Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KRISIS KEGAWATAN EKONOMI

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Disember 2008

Oleh : Anak_Kajang

Kini dunia semakin mengahadapi penghujung abad ke-21. Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Dunia kini dikejutkan dengan krisis baru ekonomi dan kewangan global.

Hari ini indeks komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum?. Pelbagai langkah telah di ambil oleh syarikat tempatan dalam menghadapi masalah ekonomi yang tidak stabil pada ketika ini.

Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN di Dubai 7-8 Oktober 2008 percaya kesan kegawatan kewangan global ini akan terkena negara di seluruh dunia, bergantung berapa lama krisis dan tahap kemelesetan di AS dan Eropah. Ekonomi Malaysia dipelbagaikan dengan baik. Krisis kewangan begini menyebabkan alternatif baru dicari.

Kerajaan negeri juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga kemungkinan rakyat di negeri ini terkena tempias akibat masalah ekonomi global, terutama membabitkan industri perkilangan syarikat luar negara yang kini berdepan risiko kekurangan permintaan. Orang ramai juga perlu mula membuat simpanan sebagai persediaan menghadapi kegawatan ekonomi kerana krisis ini tidak akan berakhir dan sentiasa berubah dari masa ke semasa.Tahun hadapan kita mungkin akan diamuk lagi. Krisis luaran ini badainya akan sampai. Seperti ombak tsunami – ia bermula di Wall Street New York. Limpahan ombak tsunami ini akan sampai enam bulan kemudian ke Malaysia. Ombak ini pasti akan datang tahun hadapan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebagaimana yang kita dengar akhir-akhir ini, pelbagai perkara berlaku di luar negara seperti masalah ekonomi dan sebagainya.

rangsangan ekonomi akan bergantung kepada situasi ekonomi global. Setakat ini tiada keputusan muktamad. Semuanya bergantung kepada situasi ekonomi global dan kita sedang memantaunya dengan teliti setiap hari”.

Apakah kita semua sedar bahawa nilai ringgit kita telah jatuh Duit ringgit rupanya dan warnanya tidak berubah. Apa yang berubah ialah nilainya. Titik sebenar pertanyaan: apakah ada jalan untuk menghadapi krisis ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: