Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Disember 2008

Sikap Kaum Cina terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 27 Disember 2008

Oleh: Anak Dara Pingitan Mantap

Punca 13 Mei adalah cukup mudah – sikap kaum China terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia . Amnya kaum Cina tersangat benci kepada Artikel 153. Bagi masyarakat Cina Artikel 153 meletakkan bangsa Melayu yang mereka pandang rendah dalam segala aspek di satu aras tinggi yang tidak wajar. Kerana Artikel 153 bukan setakat mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, bahkan menjamin kedudukan itu.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia. Baca baki entri ini »

Advertisement

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 1 Comment »

WAJARKAH MEMPOLITIKKAN ISU PERKAUMAN ?

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Disember 2008

Oleh: Anak Dara Pinggiran

Isu DEB memang selalu menjadi perdebatan hangat terutama di kalangan bangsa bukan melayu yang merasakan dasar itu hanya memihak dan member kelebihan kepada Bumiputera. Berikutan dengan permasalahan ini, sasaran memiliki 30 peratus yang semakin tabu(taboo) di kalangan rakyat.

Bangsa lain selalu gagal atau enggan mengkaji fakta bahawa kewujudan DEB adalah kesan daripada tragedi yang menimpa Malaysia pada tarikh 13 MEI 1969.T ujuan utama ialah untuk mengurangkan jurang kekayaan antara bangsa CINA yang telah menguasai bidang ekonomi Negara sehingga hari ini dengan bangsa melayu, anak pribumi yang sebelum 1970-an hidup dalam suasana bagai “MEREMPAT DI BUMI SENDIRI” Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Pelbagai & Lain-lain, Sejarah | Leave a Comment »

KUASA DAN PRINSIP AKHLAK

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Disember 2008

Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Anehnya, tatkala dunia menjadi semakin kecil, kesedaran tentang jurang perbezaan antara masyarakat dan kelompok manusia tambah melebar, Timur dan Barat, Utara dan Selatan, mereka yang berkuasa dan mereka yang terpinggir.

Kesedaran ini tumbuh akibat daripada dasar dan amalan kuasa yang terpisah daripada prinsip akhlak. Kedamaian dan keamanan dunia yang berkekalan tidak boleh dibangunkan diatas landasan hegemoni agama, budaya, ekonomi dan politik tetapi atas kesedaran dan keinsafan terhadap wujud-nya “orang lain”. Maka timbullah keperluan dialog. Gerak ekonomi jelas menunjukkan kepada integrasi global. Revolusi teknologi dan ledakan maklumat bergabung menjadi dunia satu perkampungan sejagat. Manusia dan budaya semakin dekat tetapi adakah mereka saling memahami dan menghormati antara satu dengan lain. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program, Sejarah | Leave a Comment »

KRISIS KEGAWATAN EKONOMI

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Disember 2008

Oleh : Anak_Kajang

Kini dunia semakin mengahadapi penghujung abad ke-21. Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Dunia kini dikejutkan dengan krisis baru ekonomi dan kewangan global.

Hari ini indeks komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum?. Pelbagai langkah telah di ambil oleh syarikat tempatan dalam menghadapi masalah ekonomi yang tidak stabil pada ketika ini.

Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN di Dubai 7-8 Oktober 2008 percaya kesan kegawatan kewangan global ini akan terkena negara di seluruh dunia, bergantung berapa lama krisis dan tahap kemelesetan di AS dan Eropah. Ekonomi Malaysia dipelbagaikan dengan baik. Krisis kewangan begini menyebabkan alternatif baru dicari. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

BUTA SEJARAH DAN FAKTA

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 23 Disember 2008

Oleh : Anggerik Desa

Dalam Negara majmuk seperti Malaysia, Setiap kaum tanpa mengira penduduk asal atau imigran hendaklah peka terhadap sensitiviti sesuatu kaum. Membangkitkan sentimen bersifat perkauman bukan saja boleh menjejaskan keharmonian, keamanan dan ekonomi Negara.

Sejarah telah membuktikan bahawa dengan membelakangkan adat atau peraturan penduduk asal sesuatu tempat boleh membawa kepada satu krisis yang mampu merebak kepada

Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | 2 Comments »

PUPUK SEMANGAT TOLERANSI DALAM DIRI KITA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 22 Disember 2008

Oleh:-Anak Dara Pinggiran

Terlalu banyak kiasan yang lampau terdengar kembali di ruang2 telinga mengenai pergaulan antara perkauman di antara negara-negara disebabkan tiada persefahaman antara kaum-kaum. Oleh yang demikian, tindak-tanduk yang perlu pada diri lita ialah menyatu padukan perkauman antara masyarakat di negara ini. Masyarakat hendaklah bersatu padu agar tiada pertelagahan antara kaum,supaya semangat toleransi dan setia kawan rakyat pelbagai kaum dapat dipupuk,Semangat toleransi dan setia kawan rakyat pelbagai kaum hendaklah bermula sejak daripada zaman persekolahan lagi tanpa memikirkan dan mencetuskan isu perkauman sememangnya lebih baik jika semua pelajar-pelajar dapat melibatkan diri atau mengikuti pengajian kurikulum semasa zaman persekolahan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Pendidikan, Sejarah | Leave a Comment »

“ USAH TIMBULKAN ISU SENTITIF DALAM PARTI ”

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 19 Disember 2008

Oleh : Anggerik Desa

Adalah sesuatu yang boleh dianggap lumrah, jika isu yang dikatakan sensitif ini dibangkitkan dalam parti pembangkang. Seringkali Rakyat dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA yang dipilih oleh, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, yang mempersoalkan konsep ketuanan melayu.

Tiada siapa boleh menafikan bahawa keghairahan mengungkit isu seperti hak istimewa orang melayu, kedudukan Raja-raja melayu dan kontrak sosial diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

DEB LANJUTAN DARIPADA 153

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Disember 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

DEB merupakan lanjutan daripada Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 153 yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu.  Peruntukan tersebut menetapkan kuota yang diberikan kepada kaum bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi serta penyertaan orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.

Keistimewaan ini dah dipersetujui secara konsensus oleh

Baca baki entri ini »

Posted in Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

KETUANAN MELAYU

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Disember 2008

OLEH: Budak Kecil Dari Bumi Kenyalang

Seringkali kita terdengar ataupun terbaca tentang kes kaum bukan melayu mempertikaikan ketuanan Melayu. Sedangkan ketuanan Melayu itu bukan bermakna bangsa lain di Malaysia ini adalah hamba abdi dan kuli tanpa gaji. Andaian seperti inilah yang menyebabkan terjadinya integrasi antara kaum. Tidak kira sama ada dari kaum bukan melayu dari pihak pembangkang sahaja, malah ada juga terdiri dari parti Barisan Nasional dan rakan-rakan UMNO pun turut mempertikaikannya. Ibarat kata pepatah” Ibarat menikam kawan dari belakang”. Itulah yang terjadi sekarang ini dalam politik. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Sejarah | 1 Comment »

Artikel 153 Dan Kontrak Sosial

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Disember 2008

Oleh: Putera_Adnan

Apa yang hendak dikupas mahupun difikirkan serta diperkatakan dalam pemikiran kali ini mengenai dua perkara penting yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputra di dalam negara ini. Ia melibatkan Artikel 153 yang berkaitan dengan kedudukan Keistimewaan Orang Melayu-Bumiputra dan kontrak sosial. Termaktubnya Artikel 153 itu adalah hasil daripada termeterainya kontrak sosial di antara semua kaum yang bermastautin di negara ini sebelum merdeka. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Perundangan, Politik, Sejarah | 1 Comment »

DEMO DONG JIAO ZONG: TUNTUT HAK DAN KETUANAN CINA

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 10 Disember 2008

Oleh: Kawan Lama

Dalam akhbar The Sun, 7 Disember lalu, Presiden Jiao Zong( Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Bersatu), Ong Chiaw Chuan menggesa Dong Jiao Zong  (Gabungan Persatuan Guru-Guru dan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina) untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran sekiranya pihak kerajaan masih lagi berkeras mahu subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Demonstrasi tersebut akan diadakan sejurus menerima maklum balas keputusan mesyuarat kelima Ahli Jawatankuasa Perbincangan Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak menyebelahi tuntutan mereka. Amaran dan ugutan mereka ini memperlihatkan bahawa mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai risiko dan memperlihatkan mereka tidak takut kepada sesiapapun walaupun pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan.  Perkara ini bersangkutan dengan hak dan bahasa mereka!!! Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Politik | 3 Comments »

PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA MELALUI SEKOLAH SATU SISTEM

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 10 Disember 2008

Oleh: Roslan Latif,
Presiden
Alumni Melayu Amerika Utara ( ALMA )

Saranan Datuk Mukhriz Mahathir agar satu sistem pendidikan seragam menggantikan sistem vernakular yang diamalkan sekarang, walaupun mendapat kecaman berbagai pihak berkepentingan, perlu diberi pertimbangan sewajarnya jika semua kaum ikhlas inginkan wujudnya satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu di mana polarisasi kaum dapat dihapuskan dan semua kaum dapat bersaing di padang yang lebih rata dan sistem meritokrasi dapat dilaksanakan sepenuhnya. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Politik | Leave a Comment »

PERPADUAN ADALAH ASAS INTEGRASI ANTARA KAUM

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 5 Disember 2008

Oleh: ANAK KECIL DARI GUNUNG

Setiap Warganegara perlu mempunyai kematangan dan bersifat rasional dalam segala hal, terutama yang menyangkut sensitiviti sesuatu kaum. Pertimbangan yang teliti dan saksama perlu diberikan oleh semua pihak dan menangani apa-apa jua perkara yang bersangkutan dengan kepentingan bersama. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

LAYU…

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 5 Disember 2008

Oleh:Putera_Adnan

“Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina”

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

Natijahnya Apabila Perpaduan Kaum Terungkai

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Disember 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Banyak peristiwa telah berlaku sejak Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu yang menyaksikan kebangkitan kuasa pembangkang dalam politik negara. Kita menyaksikan kelantangan bersuara atas tiket kebebasan dan demokrasi menghancurkan nilai dan kesepakatan hidup bersama yang telah disemai sejak Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

MARUAH MELAYU TERCABAR

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 1 Disember 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Kebebasan ada batasnya. Sebagai rakyat Malaysia apapun bangsa yang melahirkan kita atau agama yang kita anuti, Perlembagaan negara harus dihormati. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 1 Comment »

TALQINKAN POLITIK PERKAUMAN

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 1 Disember 2008

Oleh: Putera_Adnan

Politik berasaskan perkauman yang menjadi ciri utama praktik politik di negara ini jelas sudah ketinggalan zaman. Sejarah telah membuktikan bagaimana parti Nazi di German pimpinan Adolf Hitler yang suatu masa dahulu gah dengan fahaman perkauman melampaunya musnah dan menemui kemerosotan menjelang berakhirnya Perang Dunia Kedua. Begitu juga dengan fahaman Fasisme (iaitu sistem politik ekstrim berhaluan kanan yang bersifat autokratik), gagasan diktator Itali, Benito Mussolini yang menyemai semangat nasionalisme melampau dan memupuk fahaman perkauman ekstrim, juga akhirnya menemui ajal. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »