Oleh : Anak Kecil Dari Gunung
Ketuanan Melayu sudah terlalu kerap dipertikaikan, baik dalam kalangan pembangkang mahupun penyokong kerajaan sendiri. Ada usaha untuk menghapuskan hak istimewa kaum Bumiputera dalam ekonomi dan pendidikan atas dasar kesamarataan. Ungkapan kebebasan beragama pula diputarbelitkan sehingga memberikan gambaran bahawa islam bukan agama utama di Malaysia. Ironinya sendiri demi memenuhi nafsu untuk menduduki tampuk kuasa pemerintahan secara tergesa-gesa.
Kewujudan institusi raja juga disanggah tanpa menyingkap bukti sejarah. Sudah acap kali pula raja-raja Melayu meitahkan rakyat supaya akur pada kontrak sosial tetapi tidak diendahkan. Walau bagaimanapun golongan “ Mabuk Kuasa “ ini terus menyempurnakan agenda mereka dengan mengheret rakyat yang tidak bersalah. Mereka seolah-olah mendapat tenaga luar biasa setelah mendapat sedikit kuasa melalui pilihanraya hasil permainan sentimen politik yang sempit. Dengan sokongan masyarakat luar yang sejak dahulu mencemburui pencapaian baik Malaysia dalam pelbagai bidang, usaha mereka sudah kelihatan seperti misi global.
Apakah yang tidak kenanya dengan negara padahal Negara sudah mengecap kemakmuran dan keharmonian sejak puluhan tahun dahulu? Adakah ketenteraman dan keamanan bukan sesuatu yang berharga hingga kita sanggup menggadaikannya dengan melakukan huru-hara dan demontrasi tanpa di ketahui hujung pangkalnya?
Tujuh wasiat raja-raja Melayu yang didedahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak ,baru-baru ini mungkin boleh mengeembalikan sebahagian masyarakat kita yang sedang berada di dalam dunia khayalan supaya kembali ke alam nyata . ini bukanlah kali pertama raja Melayu mengingatkan rakyat tentang kontrak sosial yang dimeterai sebelum Negara mencapai kemerdekaan. Baca baki entri ini »