Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 24 Disember 2010

Impian Bapa Kemerdekaan Teras Pembangunan Negara dan Rakyat

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 24 Disember 2010

Oleh: Kawan Lama



Saudara Zairil Khir Johari mungkin berasa bangga apabila menadapat tepukan gemuruh semasa menyampaikan ucapan beliau bertajuk “Selamatkan Impian Bapa Kemerdekaan” dalam perhimpunan pakatanpembangkar 2 tempohari. Beliau lebih gembira apabila menerima penghargaan daripada Lim Kit Siang apabila teks ucapan beliau dipaparkan dalam Blog LKS. Teks ucapan beliau berkisar kepada isu menghentam kerajaan BN khususnya UMNO. Bagi beliau, kerajaan BN telah gagal dalam melaksanakan agenda pembangunan negara dan masyarakat khususnya agenda pembangunan orang Melayu sejak merdeka lagi. Lantaran itu, penulis rasa terpanggil untuk mengulas dan memberikan pandangan tak seberapa terhadap pemesongan fakta seorang anak bekas Menteri Melayu dalam kabinet kerajaan BN ini.

Menuduh kerajaan BN membelakangkan impian Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj adalah suatu tuduhan liar dan tidak bertanggung jawab. Apa yang dihasratkan oleh Tunku adalah Malaysia setelah menjadi sebuah negara merdeka, ia terbina atas semangat kepunyaan (belonging) dan kekitaan yang membawa kepada semangat cintakan tanahair (patriotisme). Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | Leave a Comment »