Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Jangan tumpahkan air ditempayan bila mendengar guruh di langit.

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Februari 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Jasa pemimpin-pemimpin UMNO terhadap orang-orang melayu sungguh besar sehingga sukar untuk di nilai. Kita perlu fikirkan tentang kehidupan orang melayu sebelum merdeka. Ia nya jauh berbeza, seperti langit dengan bumi

Perbezaan taraf hidup semasa sebelum dan selepas merdeka ini hanya dapat diketahui dan di nilai oleh manusia yang berfikiran waras yang berumur 60 tahun keatas sahaja. Kita ingin mengingatkan kembali di zaman kita pada tahun 1950 dahulu. Pada zaman itu di kampung kita nak lihat motor kapcai pun susah. Tetapi Hari ini jika kita pergi ke mana-mana kampung ceruk rantau negeri pun kita ternampak di sana sini kereta motorkar. Bab motor kapcai tak payah cerita lah

kita yakin kebanyakan bloggers di sini terdiri dari kaum muda mudi yang belum lahir dizaman dulu. Jika ada juga yang tua-tua sebaya dengan kita, mungkin mereka ini kurang waras fikiran nya. Tidak boleh membezakan antara kehidupan di zaman sebelum dan selepas merdeka

Keamanan, kemakmuran dan kemajuan yang sedang kita nikmati ini semua nya dari hasil pemerintahan BN yang diterajui oleh UMNO.kita tidak nampak langsung walau sebesar hama dari jasa pemimpin-pemimpin PAS, PKR atau DAP terhadap rakyat Malaysia. Apa yang mereka buat selama ini hanya cuba menghasut dan cuba meruntuhkan kepimpinan negara yang telah banyak berjasa kepada rakyat

Alasan pemimpin-pemimpin pembangkang ini terlalu lemah dan dangkal, ” JIKA KAMI DIBERI PELUANG MEMIMPIN NEGARA, KAMI AKAN MENJADIKAN NEGARA INI LEBIH AMAN, MAKMUR DAN LEBIH MAJU”. Persoalan nya, adakah negara kita ini TIDAK aman, makmur dan maju? Nak aman, makmur dan maju yang macam mana lagi?

Tentang rasuah? Negara mana yang tidak amalkan rasuah? Jika Pakatan Rakyat memerintah, mampukah mereka hapuskan rasuah? Sedangkan kebanyakan pemimpin PKR itu berasal dari UMNO yang kebanyakan nya sudah terlibat dengan rasuah. Apa perlunya kita robohkan rumah yang sudah sekian lama kita duduki dengan aman, damai dan selesa? Rakyat yang berfikiran waras boleh menilai yang mana intan dan yang mana kaca jadi marilah kita fikir-fikirkan

Tinggalkan komen