Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Harga Minyak naik lagi …….Gula pun…..….!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 16 Julai 2010

Oleh : Peluru Bertunang

Aku tengah penat ni…. Jalan Jem hari hari macam ni, tapi tak apalah kerja cari rezeki untuk meneruskan hidup ni, selagi hidup kena berusaha seolah olah hidup seribu tahun lagi eh!.. ya macam tukan?. Tiba-tiba terdengar di corong radia kereta buatan tempatan juruhebah membaca berita terkini… “ harga bahan bakar naik lagi ? Gula pun naik juga ?” bercelaru fikiran aku, baru aku dok berkira untuk berniaga air bulan puasa ni.

Menurun kata Pak menteri ianya wajar, ianya sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsisi untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan tahun ini. Ia tak ya jugak banyak yang kerajaan telah belanjakan untuk kesejahteraan dan kemakmuran yang sedang kita kecapi hari ini, terima kasih para pemimpin cendiakawan Negara.

Tapi kewajarannya……. siaplah kena kira bajet kehidupan semula la lepas ini. Dah pastilah harga barangan lain akan naik melambung lambung gila, Semua tau…. seluruh kehidupan ini terlibat penuh dengan barangan yang dinaikan harga ini. Oleh itu aku tidak akan bertolak ansur lagi dengan program untuk ikat perut separti yang selalu kami bincangkan di pejabat selepas seminggu gaji..… Macam kata kawan akulah. ‘Tuuu duluuuuuu sebelum barang naik..’

Yang 100% aku pasti, pengurangan subsidi ini akan memberi kesan terhadap perbelanjaan isi rumah semua golongan marhaen macam aku. Tak payah lagi nak buat program makan kenduri. Tak perlu pekena teh tari dan roti canai kedai mamak atau lempeng kat kedai kak Jah.

Advertisement

3 Respons kepada “Harga Minyak naik lagi …….Gula pun…..….!”

  1. rahim said

    dah tau malayu papa kedana kenapa nak pakai keta jalan dah la..sedar la diri

    • 甚至阿德南 said

      AHHH… ko pun sama…guna keta jugak ! ko ckp melayu…diri ko pun melayu gak ! ko tu melayu x bleh d untung !

    • peluru betunang said

      Nasib aku bukan melayu papa kenada, aku melayu sempat jugaklah berniaga buat jualanlangsung tapi bagi akulah yang papa kedana kena naik kereta sebab pengangkutan awam macam gebaaau sengkat je……..nak jalan kaki alamat tak berasaplah dapur aku nak ambik isteri kerja anak di taska. Sebak aku pasal sabsisi di tarik waktu kita nak raya ni, raya bukan untuk bersukaria ianya tanggung jawab Ugama mengiratkan hubungan sesama ummah menginsafi kebesan Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: