Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS DIPERGUNA UNTUK PECAHBELAHKAN MELAYU DARI DALAM DAN LUAR PARTI?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Februari 2010

Oleh: Kawan Lama

Pergolakkan dalam pakatan pembangkang sememamg telah diduga dan acapkali disuarakan oleh ramai pemerhati politik. Namun disebabkan keghairahan atas kemenangan yang sedikit dalam PRU 12 lalu, ia cuba dinafikan oleh pemimpn mereka. Penyokong tegar dan tidak sedar akan ancaman yang akan melanda parti mereka ‘per se’, maka mereka menerima sahaja cereka ciptaan pemimpin mereka mentah-mentah. Kegagalan untuk mewujudkan parti komponen baru yang mereka namakan Pakatan Rakyat bukti jelas bahawa mereka tidak mampu bersatu sebagai sebuah komponen di bawah satu lambing parti. Mengapa susah sangat nak daftarkan nama pertubuhan mereka? Jawapannya ada pada prinsip dan agenda perjuangan mereka yang berbeza-beza.

Malangnya, dalam pakatan pembakang itu, PAS menjadi mangsa kerakusan DAP dan PKR. Mereka tidak mampu untuk bersuara kerana mereka hanya mempunyai bilangan kerusi yang kecil berbanding dengan rakan mereka yang lain. Mereka hanya digunakan untuk memecahkan orang Melayu. Mahu atau tidak PAS kena menerima hakikat ini. Kelebihan PAS yang berjuang atas tiket perjuangan ‘Dasar Islam’ menjadi kelemahan yang dilihat oleh rakan pembangkang mereka DAP dan PKR. “Senjata’ inilah yang digunakan terhadap PAS dalam usaha mereka untuk memecahbelahkan orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

PAS yang masih khayal dengan sokongan bukan Islam/Melayu ingin menutup hal ini. Pemimpin mereka masih lagi melaungkan bahawa PAS telah mula diterima oleh golongan ini. Mungkin ada kebenarannya. Namun kebenaran tersebut hanya setakat pada keputusan PRU 12 lalu. Hari ini kita dapati, PAS telah mula ditekan dan dipaksa menuruti kehendak DAP dan PKR. PAS kena tunduk dengan tuntutan-tuntutan kedua-dua ‘rakan baik’ PAS ini. PAS kena pastikan tidak ada seorangpun khususnya para pemimpin PAS dan penyokong PAS amya, menghentam, mengutuk atau menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan, atau sebarang bentuk keputusan yang dibuat oleh pemimpin DAP atau PKR. Sekiranya berlaku sedemikian, pemimpin atasan PAS diarahkan untuk mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya terhadap sipelakunya. Contoh jelas yang kita tahu adalah tindakan displin yang dikenakan terhadap YB Dato Hasan Ali, Pesuruhjaya Tinggi PAS di Selangor. Beliau yang mempersoalkan tentang isu penjualan arak dan isu SELCAT. Salah ke? Namun DAP yang bengang dengan kenyataan yang dibuat oleh Hasan Ali ini telah mengarahkan Mursyidul Am PAS, YAB Dato Seri TG Nik Aziz untuk memastikan Hasan Ali dibawa kemuka Lembaga Displin PAS. YB Dato Hasan Ali dahpun dihadapkan ke Lembaga displin Pas. Tindakan telahpun diambil.

Penulis yakin ada dikalangan pemimpin PAS yang sedar akan perkara ini. Namun tidak berani bersuara kerana takut nanti didoakan oleh Mursyidul Am PAS dijatuhkan bala kepada mereka kelak. Umum tahu, Mursyidul Am PAS ini selalu guna ayat ini.

Kes liwat II DS Anwar Ibrahim adalah satu lagi perkara yang perlu dipandang oleh semua pihak khususnya pemimpin dan penyokong PAS. , TG Nik Aziz kelihatan berada di Mahkamah walaupun beliau masih tidak berapa sihat lagi. Menurut laporan media massa, beberapa program rasmi di Kelantan telah dipendekkan masa dan ada yang dibatalkan hanya kerana masalah kesihatan TG Nik Aziz. Namun semasa hari pertama kes liwat II DS Anwar ini, TG Nik Aziz hadir. Mungkin kehadiran beliau hanya setakat untuk beri sokongan moral dan menunjukkan PAS akan tetap menunjukkan sokongan terhadap DS Anwar atas nama politik kepartian. Baguslah kalau gitu. Namun sedar atau tidak, DS Anwar ‘pergunakan TG Nik Aziz untuk lepaskan tengkuk dia. Sejak awal lagi DS Anwar dah pergunakan TG Nik Aziz. Mintak TG Nik Aziz dan pemimpin PAS cover pasal Sumpah Muhabalah. Ramai juga cakap PAS dan TG Nik Aziz kan selalu buat sembahyang hajat. Tak boleh ke buat sembahyang hajat agar siapa yang bersalah atau berbohoing ini dijatuhkan bala oleh Allah swt.

Silap mata DS Anwar gunakan TG Nik Aziz. Hebat….nya Ada TG Nik Aziz, (orang akan nampak TG yang dhormati kerana kearifannya tentang hukum Islam) maka DS Anwar akan dilihat tidak berdosa atau bersalah pada mata umum. . Ramai juga yang tertanya-tanya, apakah kehadiran TG Nik Aziz itu boleh diibaratkan sebagai ‘menyokong’ dosa dan keaiban yang dilakukan DS Anwar? Ada yang berkata, “Apa yang nak dihairankan, TG Nik Aziz pernahpun kata Elizabeth Wong buat tak elok kat dalam rumah dia. Itu hal peribadi. Tak salahpun. Kalau gitu, DS Anwar pun buat kat rumah dia. Hal peribadi juga. Maka tak salahlah.”

Apakah PAS kini seolah-olah telah menolak Undang-Undang Takzir (Hukum/Undang-Undang Negara dalam menyusun kehidupan anak Adam di mukabumi selain daripada Hukum Islam) yang dibenarkan dalam Islam. Apakah PAS kini dah liberal dan sanggup mengenepikan hukum hanya kerana mahu diterima oleh rakan dalam parti dan undi bukan Melayu? Kalau PAS dah jadi parti Islam liberal, siapakah yang menjadikan sedemikian? Adakah pemimpin PAS sendiri atau DS Anwar? Mungkin juga kumpulan Erdogan dalam PAS yang pro DS Anwar? Lupakah kita kisah DS Anwar yang dah janji depan kawan karib beliau Wolfowitz dan beberapa lagi puak neo konservatif dan dah berucap di Amerika Syarikat bahawa PAS kini dah diliberalkan? PAS dah boleh dikawal oleh beliau?

Penulis bukan mahu menyentuh mana-mana pihak terutamanya TG Nik Aziz dan penyokong PAS amnya. Penulis hanya beharap agar TG Nik Aziz dan PAS sedar bahawa merka hanya dipergunakan demi kepentingan politik sempit sesetengah pihak yang amat gilakan kuasa dan mempunyai dendam kesumat. Janganlah sampai kita tidak dapat berdiri dengan megah suatu hari kelak kerana apla terhadap kesan tindakan kita hari ini. Jangan sampai anak bangsa dan agama tergadai hanya mahukan undi bukan Melayu. Selama ini PAS bertahan di atas kekuatan PAS sendiri.  Kekuatan itu semakin terhakis dek kerana keuntungan sedikit yang diterima hari ini. Lihatlah apakah sebenarnya kekuatan kita. Apakah rahsia kebangkitan orang Melayu semasa menentang Malayan Union dahulu? Apakah yang amat ditakuti dan digeruni oleh penjajah dan kaum lain terhadap orang Melayu? Perpaduannya, Kesepakatannya dan Agamanya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: