Oleh: Anak Kecil Dari Gunung
Dalam pertarungan politik yang menentukan “Siapa Kuat, Dia Menang”. Kejernihan Moral dijadikan senjata politik yang paling tajam walaupun indvidu yang bercakap mengenainya, memaki hamun, mengutuk bahkan memfitnah. Sebenarnya persoalan moral yang amat penting dalam demokrasi. Kalau di lihat dalam konteks kuasa dan politik. Benarkah sekarang perhubungan kaum di negara ini berada dalam keadaan tegang sehingga perlu digubal satu akta khusus untuk menyelesaikan masalah ini? Negara ini semakin kepupusan pemikir tetapi sebaliknya semakin banyak pula orang yang memikirkan kepentingan diri sendiri demi mencapai cita-cita mereka.
Berpunca daripada gila kuasa dengan bertopengkan demokrasi, kebebasan, keadilan dan kesamaan. Ada pihak yang sanggup mengorbankan ketenteraman awam dan kedaulatan negara. Janji kosong, harapan palsu dan pendekatan populis adalah antara permainan politik sesetengah pemimpin pelbagai parti semata-mata mengambil kesempatan daripada “KETIDAK RASIONALAN”. Baca baki entri ini »