Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

WAJARKAH MEMPOLITIKKAN ISU PERKAUMAN ?

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Disember 2008

Oleh: Anak Dara Pinggiran

Isu DEB memang selalu menjadi perdebatan hangat terutama di kalangan bangsa bukan melayu yang merasakan dasar itu hanya memihak dan member kelebihan kepada Bumiputera. Berikutan dengan permasalahan ini, sasaran memiliki 30 peratus yang semakin tabu(taboo) di kalangan rakyat.

Bangsa lain selalu gagal atau enggan mengkaji fakta bahawa kewujudan DEB adalah kesan daripada tragedi yang menimpa Malaysia pada tarikh 13 MEI 1969.T ujuan utama ialah untuk mengurangkan jurang kekayaan antara bangsa CINA yang telah menguasai bidang ekonomi Negara sehingga hari ini dengan bangsa melayu, anak pribumi yang sebelum 1970-an hidup dalam suasana bagai “MEREMPAT DI BUMI SENDIRI”

Namun kerajaan barisan Nasional (BN) menamatkan dasar itu pada 1990 dan menggantikannya dengan dasar pembangunaan nasional (DPN) . DEB Berjaya mengurangkan jurang ekonomi yang wujud terutama antara melayu dan CINA, tetapi masih belum mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan

“Apa yang mereka lupa ialah bangsa CINA masih menguasai lebih 70 peratus ekonomi Negara ini. Malahan projek yang diperoleh oleh usahawan MELAYU akhirnya lebih banyak diagihkan kepada bangsa lain,kata bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (TAN SRI AZIZ SHAMSUDDIN). Sikap telus dan keterbukaan yang menjadi amalan kerajaan BN sejak akhir-akhir ini, patut dijadikan pentas untuk meleraikan isu perkauman dengan lebih waras dan bijak.

“Suka atau tidak melayu memang bangsa pribumi, orang melayu sudah menerima hakikat bahawa mereka perlu banyak beralah, mengagihkan kekayaan dan kuasa kepada bangsa lain.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: