Oleh : Tun Teja Millenia
Kira-kira 100 orang warga FB hadir malam tadi (6hb Julai 2010)di sebuah restoran di ibu negara untuk perjumpaan bersama Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini. Turut serta di dalam perjumpaan itu adalah mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Arau, Perlis. Kumpulan Ulama berkenaan diketuai oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman . Acara ini memang dinantikan ramai kerana ingin bertemu dan beramah mesra bersama para Ulama tersebut. Dato’ Seri Shahidan Kassim memulakan ucapan dengan memperkenalkan Ustaz Fatul Bari Mat Jahaya (kini berkhidmat sebagai Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), dan Ustaz Fauzan (berkhidmat di sebuah Universiti tempatan)yang hadir pada malam itu. Ramai yang hadir mangambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dan seterusnya mengutarakan pelbagai soalan berkaitan isu politik semasa dan isu ugama.
Penyertaan kumpulan Ulama ini adalah berperingkat-peringkat pertama dimana menurut Ustaz Fatul insyaAllah kumpulan yang kedua akan turut serta tidak lama lagi dan dijangkakan lebih 1000 orang Ulama akan menyertai Umno. Ketika ditanya tentang penyertaan ke dalam Umno, Dato Seri Shahidan Kassim berkata kumpulan Ulama akan diberi ruang untuk meneruskan misi dakwah mereka khususnya di kalangan golongan muda serta sama-sama menunaikan tanggungjawab menyebarkan ugama dan menyeru kepada perpaduan dikalangan orang melayu. Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap. Kumpulan Ulama ini dijangka akan mengadakan perbincangan dan menyediakan draf kertas kerja mengenai program-program yang akan dianjurkan bersama-sama Pemuda Umno. Baca baki entri ini »