Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 14 Januari 2011

SIAPA ANWAR IBRAHIM INGIN BERDEBAT DENGAN PM ?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 14 Januari 2011

Oleh : Hatta_Adnan

SASAU dan meroyan Anwar Ibrahim disebabkan ‘gila talak’ nak jadi Perdana Menteri dan menduduki kediaman serta berpejabat di Putrajaya semakin parah. Siang malam melalak nak pulihkan sokongan bekas penyokongnya yang dah cabut lari meninggalkan parti miliknya – PKR. Macam-macam helah dilakukannya untuk meraih kembali sokongan yang nyata semakin surut.

Setelah ‘politik janji’ Anwar dan konco-konconya yang dinamakan sebagai ‘projek 100 hari’ mendapat sanggahan negatif daripada banyak pihak, dia melalak pula minta berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Siapa Anwar Ibrahim yang minta berdebat dengan PM tu? Siapa dia? Apa kedudukannya dalam kepimpinan politik di Malaysia? Hebat dan setinggi mana jawatannya dalam kepimpinan pembangkang di negara ini?

Sedangkan yang membentang projek 100 hari itu di Kongres Pakatan tempoh hari ialah Lim Guan Eng, bukannya Anwar Ibrahim. Kenapa sibuk dan menyibuk pasal kritikan PM erhadap projek itu? Apakah jawatan sebagai Ketua Umum yang disandangnya tanpa sah di sisi peraturan dan perlembagaan partinya itu dah besar sangat? Apa maksud ketua umum? Bukankah ketua umum itu bermaksud dia (Anwar bin Ibrahim) hanya menjadi ketua pada umumnya sahaja. Ketua sebenar orang lain, bukannya dia.

Mana-mana parti politik di dunia ini tidak ada ketua umum. Yang ada ialah Presiden, Pengerusi atau Yang Dipertua. Hanya orang bangang sahaja yang mengaiktiraf ketua umum sebagai ketua kepada segala ketua. Sedangkan untuk berada di jawatan itu tidak pernah pun ada sebarang pertandingan atau proses pemilihan.
Secara suka-suka sahaja mereka menamakan dirinya (Anwar) sebagai ketua umum sedangkan ketua sebenar PKR ialah Wan Azizah Wan Ismail, isterinya. Sementara ketua DAP ialah Karpal Sing dan Pas pula Abdul Hadi Awang. Ketua Umum duduk tang mana? Atas pagar atau di kayangan? Fatamorgana atau fantasi sahaja? Oleh itu mana layak PM Malaysia, DS Najib berdebat dengan makhluk yang tak berapa siuman itu? Dan isu yang hendak didebatkan pulak ialah mengenai ekonomi. Apa kelayakan Anwar nak bercakap pasal ekonomi Malaysia? Hebat sangatkah dia tentang ekonomi? Baca baki entri ini »

Advertisement

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 10 Comments »