bangsa Melayu, maka tentu salah hendaknya ada bangsa lain bernafsu jahat untuk merebut dan menjadikan negeri ini hak bangsanya pula.”

Penyelesaian terbaik ialah PAS dan UMNO duduk bermuzakarah dan kembali bertaut memperjuangkan Islam dan kedudukan Melayu yang semakin di cabar sejak kebelakangan ini. Kedudukan orang Melayu di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor semakin tidak menentu kerana pengaruh DAP yang kuat di dalam pentadbiran negeri-negeri terbabit.

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA UMNO

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 9 Januari 2009

OLEH: ANAK KECIL DARI GUNUNG

UMNO merupakan lambang dominasi kuasa politik Melayu yang memelihara kepentingan orang Melayu dengan semangat perpaduan dan tolak ansur yang tinggi. Namun, dalam keadaan kebangkitan kuasa pembangkang “ Pakatan Rakyat” yang begitu menyeluruh, UMNO akan menghadapi masa hadapan yang tidak pasti jika barisan pemimpinnya terus menghabiskan masa bergelut sesama sendiri dan tidak bertindak pantas untuk memulihkan situasi. Fenomena ini pula telah membuaikan dan melekakan barisan pemimpin UMNO dengan prestij kedudukan mereka hingga kurang atau tidak memberikan tumpuan kepada rintihan rakyat. Hasil tinjauan yang di jalankan di Perak, Kedah,Pulau Pinang, Selangor dan Johor dalam kalangan pengundi Melayu menunjukkan 45.5 peratus daripada responden tidak berpuas hati dengan perkhidmatan wakil rakyat di kawasan masing-masing ; 66.4 peratus mengatakan BN dan UMNO mengabaikan nasib orang Melayu; 77.2 peratus mengatakan pemimpin BN dan UMNO terlalu elit dan sukar didekati rakyat. Sama ada UMNO mahu menerimanya atau tidak, inilah suara sebahagian daripada rakyat yang di bawah jagaan UMNO dahulu, dan suara inilah yang melahirkan realiti dalam menentukan hierarki autoriti untuk memperjuangkan nasib mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »

MB BONEKA PERAK IKUT TELUNJUK DAP?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 8 Januari 2009

Oleh: Kawan Lama

Kerajaan Perak di bawah Pakatan Pembangkang hari ini telah berjaya ‘membunuh’ nasib anak bangsa atas nama kesamarataan dan kerajaan kebajikan. Menteri Besar bonekanya, YAB Ahmad Nizar Jamaluddin bolehlah ketawa besar kerana berjaya menutup sekolah-sekolah tadika KEMAS dengan jumlah pelajarnya mencecah 13,000 orang murid. Tanpa sedikitpun rasa malu dengan perbuatan-perbuatan sebegini, beliau dan rakan sekongkol dalam pakatan pembangkang bangga dapat ‘menyekat’ peluang dan ruang untuk anak negeri khususnya di kalangan anak-anak melayu yang terdiri di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana mendapat pendidikan asas demi atas nama kesepakatan dan kesetiaan dalam perjuangan parti pembangkang. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 3 Comments »

DAP TAK PE, ASAL BUKAN UMNO MALUKAN PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 5 Januari 2009

Oleh: Kawan Lama

Pengerusi DAP, YB Karpal Sing hari ini menjawab cabaran yang dilemparkan oleh Pengerusi MCA Terengganu Toh Chin Yaw bagi DAP untuk menyatakan bangkangan mereka terhadap Hukum Hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS. Beliau dengan nada keras menyatakan bahawa DAP tetap tidak akan merestui atau menyetujui hasrat PAS tersebut. Malahan beliau meminta Presiden PAS, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang untuk membuat kata putus yang tidak boleh ditukar mengenai perkara ini. Bagi DAP dan PKR, PAS telah menerima syarat mengenai tidak melaksanakan hukum hudud sebelum mereka terlibat dalam pakatan pembangkang pada PRU 1999 dan 2008. Tambahan pula beliau menyatakan kekesalan terhadap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh YB Husam Musa berkaitan isu tersebut. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

HUDUD PAS: Isu Untuk Pilihanraya Vs Perpecahan Pakatan Pembangkang?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 2 Januari 2009

Oleh: Salza Hedra

Hukum Hudud bukanlah sesuatu yang baru dalam jajaan PAS dalam arena politik Malaysia. Sejak daripada tahun-tahun awal penubuhan PAS, Hudud dijadikan sebagai agenda utama PAS sekiranya PAS memerintah negara. Bagi PAS, ia adalah yang mesti direalisasikan walau apa keadaan sekalipun. Namun sampai ke hari ini, PAS masih lagi gagal memenangi hati masyarakat Malaysia khususnya daripada pakatan politik mereka DAP dan PKR. Persoalannya, bila PAS nak memerintah negara? Apakah PAS akan berjaya melaksanakan hukum tersebut bila mereka memerintah kelak? Kenapa PAS tak mahu laksanakan hukum hudud di tiga negeri yang dikuasai mereka khususnya di Kelantan yang telah lama mereka kuasai? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 2 Januari 2009

tahun-baru

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »