Oleh: Kawan Lama
DAULAT TUANKU
Kelancangan dan sikap keterlaluan para pemimpin pakatan pembangkang semakin hari kian jelas memperlihatkan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja hatta membelakangkan Perlembagaan demi untuk kekal berkuasa dan mentadbir negeri mengikut kehendak dan tafisran mereka sendiri. Konsep pemerintahan Raja Berpelembagaan dikesampingkan. Institusi Raja diperlekehkan. Maruah dan kedaulatan Raja dipersendakan. Lebih memalukan ia dibawa dan dicanangkan oleh para pencacai Melayu yang tak sedar diri dan mabuk kuasa.
Penulis difahamkan, Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan membuat laporan polis terhadap ADUN Seri Muda, YB Suhaimi Shafiei ekoran kenyataan derhaka beliau terhadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkenan DYMM Sultan terhadap perlantikan Dato Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru-baru ini. Baca baki entri ini »