Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 11 Januari 2011

Khalid Mempersoalkan Kuasa Dan Hak DYMM Sultan Selangor?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 11 Januari 2011

Oleh: Kawan Lama

 

 

Membaca tulisan Khalid Ibrahim “Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikkan SUK” dalam blog DSAI memperlihatkan betapa singkatnya pemikiran beliau. DSAI dengan bangganya memaparkan ketidakbijaksanaan Khalid ini dengan harapan agar kemelut ini dilihat sebagai langkah mudah bagi beliau untuk meletakkan Azmin sebagai pengganti Khlaid kelak untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri Selangor. Namun ini bukan perkara yang ingin dibangkitkan oleh penulis. Apa yang menarik perhatian penulis mengenai agenda tersembunyi pakatan pembangkang iaitu menegakkan Ketuanan Rakyat di Selangor. Resolusi untuk meminda Perlembagaan Negeri merupakan hanya gimmick politik sahja demi untuk mendapat sokongan rakyat Selangor. Adakah rakyat Selangor sanggup untuk bersekongkol dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkan yang menerajui Selangor untuk memashyurkan Ketuanan Rakyat bagi menggantikan Ketuanan Melayu/Kedaulatan Raja-Raja Melayu? Baca baki entri ini »

Advertisement

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 4 Comments »

MAMPUKAH PAKATAN RAKYAT MENTADBIR…. ?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 11 Januari 2011

Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Kewibawaan kerajaan negeri yang di tadbir pakatan pembangkang semakin dipersoalkan rakyat apabila mereka tidak mampu membuat keputusan dengan tepat dan memuaskan hati semua pihak. Insiden itu juga, menunjukkan pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji yang di tabur kepada rakyat pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.


Kewibawaan kerajaan yang dikuasai pakatan pembangkang sudah mula dipersoalkan rakyat. Mereka ( Pakatan Pembangkang ) meghadapi begitu banyak masalah. Apabila mereka berjanji, mereka tidak dapat menunaikannya dan keputusan yang mereka buat tidak memenuhi jangkaan hati rakyat. Mereka cuai membuat keputusan yang tepat dalam satu-satu situasi.


Punca yang menyumbang kepada permasalahan ini ada kerana mereka langsung tidak tahu latar belakang dan cara mentadbir masyarakat pelbagai kaum. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program, Sejarah | Leave a Comment »

HUKUM BERSUBAHAT DENGAN ORANG KAFIR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 11 Januari 2011

Oleh : Hatta_Adnan


Firman Allah Taala:
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu.”(Ali Imran, ayat 28)

Sebelum kita mengupas ayat di atas lebih lanjut lagi, marilah kita melihat, apakah sebab ayat ini diturunkan:

Sebab Turun Ayat
Ayat ini turun disebabkan oleh suatu masalah di mana sekumpulan para sahabat nabi menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang Yahudi. Persahabatan mereka sangat akrab sekali. Beberapa orang sahabat yang lain cuba menasihati agar berwasapada terhadap Yahudi berkenaan. Kerana dikhuatiri mereka akan disesatkan oleh Yahudi berkenaan. Namun nasihat ini tidak dihiraukan. Malah mereka masih tetap akrab. Lalu turunlah ayat:

Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali…

Hukum Dari Ayat Ini
Terdapat beberapa hukum yang daapt kita ambil dari ayat berkenaan, iaitu:

Hukum Pertama: Apakah hukum meminta bantuan orang kafir dalam peperangan..??
Terdapat dua pendapat ulamak dalam masalah ini, iaitu:

1. Jumhur ulamak yang terdiri dari Syafi’i, Hanbali dan Hanafi. Mereka mengatakan bahawa meminta bantuan dari orang-orang kafir dalam peperangan dibolehkan, tetapi dengan 2 syarat, iaitu:
Syarat pertama: Bantuan tersebut memang benar-benar diperlukan.
Syarat kedua: Berkeyakinan terhadap kesetiaan orang-orang kafir tersebut terhadap tentera Islam.

Apakah alasan dari pendapat jumhur ulamak ini..?? Mereka beralasan bahawa Nabi Muhamad s.a.w. pernah menggunakan Yahudi Qainuqa’ dalam peperangan, bahkan mereka telah diberi habuan rampasan perang. Di lain ketika Nabi menggunakan Safwan bin Umaiyah ketika menentang kabilah Hawazin. Ini membuktikan bahwa meminta bantuan mereka dalam peperangan dibolehkan. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »