Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DEB DAN POLITIK

Posted by puteraadnan di Rabu, 19 November 2008

Oleh: Putera_Adnan

Dasar Ekonomi Baru dalam konteks legasi pembangunan di Malaysia merupakan satu legasi sejak 1970-an dan masih relevan dipraktikkan masa kini, ini kerana ia sejajar dan selari dengan hasrat dunia antarabangsa yang sedang memberikan penekanan kepada membentuk keseimbangan masyarakat di antara masyarakat di dunia maju dan dunia membangun.

Dalam konteks Malaysia, keseimbangan yang mahu dicapai ialah keseimbangan di antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera atau di antara bandar dan luar bandar. Sesungguhnya, secara realiti dan praktikal strategik, DEB telah memberikan kesan dan dampak terbesar dalam legasi pembangunan negara, dan inilah kejayaan yang mampu dilihat pada 2007 dan seharusnya diperkukuhkan secara berterusan falsafah pembangunan tersebut menjelang usia emas merdeka 50 tahun untuk menuju pencapaian negara maju menjelang tahun 2020.

Polemik politik dan perkauman haruslah diketepikan demi memastikan kemerdekaan negara terus dinikmati oleh generasi masa kini dan masa hadapan. Cabaran pembangunan negara secara langsung adalah di tangan generasi masa kini. Justeru, dengan sedikit kealpaan ia akan menggugat keharmonian dan kedaulatan negara yang dikecapi masa kini.

Di tengah-tengah krisis politik terburuk Malaysia di dalam dekad ini terdapatnya satu tindakan afirmatif “affirmative actions”. Anwar Ibrahim mahu merombak dasar kontroversi berasaskan perkauman bagi membantu Malaysia mampu bersaing di kalangan ekonomi-ekonomi negara Asia yang lebih kuat. Yang menjadi isunya ialah sekumpulan undang-undang Malaysia yang memihak kepada etnik terbesar negara ini iaitu Melayu dan tidak menyebelahi kaum minoriti Cina dan India.

Ahli politik berkarisma itu, yang mana dia sendiri turut mendapat manfaat daripada dasar yang kini mahu ditamatkannya, menghadapi tentangan hebat daripada kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah negara ini sejak merdeka lagi pada 1957 dan menggunakan program keutamaan yang meluas untuk kaum Melayu bagi terus memegang kuasa.

Oleh itu, jika kita kaji retorik ‘Melayu hilang hak’ dan bandingkannya dengan realiti sebenar, kita dapat lihat bahawa sebenarnya ‘momok’ yang sering diungkitkan oleh pendokong retorik tersebut adalah tidak berasas. Hak orang Melayu telah terjamin di dalam Persekutuan, dan tidak ada siapa, walau Anwar Ibrahim, walau UMNO, walau DAP, walau Tun Mahathir sekalipun dapat melupuskannya tanpa persetujuan raja-raja Melayu. DEB pula bukanlah ‘hak’ orang Melayu, tetapi dasar tindakan affirmative untuk pengstrukturan sosial. Jika Melayu masih terpinggir pada waktu ini, ia adalah disebabkan kelemahan perlaksanaan dasar kerajaan yang tidak serata. Mengapa harus diteruskan suatu dasar yang tidak lagi efektif? Mengapa tidak kita tukar dasar tersebut kepada dasar yang lebih adil dan lebih efektif?

Orang Melayu harus sedar bahawa walau apapun hak atau dasar atau keistimewaan yang diberikan, ianya adalah untuk memastikan orang Melayu tidak terpinggir dan ketinggalan. Hak atau keistimewaan yang diberikan ini bukanlah sesuatu hak yang mutlak yang boleh ‘dipertahankan’ untuk selamanya. Orang Melayu harus sentiasa berusaha untuk tidak bergantung kepada keistimewaan atau dasar dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Benar, mungkin ketika ini orang Melayu secara keseluruhannya masih sedikit sebanyak memerlukan bantuan. Tetapi dalam kita memberikan bantuan, kita juga harus terapkan ke dalam jati diri orang Melayu supaya apabila mereka tidak lagi memerlukan ‘tongkat’, mereka akan memberikannya kepada orang Melayu lain yang masih memerlukannya.

Mari kita angkat martabat dan darjat masyarakat. Mari kita muliakan agama Islam sebagai agama rasmi. Mari kita bela nasib orang Melayu dan bumiputera dan pada yang sama kita juga bela hak dan kepentingan orang bukan Melayu. Mari kita buktikan bahawa Malaysia ini adalah suatu negara yang benar-benar hebat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: