Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 27 Disember 2010

Gempar…Anwar Ibrahim MURTAD?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 27 Disember 2010

Oleh : Hatta_Adnan

Pluralisme adalah salah satu perjuang Anwar sejak dulu lagi. Beliau ke serata dunia memberi ceramah dan penerangan mengenai pluralisme. Di “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Plurisma dalam Dua Dunia)di LCE (The London School of Economics and Political Science), United Kingdom ,Anwar menyindir dan mengkritik umat Islam.

Menurut Anwar pihak yang tidak menerima fahaman pluralsime agama adalah jumud dan konservatif. Semasa ceramah beliau berkata umat Islam harus terbuka dan terus menuduh umat Islam yang menolak pluralisme sebagai pihak yang terlibat dalam satu perancangan untuk menyerang agama lain terutamanya Kristian yang mahu memurtadkan dan menukarkan akidah kelompok Islam.

Anwar berkata pluralisme amat ditakuti oleh golongan Islam malah menuduh golongan yang menolak pluralisme bagaikan takut kepada bayang bayang.Anwar menyokong Lina Joy murtad,beliau turut mempersoalkan mengapa harus diambil tindakan kepada Lina Joy yang mahu murtad. Paling menyesakkan dada apabila Anwar memperalatkan dan memanipulasi makna ‘Maqasid Syariah'(objektif perundangan syariah) untuk menghalalkan idea beliau. “Maqasid Syariah” dipergunakan untuk mencapai matlamat besar Anwar bagi menghalalkan pluralisme agama. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 1 Comment »