Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Bertaubatlah wahai Anwar……

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Julai 2008

Oleh: Adijagat

 

Anwar Ibrahim semakin garang kebelakangan ini. Merata rata tempat dia melalak dan bercakap yang bukan bukan. Kenapalah jadi begitu? Apakah rancangan untuk menjadi PM Malaysia dikhuatiri tidak dapat dicapai oleh Anwar?

 

Cuba kita lihat apakah yang telah dinyatakan oleh Anwar sejak kebelakangan ini.

 

Apabila Saiful Bahari membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya, Anwar telah berlindung di kedutaan Turki dan tidak membuat sebarang kenyataan akhbar menafikan dakwaan Saiful Bahari. Sebaliknya Anwar membuat kenyataan akhbar melalui peguamnya Sivarasa. Kandungan kenyataan akhbarnya menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dan menuduh kerajaan membuat konspirasi dengan modus operandi yang sama seperti pada tahun 1998. Tindakan ini kononnya kerana Anwar mendapat ancaman bunuh dan nyawanya terancam.

 

Keesokan harinya Wan Azizah pula yang membuat kenyataan akhbar yang kandungannya sama seperti kenyataan akhbar semalamnya tetapi ditambah pula dengan menuduh Dato’ Seri Najib sebagai dalang dalam perkara yang berlaku. Wan Azizah menunjukkan gambar Saiful bersama dengan pegawai khas Dato’ Seri Najib di pejabat Dato’ Seri Najib. Dengan gambar tersebut Wan Azizah membuat kenyataan yang kabur itu.

 

PKR menyatakan bahawa Anwar berlindung di kedutaan Turki selepas mendapat ugutan bunuh dan mendapat pelawaan untuk berlindung di situ. Tetapi hakikatnya amat berbeza apabila Duta Turki menafikan mempelawa Anwar untuk berlindung di situ tetapi Anwar sendiri yang telah datang dan sebagai tetamu beliau tidak akan menghalau Anwar.

 

Anwar yang mendapat kepastian bahawa nyawanya akan dilindungi telah keluar dari kedutaan Turki dengan sombong dan angkuh. Selepas membuat kenyataan akhbar menyatakan ini merupakan satu konspirasi yang terdesak daari pihak Kerajaan kerana Anwar sepatutunya mengumumkan di mana dia akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan dua orang ahli parlimen BN akan menyertai pakatannya.

 

Anwar yang pakar memutarbelitkan sebarang keadaan itu terus mengalihkan pandangan masyarakat dari kes liwatnya kepada Dato’ Seri Najib pula. Bermulalah ‘Najib Bashing’ dan terjadilah aapa yang dikatakan oleh Dato’ Seri Najib sebagai Politik Kotor.

 

Persoalan yang dibangkitkan adalah kenapa Anwar cuba mengheret Dato’ Seri Najib ke dalam kontroversi yang berlaku sekarang? Apakah sebabnya Dato’ Seri Najib yang menjadi sasaran ganyangan Anwar? Bermacam macam yang bermain di benak ini tetapi sebagai orang yang rasional marilah kita lihat secara mendalam apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh Anwar ini tanpa menuduh secara membabi buta.

 

Sebagai seorang yang diakui oleh YABhg Tun Dr. Mahathir sebagai seorang ‘Master Operator’  yang licik dalam gerakgeri dan tindakannya Anwar sudah tentu memikirkan langkah langkah yang dilakukan dalam mendapatkan kuasa di persada politik Malaysia ini. Seperti pemain catur yang sentiasa berfikir lima langkah kehadapan dan sentiasa memikirkan langkah langkah alternatif sekiranya langkah yang awal yang direncanakan dapat dipatahkan oleh lawan.

 

Apabila dakwaan liwat dibuat terhadap Anwar, dia terus melarikan diri dan berlindung di kedutaan Turki. Kenapa Turki? Kenapa tidak Amerika? Australia? Englang? Turki dilihat sebagai negara Islam dan Parti yang memenangi pilihanraya Turki adalah parti Islam jadi sudah pasti Anwar dilihat seperti orang yang baik dan Islam yang hebat kerana mendapat jemputan berlindung di kedutaan turki. Jika dia berlindung di kedutaan Amerika, orang akan berkata memanglah Anwar sekutu dan barua Amerika kerana itu dia berlindung di sana. Mungkin betul dia meliwat tapi Amerika tentu tidak peduli sebab mereka hanya ingin memenuhkan agenda politik mereka mendominasi dunia ini. Anwar ingat dia hebat tapi bila Duta Turki menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjemput Anwar.

 

Sejurus keluar sahaja dari kedutaan Turki Anwar terus menyatakan ini adalah konspirasi BN kerana dia akan mengumumkan dalam minggu tersebut di mana dia akan bertanding untuk kerusi Parlimen dan 2 orang Ahli Parlimen BN akan lompat parti. Tetapi sekali lagi Anwar terperangkap kerana tidak ada Ahli Parlimen BN yang Keluar parti malah SAPP pun yang pernah meminbulkan kontroversi dan panik telah menyatakan bahawa mereka akan terus bersama BN dan tidak akan meneruskan usul tidak percaya terhadap Pak Lah.

 

Gambar Saiful Bahari bersama dengan pegawai khas di pejabat Dato Seri Najib tidak boleh sesekali diambil kira sebagai bukti adanya konspirasi.semua orang bebas cuiba mengambil gambar dengan sesiapa yang diingininya. Jika dikatakan gambar itu bukti konspirasi sudah semestinya Anwar merupakan talibarut Yahudi dan Amerika kerana beliau pernah bergambar dengan Paul Wolfowitz bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat nyang merupakan seorang Neo-conservatives.

 

Anwar dengan begitu marah telah mengeluarkan kata kata yang kasar dan tuduhan yang melulu terhadap kerajaan semasa sidang akhbar bersama dengan balasubramaniam mengenai akuan bersumpah bala. Anwar nampaknya begitu yakin dengan akuan sumpah Balasubramaniam tetapi malangnya pada keesokan harinya Balasubramaniam telah menarik balik keyataan akuan bersumpahnya yang pertama dan membuat kenyataan yang menafikan akuan bersumpah yang pertama. Pening juga begini ye.

 

Akhirnya Anwar dilihat tidak mahu melakukan ‘mubahalah’  dengan meletakkan syarat syarat . walaupun mulutnya menyatakan dia bersedia tetapi orang tahu dia sebenarnya tidak berani untuk melakukan ‘mubahalah’. Tetapi saya tidak hairan jika Anwar melakukan ‘mubahalah’ kerana kalau berbagai bagai perkara keji seperti menipu, menfitnah, mengadu domba berani dilakukannya kenapa dia tidak berani melakukannya. Orang yang telah melakukan kesalahan dan terdesak sanggup melakukan apa sahaja seperti yang pernah disebutkan oleh seorang tokoh politik PAS kepada girlfriendnya supaya bersumpah mengangkat Al-Quran menafikan pernah mempunyai hubungan dengannya walaupun hanya untuk melepaskan diri.

 

Saya hanya ingin mengingatkan saudara Anwar kepada nasihat yang pernah diberikan oleh seorang ulama Perak kepadanya ketika Anwar meminta pendapat ulama tersebut tentang apakah yang patut dilakukannya dalam menghadapi tuduhan liwat tahun 1998 dahulu. Ulama tersebut telah menasihatkan Anwar supaya BERTAUBAT dan duduk di rumah diam diam.

 

6 Respons to “Bertaubatlah wahai Anwar……”

  1. pika said

    pika nk komen banyak, x la.. tp apabila melihat apa yg adijagat menulis, ada kebenarannya.. adakah ini semua satu konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin negara? pika sering membaca apa yg keluar dr media dan sebagainya.. kalo dia benar-benar nk jadi pemimpin, silakan.. tidak salah.. tetapi bukanlah dengan cara menggadaikan maruah negara hingga terpaksa memanggil bantuan dari bangsa Yahudi sendiri.. “orang Yahudi & Nasrani tidak akan sekali-kali meredhai engkau Nabi Muhammad SAW, melainkan engkau mengikut agama mereka yang terpesong itu” (surah Al Baqarah:120)
    jadi, x perlulah bersekongkol dengan org luar kerana kelak akan mendatangkan bencana kepada kita.. wahai anwar, bertaubat lah dan jangan menjadi seorang pengkhianat negara kelak!!

  2. Sulaiman said

    Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim on Wednesday challenged a young man who accused him of sodomy to produce four male witnesses, as required by Islamic law.

    Tak ada mufti ke untuk menjelaskan kepada beliau terdapat hadis menyatakan bahawa dengan pengakuan orang yang terlibat sebanyak tiga kali sudah cukup jika ingin menjatuhkan hukuman.

  3. anuchik said

    lantak pii laahhh.. nak jadi apa pun jadi. orang melayu dok berkelahi dengan isu remeh temeh.. orang cina sibuk mengumpul duit.. beli rumah mewah, melancung, kereta mewah dll. Orang kita bercakar sana bercakar sini.. baguslah perangai orang melayu.. respect habis.. pasal seks pun jadi bahan utama nak dibincangkan.. Ada pemimpin pun macam puki mak….

  4. Sulaiman said

    Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1818.

    Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw. ketika beliau sedang berada dalam masjid. Orang itu berteriak mengatakan: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya telah berzina.” Nabi tidak memperdulikan perkataan orang itu, sehingga dia mengulang ucapannya sampai empat kali. Setelah orang itu mengakui kesalahannya sampai empat kali, Nabi saw. memanggilnya dan menanyakan: “Adakah engkau gila?” Dia menjawab: “Tidak!” Tanya Nabi: “Adakah engkau sudah pernah kahwin?” Jawabnya: “Ya, sudah!” Lalu Nabi saw. berkata: “Bawalah orang ini dan rejamlah.”

  5. wan hazzief shah said

    Ya Tuhanku Rabbul Jalil…
    Hanya Engkau yang maha mengetahui kebenarannya…
    Biarlah hambaMu yang tidak bersalah ditunjukkan…
    Yang bersalah menerima balasan…

    *Aku pun dah letih ngan comedian-comedian ni.. Pi mai pi mai, tang tu jugakkk…..

  6. Lea said

    Salam..

    Tidak mungkin seseorang sanggup bersumpah sehingga sanggup dilaknat hingga hari akhirat seandainya dia berbohong..

    Kebenaran akan terbukti jua..

    wallahualam~

Tinggalkan komen