Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

CUIT-CUIT KAUM, MARUAH TERCABAR.

Posted by puteraadnan di Isnin, 17 November 2008

Oleh: Putera_Adnan

Kita percaya rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan perpaduan kaum untuk keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara. Namun begitu, kadangkala kita menganggap perpaduan kaum merupakan suatu keadaan yang wujud dengan sendiri tanpa usaha hingga lupa adanya ancaman terhadapnya.

Sebab itu kita perlu mengambil perhatian terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan sentimen perkauman dan seterusnya mampu menjadi ancaman kepada semangat muhibah serta keharmonian di negara ini. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh mengutarakan isu-isu penting yang memerlukan pembetulan dan langkah-langkah bagi mengatasinya. Tetapi apa yang penting adalah cara dan sikap dalam menangani sesuatu isu supaya ia tidak berbau perkauman.

Dalam hal ini, kerjasama semua pihak dari pelbagai kaum perlu menjurus kepada memelihara perpaduan dan mengelak diri daripada memburukkan lagi hubungan antara kaum.Umpamanya dalam isu pengasingan pelajar mengikut kaum baru-baru ini. Sememangnya kita kesal sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Tetapi kita lebih kesal jika pendekatan yang dibuat dalam menangani masalah ini adalah cara mengeksploit sentimen perkauman.Ia harus dilihat dari sudut pendidikan dan bukannya perkauman. Elemen kebetulan juga harus diambil kira. Tetapi di atas segalanya ialah sikap jujur kita dalam memelihara perpaduan kaum. Janganlah hendaknya kita mempunyai sikap buruk sangka yang begitu menebal hingga apa yang kebetulan dilihat pula sebagai tindakan perkauman.

Begitu juga dengan isu pengubahan nama jalan di Ipoh tidak lama dahulu. Jika perkara itu tidak ditangani dengan jujur, ia boleh menjadi satu lagi sentuhan emosi perkauman. Apa yang kebetulan juga menjadi isu perkauman. Justeru, kita dapat lihat bahawa perpaduan kaum tidak boleh dipandang sebagai keadaan semula jadi. Kita, seluruh rakyat Malaysia harus bersama memelihara dan memupuk perpaduan kaum.

Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan kuota, guna meritokrasi, tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang dimahukan konon-kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan asal usul orang Melayu sehinggalah kepada kontrak sosial – tidak habis-habis isu Hak Keistimewaan Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah dikorbankan namun kegagalan DEB dijadikan sandaran supaya hak keistimewaan dihapuskan atas alasan keadilan, atas alasan demokrasi dan atas alasan perlu persaingan yang kompetitif. Namun apa juga alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir kepimpinan kaum Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda mereka.

Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan.

Apakah tidak kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak yang sama kerana mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut bahawa hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum lagi persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan bangsa lain. Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera dan adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur?

Advertisements

Satu Respons to “CUIT-CUIT KAUM, MARUAH TERCABAR.”

  1. shafifah said

    Pengajian Kitab Sairus Salikin oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki al-Nadwi

    Tarikh: 24 Dhulqaedah 1429/ 22 November 2008 (Ahad)

    Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya (akan dimaklumkan sekiranya terdapat perubahan)

    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: