Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Februari 2011

Demonstrasi HINDRAF II: Permintaan Khas DSAI?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 28 Februari 2011

Oleh: Kawan Lama

Apakah benar bahawa DSAI merupakan orang dibelakang tabir demontrasi haram oleh pertubuhan haram HINDRAF semalam? Persoalan ini menjadi mainan minda ramai. Namun untuk memudahkan kita melihat pertalian tersebut, maka penulis menumpukan kepada kaitan dua peristiwa utama:

Demonstrasi HINDRAF I

Penulis ingin membawa pembaca kembali kepada sejaarah kerjasama HINDRAF dengan DSAI. Pertubuhan haram HINDRAF ini mula mendapat perhatian umum semasa tuntutan yang tidak logik yang kononnya untuk memperjuang dan mengembalikan hak kaum India di Malaysia. Desakan demi desakan yang dihalakan terhadap kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Namun mereka gagal meyakinkan pihak kerajaan terhadap tuntutan mereka, Kegagalan mereka sebenarnya terletak pada diri mereka sendiri. Selain tuntutan tak logik tersebut, mereka sebenarnya bukan merupakan pertubuhan atau saluran yang mewakili kaum India. Ada MIC, PPP mahupun IPF. Tuntutan mereka boleh disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan tersebut kerana ianya adalah wadah dan saluran sah yang mewakili kaum India. Mengapa perlu menggunakan pertubuhn haram ini? Jawapannya mudah para pemimpin HINDRAF sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi dan kepentingan peribadi – mahukan kelabaan politik. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

PAS baru ingat nak perjuangkan Melayu !!

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 23 Februari 2011

Oleh: Hatta_Adnan

Heboh dalam akhbar-akhbar tempatan tentang ucapan Tok Guru yang dulu tolak sangat bangsa-bangsa dan kebangsaan, tapi kini hendak pula perjuangkan orang Melayu semula. Adakah puak-puak lebai PAS ini baru terhantuk selepas undi-undi orang Melayu kini sudah tidak lagi menyokong mereka di beberapa PRK ?

Siapa yang pecahbelahkan umat Islam dalam satu qaryah kepada dua imam hanya kerana fatwa dari Tok guru mereka bahawa orang UMNO ini kafir ? Itu yang Datuk Fatmi berkata PAS perlu minta maaf kepada orang Melayu sebelum hendak pejuangkan Melayu semula.

Malah Pemuda UMNO Malaysia menerusi Pengerusi Biro Agamanya, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata apa yang cuba dilakukan oleh puak-puak “totok” tersebut adalah semata-mata untuk menutup keterlanjuran Nik Aziz dalam nakhoda perjuangan Pas yang umpama lalang dan tidak berpendirian.
Beliau berkata, Perkara itu bukanlah satu perkara baru kerana tiap kali timbul sesuatu perkara yang menjerut leher Nik Aziz, akan timbul “tok dalang” dan “tukang karut” bagi mengalih tumpuan terhadap tali yang menjerut leher “tok guru” mereka itu. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Sejarah | 4 Comments »

Satu Malaysia: Jati Diri Bangsa

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 22 Februari 2011

Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Tiada satu pun etnik di negara ini terpinggir daripada arus kemajuan negara malah semuanya menikmati hasil kekayaan dibumi yang amat bertuah ini. Malah, Malaysia turut menjadi ” Syurga” kepada pendatang asing mencari rezeki untuk menanggung keluarga mereka di negara asal.

Tidak dapat dinafikan dalam era dunia tanpa sempadan, masih terdapat segelintir rakyat dinegara ini yang hidup dalam arus kemiskinan. Namun , perlu diingatkan bahawa segala dasar dan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan berjaya menurunkan paras kemiskinan daripada 52.2% pada 1970 kepada 3.6% pada tahun 2007. Begitu juga peratusan miskin tegar sebanyak 4.0% pada 1990 berjaya diturunkan pada 0.7% pada tahun 2007. Taraf kehidupan rakyat Malaysia kini jauh lebih sempurna berbanding dengan sebelum merdeka.

Keberanian pihak tertentu untuk menggugat keharmonian dan keamanan negara sejak kebelakangan ini mencalarkan maruah dan kedaulatan negara.

Pelbagai Onak dan duri diharungi oleh generasi terdahulu dalam perjuangan menegakkan kemerdekaan, namun usaha untuk mempertahankan kemerdekaan ini dijiwa dan pemikiran setiap masyarakat Malaysia mutakhir kini kelihatannya lebih sukar.

Tepat pada masanya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melaungkan konsep ” Satu Malaysia “. Konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup dinegara ini saling berkongsi satu wawasan, matlamat , impian tanpa mengira fahaman agama, idealogi politik, taraf kedudukan, kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian negara secara berterusan.

Mesej ” Satu Malaysia ” perlu dihayati oelh rakyat Malaysia serta memahami maksud yang tersurat dan tersirat disebaliknya. Golongan muda perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara.

Penyatuan etnik yang kini tergugat akibat kerakusan segelintir pihak yang mabuk kuasa untuk kepentingan diri sendiri mencemar persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. Rakyat negara ini tidak seharusnya leka dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Kelekaan menyebabkan penyesalan yang tidak berpenghujung apabila kita sudah terlambat untuk mempertahankan kedamaian dan keharmonian seperti yang berlaku disesetengah negara.

Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia . Bak kata perpatah ” Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung “.

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Sejarah | Leave a Comment »

Pas, Nik Aziz Perguna Islam Untuk Untung Politik Bukan Pertahan Islam

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Februari 2011

Petikan Artikel daripada blog : http://www.isuhot.com untuk bacaan Semua

Bekas Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menggunakan apa juga peluang yang ada untuk memburukkan musuh politiknya di Malaysia termasuk sanggup mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew.

Beliau berkata Menteri Besar Kelantan itu rela mempertahankan Kuan Yew, yang juga bekas Perdana Menteri Singapura, dengan menganggap cadangannya supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk daripada Islam nasionalis Melayu.

“Nik Aziz lebih teruk daripada Islam nasionalis. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik daripada segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal (Singh), (Lim) Kit Siang, (Lim) Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya dalam entri terbaru beliau di http://www.chedet.co.cc hari ini. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 4 Comments »

PAS menjadi “ Kambing Hitam “ di Merlimau nanti.

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Februari 2011

Oleh : Hatta _Adnan

Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) menafikan desas-desus bahawa PAS mempertimbangkan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Merlimau, sebaliknya parti yang sentiasa mempermainkan hukum Islam itu akan menurunkan calonnya pada pilihan raya kecil 6 Mac ini. Ketua Umumnya (diktator yg tidak dipilih secara demokrasi), Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu.

Sebelum itu, para pemimpin utama PAS menafikan tidak mahu bertanding seperti ura-ura yang banyak diperkatakan sebelum ini. Sebab utama mengapa PAS dan PKR tidak mahu bertanding dan meletak calon masing adalah dipercayai kerana gelombang kemaraan Barisan Nasional terutamanya di Merlimau adalah sangat hebat.

Sebelum ini, selepas pengesahan ADUN Merlimau meninggal dunia, Samsul bersungguh-sungguh untuk menawarkan diri untuk beranding di Merlimau. Namun, apabila mereka mengkaji gelombang rakyat yang sememangnya memihak kepada BN terutamanya selepas kejayaan di Tenang, Johor..akhirnya menarik diri.

Akhirnya seperti biasa PAS akan dikambing hitamkan sekali lagi. PKR seperti biasa akan merampas hak PAS dikerusi-kerusi yang mereka yakin menang sahaja. Rasa penuh simpati kerana sudah banyak kerusi PAS kini dimiliki PKR. Rumusannya… PAS terus menjadi PAK TURUT kepada DAP dan PKR. Kesian sungguh PAS…

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik | 4 Comments »