Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 19 November 2008

DEB DAN POLITIK

Posted by puteraadnan di Rabu, 19 November 2008

Oleh: Putera_Adnan

Dasar Ekonomi Baru dalam konteks legasi pembangunan di Malaysia merupakan satu legasi sejak 1970-an dan masih relevan dipraktikkan masa kini, ini kerana ia sejajar dan selari dengan hasrat dunia antarabangsa yang sedang memberikan penekanan kepada membentuk keseimbangan masyarakat di antara masyarakat di dunia maju dan dunia membangun.

Dalam konteks Malaysia, keseimbangan yang mahu dicapai ialah keseimbangan di antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera atau di antara bandar dan luar bandar. Sesungguhnya, secara realiti dan praktikal strategik, DEB telah memberikan kesan dan dampak terbesar dalam legasi pembangunan negara, dan inilah kejayaan yang mampu dilihat pada 2007 dan seharusnya diperkukuhkan secara berterusan falsafah pembangunan tersebut menjelang usia emas merdeka 50 tahun untuk menuju pencapaian negara maju menjelang tahun 2020. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

KONSPIRASI POLITIK DAN PERKAUMAN

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 19 November 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Mungkin benar bahawa masalah sebenar negara ini sebenarnya berpunca daripada sikap sesetengah pemimpin parti politik (Tidak kira Kerajaan atau Pembangkang) yang mengeksploitasikan media untuk melancarkan propaganda politik mereka sesuka hati bagi memastikan mereka terus menjadi “ Juara” kaum masing-masing.

Malaysia sebenarnya tidak perlu bersusah payah menggubal Akta Hubungan Kaum jika semua pemimpin tahu menjaga batas sensitiviti kaum yang perlu dihormati. Isi hubungan kaum ini perlu ditangani dengan teliti dan difahami dengan mendalam terutama sekali tentang Konsep Perbadanan Kaum yang tersirat dalam Semangat Perlembagaan Persekutuan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 3 Comments »