Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 10 Disember 2008

DEMO DONG JIAO ZONG: TUNTUT HAK DAN KETUANAN CINA

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 10 Disember 2008

Oleh: Kawan Lama

Dalam akhbar The Sun, 7 Disember lalu, Presiden Jiao Zong( Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Bersatu), Ong Chiaw Chuan menggesa Dong Jiao Zong  (Gabungan Persatuan Guru-Guru dan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina) untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran sekiranya pihak kerajaan masih lagi berkeras mahu subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Demonstrasi tersebut akan diadakan sejurus menerima maklum balas keputusan mesyuarat kelima Ahli Jawatankuasa Perbincangan Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak menyebelahi tuntutan mereka. Amaran dan ugutan mereka ini memperlihatkan bahawa mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai risiko dan memperlihatkan mereka tidak takut kepada sesiapapun walaupun pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan.  Perkara ini bersangkutan dengan hak dan bahasa mereka!!! Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Politik | 3 Comments »

PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA MELALUI SEKOLAH SATU SISTEM

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 10 Disember 2008

Oleh: Roslan Latif,
Presiden
Alumni Melayu Amerika Utara ( ALMA )

Saranan Datuk Mukhriz Mahathir agar satu sistem pendidikan seragam menggantikan sistem vernakular yang diamalkan sekarang, walaupun mendapat kecaman berbagai pihak berkepentingan, perlu diberi pertimbangan sewajarnya jika semua kaum ikhlas inginkan wujudnya satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu di mana polarisasi kaum dapat dihapuskan dan semua kaum dapat bersaing di padang yang lebih rata dan sistem meritokrasi dapat dilaksanakan sepenuhnya. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Politik | Leave a Comment »