Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for November 2010

KUASA DAN PRINSIP AKHLAK

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 26 November 2010

Oleh: Anak kecil dari Gunung

Anehnya, tatkala dunia menjadi semakin kecil, kesedaran tentang jurang perbezaan antara masyarakat dan kelompok manusia tambah melebar; Timur dan Barat, Utara dan Selatan, mereka yang berkuasa dan mereka yang terpinggir. Kesedaran ini tumbuh sebagai akibat daripada dasar dan amalan kuasa yang terpisah daripada prinsip akhlak.

Kedamaian dan keamanan dunia yang berkekalan tidak boleh dibangunkan di atas landasan hegemoni agama, budaya, ekonomi dan politik tetapi atas kesedaran dan keinsafan terhadap wujudnya “orang lain”. Maka timbullah keperluan dialog. Gerak ekonomi jelas menunjukkan kepada integrasi global. Resolusi teknologi dan ledakan maklumat bergabung menjadikan dunia satu perkampungan sejagat. Manusia dan budaya semakin dekat tetapi apakah mereka saling memahami dan menghormati antara satu sama lain? Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Apakah dasar sebenar PAS?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 25 November 2010

Oleh: Kawan Lama

Pakataan dan kerjasama PAS dengan parti-parti pembangkang yang dilaksanakan kepimpinan Tertinggi PAS yang diterajui oleh TG Nik Aziz sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Begitu juga dengan penolakkan dan keengganan untuk bekerjasama dengan UMNO juga bukan sesuatu yang baru. Lebih menghairankan,penolakkan kerjasama dengan UMNO adalah berlandaskan kepada dasar kedua-dua parti yang berbeza. Manakala apakah asas yang digunakan oleh TG Nik Aziz mengenai gabungan bersama DAP di bawah pakataan pembangkang? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 3 Comments »

Hentikan Isu tidak membina! Masa untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab pada masyarakat!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 22 November 2010

 oleh: Tun Teja Millenia

Semakin hari semakin jelak membaca isu-isu yang tersiar di akhbar tempatan dan media sosial. Isu-isu berbangkit yang terus menjadi bahan untuk bermusuh dan berpecah di antara semua kaum masih menjadi tajuk hangat. Apakah sudah ketandusan idea untuk berdebat?

Isu perkauman, isu hak orang Melayu, isu perlembagaan, isu kaum Cina, isu kaum India sudah mula merimaskan dan memualkan. Sebanyak mana pun diperkatakan, sebanyak manapun diperdebatkan, yang hitam tetap hitam dan yang putih tetap putih. Hakikatnya, sudah masanya untuk kita keluar dari gelanggang perlawanan yang tidak menguntungkan sesiapa malah memudaratkan.

Lebih bermakna jika menumpukan fokus kepada isu-isu sosial dan nasib rakyat yang tidak terbela serta melarat. Memikirkan dan membuat perancangan bagaimana untuk menambah baik dan menangani isu-isu sosial yang sedang parah menimpa masyarakat kita amnya masyarakat orang Melayu. Tidak perlu lagi melayan suara-suara sumbang yang tidak henti-henti meniup sentimen perkauman dan menuntut perkara yang bukan-bukan. Meminta dan menuntut semua yang sudah diberi tapi masih lagi tidak tahu erti bersyukur. Semuanya sudah termeteri kemas di dalam Perlembagaan. Bak kata presiden UMNO, Ayuh kita tinggalkan isu ini. Tutup buku! Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

BERSELINDUNG DI SEBALIK TUNTUTAN?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 November 2010

Oleh: Kawan Lama

Membaca artikel Sdr Zakir dalam blog beliau Bigdogdot.com yang bertajuk ‘Chauvinis Cina Kembali Menuntut’ semalam, bukanlah merupakan sesuatu yang baru dilakukan oleh pertubuhan-prtubuhan bukan melayu khususnya kaum Cina. Tuntutan-tuntutan yang dilakukan juga tidak pernah menyimpang daripada tuntutan asal mereka sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka, tuntuan ini disalurkan melalui pemimpin-pemimpin persatuan khususnya persatuan-persatuan perniagaan yang terlibat dan berurusan secara langsung dengan penjajah. Namun pendekatan ini bertukar selepas merdeka iaitu saluran politik.

Apa yang kita terlepas pandang adalah bagi masyarakat Cina, Pertubuhan/Persatuan mereka adalah lebih teratas kedudukannya berbanding dengan saluran politik. Saluran politik hanyalah sebagai alat dalam memastikan tuntutan mereka dipenuhi walaupun ia mengambil masa yang panjang. Justeru itu, kita dengan jelas dapat melihat bahwa melalui saluran politik, sama ada dalam parti memerintah mahupun pembangkang, mereka tetap mempunyai wakil atau suara dalam dalam mengketengahkan tuntutan mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 4 Comments »

Hadi-PAS perlu sokongan Melayu untuk memerintah Negara, UMNO perlu berundur ? Jangan Mimpi la .. !

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 November 2010

Oleh : Hatta _Adnan

Presiden PAS, Hadi Awang, berkata PAS perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan Negara kerana kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk anggota UMNO.

Oleh itu, PAS perlu bersikap terbuka dengan berdakwah dan memujuk mereka yang bukan anggota untuk mereka menerima PAS mengambil alih pemerintahan negara.

“Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga diperlukan. Kita juga perlu undi daripada ahli UMNO juga”.

Persoalannya: Sejak bila PAS memikirkan pasal bangsa Melayu ?

Orang Melayu mesti berfikir banyak kali kalau mahu memberi sokongan kepada PAS untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu. PAS selama ini yang hanya menjadi tukang salak kepada DAP dan PKR demi pertahankan jawatan dan kuasa sahaja, bukannya berperanan sebagai tulang belakang untuk membela nasib serta maruah bangsa Melayu. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 4 Comments »

Selamat Hari Raya Aidil Adha~ SahabatMantap

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 16 November 2010

Dari Kami : Warga Sahabat Mantap

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Zaid Ibrahim Letak Semua Jawatan Dalam PKR..(Parti Kencing Rakyat)!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 12 November 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Zaid Ibrahim akhirnya berjaya dikencing dek PKR (Parti Kencing Rakyat) yang dulu dok sibuk memperjuangkan demokrasi tetapi hakikatnya, hanya memperjuangkan orang-orang tertentu di dalam PKR.
Dengan nada orang yang kecewa Zaid berkata; “Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.”

“Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

MELAYU SEDANG MENGHADAPI PERSIMPANGAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 12 November 2010

Oleh: Anak kecil dari gunung

Kaum Melayu, Cina dan India di negara ini mengalami masalah perpaduan  “dalaman” masing-masing selepas PRU ke-12. Namun dari satu sudut lain, penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak pula mempunyai ikatan keakraban yang lebih baik berbanding dengan penduduk yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Mengapa perkara ini masih berlaku?

Mungkin salah satu sebab utama ialah semangat etnosentrisme lebih tinggi wujud dalam kalangan penduduk di Semenanjung, perkara ini sukar diubati walaupun sudah lebih daripada 53 tahun Negara ini merdeka. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 2 Comments »

PAS…apa sudah jadi? Pakatan Rakyat Hampehh !!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 8 November 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Kalau didunia kini sudah dipertunjukkan tanda dan amaran PAS akan kalah memang benar mereka terlebih berhak dari kalah. Kita lihat apa berlaku di Kedah. Kami mangsa banjir yang tidak pindah batang hidung dan bayangan pemimpin PAS tak kelihatan. Malah apa yang sedihnya wang penggunaan telefon bimbit habis berpuluh ringgit menelefon pohon bantuan air bersih. Dari pagi hingga ke malam tak muncul-muncul. Memang pemimpin PAS nie lidah bercabang seperti biawak.( Bapak Biawak )

Malah bila dekat pilihanraya tersondol-sondol muncung macam b*b* minta simpati. Bila kita susah batang hidung dan bayangan entah kemana. Inilah rupanya manusia tak sedar diuntung. Inilah pemimpin zalim macam yahudi tajaan PAP Singapura. Pemimpin penghancur bangsa serta pemusnah negara dan agama.

Persoalannya apakah pemimpin begini layak cium pintu syurga?  Sedangkan amanah yang di pertanggungjawabkan diabaikan dan banyak menafikan. Pemimpin tersangat zalim, serta pemimpin tiada harga dan maruah diri. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 22 Comments »

UMNO PENGHALANG TERBESAR PEMBANGKANG

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 November 2010

Oleh: Kawan Lama

Dalam politik, semuanya boleh belaka. Tak kira apa cara sekalipun, apa yang penting adalah untuk mendapatkan kuasa. Buatlah apa sahaja walaupun MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Perkara ini adalah suatu kelaziman atau lebih tepat lagi amalan parti-parti politik di serata dunia. Serangan atau ‘tipu-muslihat politik’ biasanya akan mensasarkannya terhadap parti yang memerintah. Dalam konteks Malaysia, Barisan Nasional (BN). Kejayaan BN mengekalkan kuasa pemerintahan negara sejak merdeka sehingga kini amat dicemburui oleh parti lawan. Kali ini penulis mahu membawa pembaca kepada persoalan sasaran serangan pakatan pembangkang dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN. Sasaran mereka adalah UMNO. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 4 Comments »

Jangan Tersalah Menilai Ciri-ciri Ulama Sebenar

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 3 November 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Ulama secara ideal adalah orang yang arif di dalam ilmu dan orang yang tersohor tetapi disebabkan makna ulama itu sudah dicampur aduk maka yang bukan ulama pun dipanggil ulama.

Tetapi masyarakat kita, asal orang itu tahu serba sedikit mengenai agama, dipanggil ustaz dan yang boleh bercakap, digelar ulama. Ulama dalam konsep sebenar adalah mereka yang memiliki ketinggian intelektual dalam bidang hebat serta bersedia menyumbang pemikiran untuk pembangunan ummah, bukan memiliki ciri tertentu yang ditetapkan masyarakat seperti memakai serban atau berjubah.

Ketinggian intelektual itu juga menjadikan mereka kumpulan sepatutnya member nasihat kepada umara untuk menjamin pemimpin member sumbangan kearah kemajuan masyarakat kerana sasarannya ialah pembangunan ummah.

Dalam konteks Negara kita, hubungan ulama dan umara adalah untuk memperoleh kuasa, hingga terlanyak nilai dalam masyarakat, agama, politik dan bangsa kerana orang politik berkelahi sesame sendiri. Sayangnya ulama juga memihak kepada parti politik. Oleh itu perpecahan politik antara ulama perlu dihentikan sekarang supaya usaha member nasihat kepada umara dapat dilaksanakan.

Perpecahan ummah tidak boleh diselesaikan oleh orang politik tetapi pihak yang mempunyai pandangan jelas serta bebas. Perlu ada fahaman jelas bahawa ulama bertanggunjawab member pandangan jitu kepada umara tanpa memikirkan untung rugi, demi melahirkan pemimpin yang baik dan kesatuan itu akan membolehkan pembangunan ummah dilaksanakan. Sebaliknya, apabila dua golongan itu gagal bersikap sepatutnya , ummah akan menjadi mangsa. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

PAS MENGHALALKAN RASUAH ATAS NAMA ISLAM ADALAH PERLU-GALAS

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 2 November 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Ketika tinggal dua hari lagi menjelang hari pengundian, seramai 93 peratus pengundi telah menetapkan pilihan masing-masing dengan Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului pesaingnya dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Sekitar tujuh peratus pengundi masih belum membuat pilihan mereka sehingga semalam.

PAS yang pertama kali menguasai kerusi Galas, yang terletak dalam bahagian Parlimen Gua Musang dua tahun lalu, menerima sokongan 42 peratus berbanding BN yang menjadi pilihan 51 peratus. Sebelum ini, PAS berkata ia memulakan kempennya dengan asas sokongan pada tahap 48 peratus dan menganggapnya ‘underdog’ dalam mempertahankan kerusi tersebut. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program | Leave a Comment »