Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KONSPIRASI POLITIK DAN PERKAUMAN

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 19 November 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Mungkin benar bahawa masalah sebenar negara ini sebenarnya berpunca daripada sikap sesetengah pemimpin parti politik (Tidak kira Kerajaan atau Pembangkang) yang mengeksploitasikan media untuk melancarkan propaganda politik mereka sesuka hati bagi memastikan mereka terus menjadi “ Juara” kaum masing-masing.

Malaysia sebenarnya tidak perlu bersusah payah menggubal Akta Hubungan Kaum jika semua pemimpin tahu menjaga batas sensitiviti kaum yang perlu dihormati. Isi hubungan kaum ini perlu ditangani dengan teliti dan difahami dengan mendalam terutama sekali tentang Konsep Perbadanan Kaum yang tersirat dalam Semangat Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keghairahan pemimpin politik memperjuangkan isu kaum masing-masing, mereka perlu berada di atas landasan yang betul. Semangat perpaduan antara kaum di negara ini harus di beri keutamaan dan dihormati. Keharmonian yang dikecapi ini sejak sekian lama tidak datang begitu mudah. Kejayaan negara mengekalkan keharmonian sekarang disebabkan pemimpin negara terdahulu yang berjuang bermati-matian membangunkan Malaysia sebagai negara yang disegani.

Usaha membangunkan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia mengambil masa yang cukup lama. Namun, amat mudah bagi pihak yang berkepentingan merobohkannya dalam sekelip mata.

Inilah masa yang sangat mencabar bagi UMNO yang menjadi tunggak dalam BN apabila rakan sepayung dengannya membangkitkan hal yang tidak pernah dibangkitkan sebelum ini, ketika UMNO kelihatan teguh dan kukuh. Oleh sebab itu masalah BN sekarang bukan sahaja daripada Pakatan Rakyat, malah dalam kalangan parti komponen BN sendiri. Pergeseran dalam BN sama ada secara sedar atau sebaliknya sudah pasti memberi kesan kepada Pelan Pemulihan BN.

UMNO yang menjadi teras dan teraju utama dalam Barisan Nasional (BN) terus diasak oleh parti komponen BN lain seperti MCA,MIC dan Gerakan. Semua ini tentulah disebabkan parti komponen BN melihat UMNO sedikit lemah dalam PRU 12 yang lalu.Ternyata impaknya yang sangat mengejutkan itu. Kini bertukar menjadi bibit yang memeritkan bagi UMNO.

UMNO mesti menjadi sebuah parti yang kuat lagi berpengaruh dalam BN. Hanya dengan kekuatan yang membuatkan Parti Komponen lain menghormati UMNO sebagai sebuah parti Melayu. UMNO terlalu lama dan banyak tolenrasi dengan kaum lain. Semua ini untuk mengelakkan daripada menyinggung kaum lain yang parti mereka ada dalam BN.

Nampaknya UMNO perlu disuntik sedikit kelantangan kerana isyarat awal meminggirkan UMNO sudah kelihatan dengan jelas.

Advertisements

3 Respons to “KONSPIRASI POLITIK DAN PERKAUMAN”

  1. iraman Hj Karim said

    sELAIN DRP PEMIMPIN YANG KADANG-KADANG MENGGUNAKAN ISU KAUM SEBAGAI SENJATA POLITIK MEREKA, PENULIS BLOG JUGA SESENANGNYA MENGGUNAKAN PERMASALAHAN PERKAUMAN INI SEBAGAI ISI KANDUNGAN PENULISAN MEREKA. jIKA MEREKA MENULIS SEPERTI MASA A KADIR JASIN DAN RUANGAN RASA HATI MENULIS, OKAY JUGA, TETAPI MEREKA SEMUDAHNYA MENGHENTAM KEROMO TANPA MEMIKIRKAN YANG MEREKA UNGKAPKAN DALAM PENULISAN MEREKA BOLEH MENGUNDANG RASA TIDAK SENANG KAUM SELAIN KAUM MEREKA. JIKA PENULISAN SEBEGINI BANYAK DIDALAM RUANGAN MEDIA MASSA, MAKA IA DENGAN SENDIRI PERLUKAN PENGAWALAN DARI PIHAK YANG BERKUASA, PENGUBALAN PERUNDANGAN BAGI MENCEGAHKAN DARI PERKARA SEPERTI INI BERLELUASA PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA. BUKAN SEMUA MANUSIA DIMALAYSIA INI BERTINDAK SEPERTI ADANYA. KADANG TU MEREKA BERTINDAK SEPERTI KERBAU. KALU TIDAK TIDAK MUNGKIN REFORMIS HENDAK MELAKUKAN MOGOK SAMBIL BERBOGEL. BUKAN KAH ITU SEPERTI KERBAU ATAU HAIWAN YANG LAIN.

  2. sedara anak kecil said

    sedara anak kecil berkata: x payah nak dijadikan isu bila segala berkaitan dengan masalah yang terjadi dalam penulisan blog diutarakan.buah fikiran ini lah yang memebentuk segala pemikiran yang terlalu ortodoks dalam konteks pentadbiran politik di negara ini.Segala permasalahan dan segala yang tecetus akan memberi pengajaran kepada kita.

  3. Sepupu Sedara Kecil said

    janganlah usah di pertikaikan lagi segala penulisan dalam blog yang memerlukan pemikir yang lebih bijak.Maka x usahlah di besar2kan segala permasalahan ini. Tepuk dada,tanyalah otak!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: