Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Jun 2010

MUKTAMAR PAS KE 56 MEREALISASIKAN ASPIRASI RASIS DAN CHAUVINIS DAP ( Bahagian Pertama )

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Jun 2010

Oleh: Kawan Lama

Muktamar Perhimpunan Tahunan ke 56 PAS yang berakhir hari Ahad lalu telah dengan sendirinya menjelaskan hala tuju PAS sebenarnya. Pelbagai perbincangan dan resolusi telah dibentang dan diketengahkan. Namun bagi penulis, dua perkara pokok yang dapat diperbincangkan di sini adalah pertamanya; keazaman PAS untuk ‘membunuh’ kewujudan UMNO dalam usaha untuk mengekalkan hubungan dengan PKR dan DAP dan keduanya; perancangan menambah dan mengekalkan pola pengundian bukan Melayu serta menarik pengundi muda dalam PRU 13 kelak. Kedua-dua usaha ini adalah untuk membuktikan kepada umum bahawa peranan PAS dalam pakatan pembangkang adalah begitu signifikan dan dilihat relevan. Sekilas pandang, ia merupakan sesuatu yang tidak nampak cacat celanya. Namun sekiranya ditelusuri secara lebih mendalam, PAS perlu membuktikan kepada rakan dalam pakatan khususnya DAP yang acapkali sangsi terhadap kewujudan PAS dalam pakatan mereka. Jauh lebih dalam,, dendam PAS terhadap UMNO berjaya dimanipulasikan oleh DSAI (PKR) dan DAP. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 2 Comments »

BANTAH ATAU UGUT BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 11 Jun 2010

Oleh: Salzahedra

Gula, tepung dan minyak masak tidak akan ada di pasaran bermula 15 Jun 2010. Ini bukan satu ugutan tetapi lebih menjurus kepada bantahan terhadap penumuman YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Perdaganagan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berhubung keperluan bagi memiliki lesen bagi penjualan ketiga-tiga barangan keperluan asas ini. Begitulah bentuk penjelasan yang diberikan oleh Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek setelah berbincang Presiden, The Federation of Sundry Goods Merchants Associations yang mewakili 20,000 peniaga kedai runcit. Perkara ini amat menarik perhatian penulis.

Perkara berkaitan masalah barangan keperluan asas ini bukanlah sesuatu yang baru. Walau apapun yang dilaksanakan selama ini, penggunalah yang menjadi mangsa. Bukan peniaga kedai runcit, bukan Persatuan mereka, bukan pengedarnya mahupun pengusahanya. Apakah rancangan untuk tidak menjual ketiga-tiga barangan tersebut adalah kehendak pengusaha kedai runcit? Adakah ada pihak lain yang cuba memberikan tekanan kepada kerajaan dengan menjadikan pengguna sebagai perisai mereka? Apakah agenda sebenarnya disebalik rancangan bantahan tersebut? Persoalan-persoalan inilah yang perlu kita sama-sama telusuri. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

AGENDA BESAR DSAI DAN DAP KESAMPINGKAN PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 1 Jun 2010

Oleh: Kawan Lama

DSAI dan DAP mempunyai pakatan khas yang membelakangkan rakan mereka PAS dalam pakatan pembangkang. Kenyataan DSAI dalam wawancara dengan akhbar Cina Nanyang Siang Pau pada 26 Mei 10 lalu bahawa beliau bersedia untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II khusus untuk DAP adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh PAS. PAS perlu sedar bahawa mereka hanyalah berperanan sebagai ‘nasi tambah’ kepada rancangan besar DSAI dan DAP. Apa sahaja yang dilakukan atau dirancangkan oleh DSAI dan DAP kebanyakannya tidak diketahui oleh PAS. Nik Aziz dan barisan kepimpinan tertinggi PAS yang di ketuai oleh Haji Hadi pada kebiasaannnya akan diperlukan bila DSAI atau DAP untuk mendapat undi daripada penyokong tegar PAS dan melaksanakan demonstrasi jalanan yang dianjurkan mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 8 Comments »