Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Konspirasi Kerajaan Atau Konspirasi DSAI?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 1 Julai 2008

Oleh : Salza Hedra

DSAI mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam memastikan beliau sentiasa relevan dalam kancah politik tanahair. Keputusan PRU 12 lalu juga memperlihatkan penglibatan DSAI begitu terkesan dan hampir-hampir menumbangkan kerajaan BN. Menurut PKR, kerajaan BN telah merancang konspirasi bagi mencalarkan imej DSAI ‘once and for all’ – melalui kes liwat yang dilaporkan Saiful Bukhary Azlan pada 28 Jun 08 lalu. Sama seperti kes liwat DSAI I pada 1998, kes liwat DSAI II membawa tumpuan kita kepada satu persoalan yang amat menarik : Konspirasi Kerajaan atau Konspirasi DSAI.?

Situasi I
Ketidakstabilan Ekonomi Vs Ketidakstabilan Politik

Kesan kes liwat 1998 bawa kepada perpecahan orang melayu/UMNO. Kes tersebut juga membawa kepada gerakan reformasi yang disokong oleh Amerika melalui kenyataan Naib Presiden Amerika, Al Gore semasa beliau menghadiri satu konvensyen di Malaysia. Malaysia ditekan oleh negara barat khususnya Amerika dan Great Britain. Ekonomi negara juga terjejas kerana ketidakstabilan politik yang berlaku pada masa itu disebabkan oleh demonstrasi. Ditambah pula dengan kekalutan parti pembangkang memanipulasikan keadaan tersebut bagi kepentingan politik parti mereka.

Kalau perkara ini diambilkira, maka tak mungkin kerajaan BN nak lalui semua ini semula hanya kerana ingin menjatuhkan DSAI. Keadaan ekonomi negara yang sedang dilanda krisis kenaikan harga minyak dan barang, pastinya kerajaan BN tahu bahawa tindakan tersebut bukan satu langkah bijak.

Situasi II
Liwat Vs Ugut Bunuh

Sebaik sahaja mengetahui bahawa terdapatnya laporan kes liwat terhadap beliau, DSAI ’menghilangkan diri’. Melalui Azmin, kita dimaklumkan bahawa mereka telah menelefon beberpa kedutaan asing untuk memberikan suaka politik kepada DSAI. Kita juga dimaklumkan bahawa suaka politik ini bertujuan untuk melindungi DSAI kerana terdapatnya ugutan bunuh terhadap beliau.

Apa yang pasti apabila mereka menelefon kedutaan asing adalah dengan memaklumkan pihak kedutaan bahawa DSAI perlukan perlindungan kerana terdapatnya ugutan bunuh terhadap DSAI yang ’diupah’ oleh kerajaan Malaysia. Tak mungkin mereka akan memaklumkan kepada pihak kedutaan bahawa DSAI perlu ’diselamatkan’ kerana terdapatnya kes liwat yang dilaporkan kepada polis pulak?

Situasi III
Campurtangan Asing

Dengan menelefon kedutaan asing, mereka cuba memaklumkan kepada pihak luar bahawa keadaan politik di Malaysia tidak aman. Kerajaan Malaysia sanggup bertindak kejam dengan membuat pertuduhan palsu dan mengupah pembunuh upahan untuk menyelesaikan masalah politik dalaman. Tujuan utama mereka adalah mahukan simpati dan campurtangan kuasa asing khususnya Amerika yang sejak dulu lagi menjadi kiblat DSAI.

Situasi IV
Suaka Politik Atau Tetamu

Melalui sidang media oleh PKR kita dimaklumkan DSAI mendapatkan perlindungan suaka politik di Kedutaan Turki. Namun semalam (30/06/08), Dato Rais Yatim menyatakan bahawa Duta Turki memaklumkan DSAI datang bukannya atas jemputan beliau atau untuk mendapatkan suaka politik. Beliau hanyalah sebagai’tetamu’ yang datang ziarah sahaja. Lantaran itu, apakah kenyataan PKR sebelum ini adalah ’tipu helah’ untuk mengaburi mata rakyat dan negara luar demi untuk meraih simpati dan sokongan?

Situasi V
Konspirasi Kerajaan Atau Konspirasi DSAI

DSAI dan Pakatan Pembangkang menyatakan bahawa kes liwat DSAI II ini merupakan konspirasi kerajaan yang mahu memastikan DSAI gagal dalam usaha untuk membongkar campurtangan kerajaan, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Juga untuk menggagalkan impian pakatan pembangkang untuk menerajui kerajaan Malaysia dan harapan DSAI untuk menjadi PM ke 6. Mangsa liwat, Saiful Bukhary Azlan dikatakan ’mole’ yang digunakan oleh kerajaan. Kerajaan melalui polis telah menahan Saiful dan mengarahkan beliau membuat laporan kes liwat terhadap DSAI.

DSAI yang mengambil Saiful sebagai pembantu beliau. Maka DSAI pasti sudah mengenalpasti siapa Saiful sebelum diambil bekerja. Bukan mudah nak dapat kerja dengan DSAI kerana beliau adalah seorang yang amat teliti. Apakah mungkin DSAI yang membuat konspirasi ini dan mengarahkan Saiful untuk buat laporan kes liwat tersebut dan kesempatan ini dapat dijadikan bahan raih simpati dan akhirnya mempercepatkan pertukaran kuasa kepada pakatan pembangkang?

Jangan kita mengambil tugas sebagai hakim atau pihak berkuasa untuk membuktikan siapa salah dan siapa benar. Biarkan undang-undang yang menentukannya. Yang bebar tetap benar dan yang palsu itu tetap punah.

18 Respons to “Konspirasi Kerajaan Atau Konspirasi DSAI?”

  1. zai said

    SALZA HENDRA

    Polis akan menahan Anwar untuk dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan ‘boleh menganggu saksi penuduh atau proses penyiasatan’ sepertimana yang pernah diguna-pakai sebelum ini sehingga menyebabkan beliau akan ditahan reman di penjara sehingga kes dibicara.

  2. mansaid said

    TEORI ….

    Bagi aku sehebat2 DSAI dia adalah orang yang amat lalai sehingga boleh menyebabkan musuh berada di sisinya tanpa di sedari….kini kehebatan sebenar ialah anak muda ini yang boleh mengegarkan politik negara sekarang.lembab la DSAI ni.

    1)Seorang pemimpin kanan negara telah menghantar mangsa untuk memasuki kem DSAI dengan strategi untuk mendapatkan barang-barang peribadi DSAI termasuk seluar dalam, kesan peluh hanya untuk digunakan memalukan DSAI satu hari nanti,

    2. Walaupun amaran telah diberikan kepada DSAI tentang peribadi mangsa itu, DSAI beranggapan bahawa tuduhan tersebut hanya sebuah fitnah.

    3. DSAI melalui beberapa orang informer dari UMNO telah membongkarkan kisah penglibatan seorang VVIP dalam pembunuhan Altantuya. Maklumat ini telah disampaikan kepada RPK dan RPK ini telah mengeluarkan sebuah akuan bersumpah untuk perkara tersebut

    4. Apabila ini berlaku maka kem VVIP tersebut agak panas. Bagi memesongkan isu dan memberi serangan balas kepada DSAI, maka mangsa sedia dibawa keluar dari kem DSAI bersama ‘bukti-bukti’ yang telah dikumpulkan sekalian lama.

    5. Dengan berbekal ‘bukti-bukti’ dan bank DNA, maka satu laporan polis telah dibuat hanya untuk memastikan DSAI terus padam dari karier politiknya. he he he he …..inilah politik namanya ,bersamalah dengan yang kuat bukannya bersama dengan yang benar barulah kerjaya politik sesorang akan berjaya

  3. bung said

    satu lagi konspirasi kerajaan kotor bn

  4. Sulaiman said

    Dari komen saudara nampaknya tidak layak DSAI menjadi PM Malaysia kerana beliau terlalu lalai dan lemah seperti yang tuan katakan seperti komen di atas.

  5. penulis_cyber said

    Tuduhan liwat tidak jejaskan hubungan PAS-PKR
    01-07-2008 08:05:37 PM

    KUALA LUMPUR: Tuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan hubungan dan pakatan antara PAS dan PKR, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar.

    Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata pemimpin pembangkang tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan seumpama itu dan sebaliknya percaya ia adalah satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan Anwar selaku pemimpin pembangkang.

    Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan di balai Polis Travers, di sini dengan mendakwa diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

    Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula berkata kenyataan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor, yang meminta rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan kononnya berlaku konspirasi bagi menjatuhkan Anwar, hanyalah pandangan peribadi Mohamad Ezam.

    Mohamad Ezam semalam meminta orang ramai tidak termakan dengan cerita Anwar kononnya wujud konspirasi untuk menjatuhkannya. BERNAMA

    Soalan ialah : mana kenyataan hj hadi dan lim kit sian?????

  6. mansaid said

    sulaiman

    Tentulah yang layak En Dollah Hadari..dia hebat dan berkarisma menghadapi musuh politiknya luar dan dalam….
    1)Anwar Ibrahim(mengwakili pembangkang)
    2)Najib Razak (mengwakili dalaman umno dan proksi yang benci menantu tersayang)yang bercita2 bertanding presiden umno nanti.
    3)mahatdir mohammad iskandar(veteran umno dan silent protes dlam umno)

    macam selamat lah encik dollah ni sementara waktu rakyat telah di alih perhatian drpada isu kenaikan harga barang.
    anwar terpaksa bergelut dengan isu liwatnya yang akan membantutkan projek jalan pintas keputrajaya

    najib kalut bersilat kuntau ngan isu altantuya melibatkan imelda marcos versi malaysia(rosmah)

    mahatdir ..terkial2 dengan dosa2 lama dia ermmmm timbul pulak isu saman IGP dan AG selepas isu VK linggam …nasib kau la TDM Tuhan cam nak bagi kau melihat semula apa yang kau lakukan semasa kau memerintah dulu..Ya Allah panjangkan lah usia TDM

    so rakyat akan nampak lah Hebatnya Encik Dollah Hadari sebagai PM dan leh la berpakat dengan geng tingkat 4 di putrajaya pikir apa lagi strategi nak memenangi hati rakyat dan akan di kelirukan lagi.

    so sulaiman kau tetap dengan anutan yang lama gak ker??

  7. saudagar mimpi said

    1. Saya melihat dari 2 perspektif……..
    1… Kenapa UMNO atau BN perlu mewujudkan konspirasi ini…..
    Saya percaya pada 1998 ketika dsai dituduh sebegini (tak kira betul atau tidak), ketika itu kita melihat rakyat bangkit menentang kerajaan dan UMNO, ketika itu UMNO berpecah belah, dan saya amat percaya bahawa UMNO atau BN tidak akan mengulangi perkara yang sama, dalam keadaan UMNO yang tak stabil dan banyak kerusi di menangi oleh pihak pembangkang, saya percaya jikalau konspirasi ini dirancang oleh UMNO atau BN, maka amat bodohlah mereka kerana isu ini akan menaikan kemarahan rakyat dan memberi kredit kepada DSAI. saya yakin dan percaya ini bukan konspirasi dari UMNO dan BN
    Jadi saya membuat kesimpulan iaitu ada dua kemungkinan sahaja….
    1. konspirasi ini didalangi sendiri oleh DSAI kerana ingin mengembalikan sokongan rakyat kepada PKR dimana kebanyakan negeri yang diperintah oleh PKR mengalami masalah dalaman yang serius, kedua nya dsai takut dengan janjinya yang mana dia mengatakan bahawa pada september 2008 ada penhijrahan besar besaran dari BN ke PR, dan realitinya perkara tersebut menemui jalan buntu, sedangkan dsai telah berjanji dan mengesahkan pada rakyat. ini terbukti bila yong teck lee yang memainkan peranan melakukan provokasi tidak mendapat sambutan dari ahli parlimen BN yang lain. Dan rata rata kita lihat isu yang dibangkitkan oleh PKR berhubung ISA, kenaikan harga barang & minyak tidak mendapat sambutan dari rakyat, hanya segelintir fanatik PR. jadi konspirasi ini perlu untuk mengembalikan rakyat kepada dsai dengan cara simpati.
    2. Keduanya, mungkin benar DSAI ….. saiful bukhari,….. (Hanya pengadu, DSAI dan allah yang tahu)… ini kerana dsai terlalu gelabah dan terus berlindung di kedutaan turki, kenapa perlu takut, dan perkara ini berlaku pada jangka waktu laporan dibuat oleh saiful bukhari, bukan seminggu lebih awal sepertimana ancaman bunuh yang diterima seminggu lebih awal tadi…. jadi…. dsai takut dibunuh atau takut saiful bukhari??? dan kita tau tiada bukti menunjuk kan beliau di ugut???? ketakutan beliau cukup mencurigakan……
    jadi kepada rakyat pikirlah sendiri dan renungkan….
    Apa kata kita mintak saudara anwar bersumpah sekali lagi dengan menjunjung quran, kalu boleh suruh nik aziz jadi saksi, kes dulu pun dsai tak sanggup bersumpah junjung quran ketika perhimpunan di masjid negara. Kalau sanggup buat kat padang kelab sultan sulaiman, kalau buleh masa tu hujan renyai renyai…. lepas sumpah tu…. mintak dsai atau org ramai doa ngan tuhan, kalau sumpah tu tipu, mintak tuhan panah ngan petir jer sesapa yang buat fitnah atau sumpah tipu tu…. Sebab semua orang percaya yang DSAI tak salah, jadi apa perlu takut,Allah pun tak zalim nak hukum org yang tak bersalah…. Mungkin ini adalah kemuncak kepada doa rakyat, kerana rakyat selalu doa mintak allah tunjukkan kebenaran….. jadi saya melihat kebenaran semakin terbukti…. wallahuallam…

  8. mansaid said

    Melihat kepada senario ini, ada pemerhati politik berpandangan bahawa isu liwat ini sebenarnya mempunyai serampang dua mata iaitu untuk menjatuhkan Anwar-Pembangkang dan Najib. Jika ramalan dan telahan ini betul bermakna ada pihak ketiga yang bermusuhan dengan kedua-dua mereka iaitu Anwar dan Najib yang mencari kesempatan untuk memburuk-burukkan pemimpin ini.

    Logiknya ada iaitu Anwar semakin hampir untuk merampasa Putra Jaya dan Najib dikatakan mungkin akan bertanding jawatan Presiden Umno. Maka dari teori ini anda mungkin boleh berfikir siapa di belakang isu ini ……….(untuk menambahkan koleksi orang-orang yang mungkin terlibat di belakang Saiful – sebelum ini orang tuduh Najib sekarang tambah seorang lagi )…SIAPAKAH ORANG ITU?

  9. zai said

    betulkah maklumat ini meh kita baca

    Siapa 2 MP UMNO Yang Sertai Pakatan Rakyat?
    Dilulus terbit pada Wednesday, July 02 @ 10:27:29 MYT

    oleh greenboc

    Analisis Isu Oleh Greenboc

    aSpekulasi menjadi bertambah hebat. Di dalam jawapan di lobi parlimen, Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Mohd Ali menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan 4 orang ahli parlimen Barisan Nasional termasuk dua orang dari UMNO menyertai PKR pada perhimpunan di Stadium Melawati Shah Alam pada 1 Julai 2008 malam tadi.

    Namun ia tidak menjadi kenyatan. Difahamkan Datuk Seri Anwar telah diminta oleh keempat-empat ahli parlimen tersebut supaya pengumuman itu ditangguhkan ekoran dari pelbagai tekanan dan ancma yang mereka akan hadapi dari pemimpin tertinggi UMNO/BN sepertimana yang telah berlaku ke atas dua orang ahli parlimen SAPP dari Sabah yang terpaksa pulang ke negerinya tanpa dapat menyertai perbahasan parlimen untuk sessi kedua penggal ke 12 setelah menerima ancaman kerana gara-gara cuba mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

    Namun rakyat terus membuat pelbagai terkaan. Dua orang nama ahli parlimen UMNO yang disebut-sebut ialah Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Kabinet dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional.

    Sementara yang kedua ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah yang dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara baru-baru ini.

    Kelab GB mendedahkan hal ini di atas kepercayaan bahawa kedua-dua orang ahli parlimen ini adalah ikhlas dan jujur di dalam membuat pilihan mereka tanpa perlu rasa bimbang, takut atau gentar kerana selagi rakyat tidak mengetahui selagi itulah spekulasi menjadi-jadi dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin Pimpinan Rakyat akan luntur ekoran dari pelbagai harapan yang tak kesampaian.

    Apa-apa juga tekanan atau ancaman yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap ahli parlimen mereka sendiri yang telah hilang kepercayaan terhadap partinya adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

    Seandainya benar-benar berlaku tekanan, ugutan dan ancaman ke atas kedua orang ahli parlimen tersebut jelas sangat menyerlahkan bahawa pimpinan UMNO/BN adalah di dalam keadaan yang amat tenat dan tertekan.

    Barisn Nasional kini berada di dalam keadaan yang amat goncang. Pelbagai masalah yang melanda parti berkenaan tidak memungkinkan untuk mereka terus menerajui kerajaan Malysia dan Putrajaya akan menyaksikan peralihan kuasa di dalam masa yang terdekat ini.

    Penderitaan rakyat ekoran kenaikan harga minyak dan barang keperluan, pergolakan yang berlaku di dalam batang tubuh parti-parti komponen BN seperti penarikan diri Presiden dan Timbalan Presiden MCA untuk memprtahankan jawatan di dalam partinya, perletakan jawatan pemuda MIC di Perak, kehilangan kepercayaan masyarakat Cina Pulau Pinang terhadap Gerakan, isu kronisma dan nepostisma yang mendarah-daging di dalam UMNO ekoran kuasa dari tangan-tangan ghaib sang anak dan sang menantu Perdana Menteri – kesemuanya itu menjelaskan bahawa Barisan Nasional sedang hampir karam dan menunggu masa untuk tenggelam ke dasar lauatan yang amat dalam.

    Konspirasi terbaru terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan diatur oleh Timbalan Perdana Menteri bersama sokongan dengan Perdana Menteri sendiri jelas membuktikan keadaan terdesak mereka.

    Jawapan Najib sewaktu persidangan medianya mendedahkan bahawa konspirasi itu jelas wujud. Apabila foto seorang pemuda yang bernama Saiful Bukhari Azlan bergambar di pejabat Timbalan Perdana Menteri, iaitu orang yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan dan Najib menyatakan kedatangannya adalah berkaitan dengan biasiswa yang diphon jelas tersasar kerana baru kali ini rakyat mendengar urusan biasiswa pelajaran diuruskan oleh TPM! Sementelah lagi TPM mengetahui foto itu telah dirakam 3 bulan yang lalu.

    Orkestra dilanjutkan dengan wujudnya kenyataan-kenyataan menteri-menteri kabinet lain yang sekarang keseumanya cuba menafikan keterlibatan mereka sekalipun foto yang ada menjelaskan bahawa mereka mengenal pemuda liwat berkenaan seperti penafian Azlina Othman Said dan Shahrir Abdul Samad baru-baru ini.

    Apa-apa pun kepada kedua-dua ahli parlimen UMNO/BN yang berani membuat perubahan itu demi rakyat dan kebenaran, kami merekamkan syabas dan tahniah. Semuga Allah memberikan anda perlindungan Allah dari sebarang perbuatan jahat dari pemim pin tertinggi UMNO yang kini kian menggelabah untk menunggu saat parti mereka dikeranda dan dikuburkan!

  10. mansaid said

    ini satu lagi benda benggap yang di lakukan oleh DSAI and the gang.membuat laporan polis terhadap Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan ?????? buang masa ja menghabiskan tenaga dan minda ja(mengabiskan boreh jo)

    Polis boleh menyiasat tetapi sejauh mana keterbukaan dan ketelusan siasatan yang membabitkan ketua mereka ataupun peguam negara. Bayangkan seorang pegawai penyiasat kanan di IPD Dang Wangi, katakan berpangkat DSP, sebagai contoh, nak siasat bos besarnya berpangkat Inspektor-Jeneral. Mampukah dia berbuat demikian dengan berani dan tegas? Apatah pula nak siasat Peguam Negara.

    Itu soal siasatan, jikapun ia diadakan.

    Bagaimana pula soal pendakwaan. Persoalan ini jauh lebih berat jika ditinjau dari sudut Perlembagan Persekutuan.

    Mari kita andaikan yang pihak polis dah siasat dan mendapati ada kes terhadap Peguam Negara. Kertas siasatan mesti diserah kepada Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Apakah Peguam Negara atau Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang berkhidmat di Jabatan Peguam Negara akan mengambil keputusan untuk mendakwa Peguam Negara?

    Dalam sistem yang diamalkan di Malaysia, Peguam Negara adalah satu-satunya manusia yang diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk memutuskan sama ada sesuatu kes itu hendak didakwa atau tidak di mahkamah. Dalam erti kata lain, pendakwaan ditentukan oleh Pendakwa Raya yang juga Peguam Negara seorang sahaja.

    Perlembagan memberi kuasa mutlak kepada Peguam Negara seperti berikut:-

    “Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa pembicaraan mengenai sesuatu kesalahan, lain daripada pembicaraan di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah bumiputra atau mahkamah tentera”.

    Kuasa yang diberi oleh Perlembagaan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145 (Fasal 3) itu dengan jelas dan nyata menunjukkan bahawa dia (peguam negara) sahaja yang memutuskan sama ada nak dakwa atau tidak. Kuasa yang ada pada Peguam Negara tidak ada pada orang lain termasuk perdana menteri atau mana-mana menteri kabinet ataupun raja yang memerintah.

    Tidak masuk akal bagi Peguam Negara untuk mendakwa dirinya sendiri sekiranya siasatan polis terhadapnya menjurus kepada “ada bukti atau kes” untuk di bawa ke muka penghakiman. Oleh itu, pendakwaan tidak harus dilaku atau ditentukan oleh seorang sahaja, iaitu Peguam Negara.

    Oleh itu, saya percaya apa-apa laporan polis yang dibuat terhadap Peguam Negara hanya akan menjadi sia-sia kerana kuasa pendakwaan berada di tangan Peguam Negara itu sendiri.

    Masanya sudah tiba bagi kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan (Perkara 145) berkaitan Peguam Negara. Kuasa penentu pendakwaan hendaklah di tentukan oleh satu panel sekurang-kurangnya tiga orang, bukan seorang, seperti sekarang.

  11. Sulaiman Lemang said

    Kalau ia pun jangan telalu emosi dan jangan melencongkan isu liwat dengan isu politik. Kalau orang lain yang dituduh liwat harus melalui siasatan polis begitu juga dengan DSAI. Kenapa nak buat kecoh cerita dalam “Court” PKR kan banyak lawer buruk pakai saja

  12. Sulaiman Lemang said

    ataupun nak tutup pandanganan masyarakat terhadap kes salah guna kuasa oleh MB Selangor tentang kutipan derma sambutan 100 hari memerintah Selangor.

  13. Sulaiman said

    Dakwaan terbaru seks luar tabii melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diklasifikasikan sebagai kes liwat selepas polis meneliti laporan dan keterangan mangsa, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, bukannya setelah menerima laporan perubatan.

    Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan, laporan yang mengatakan bahawa klasifikasi kes liwat itu dibuat selepas polis menerima hasil laporan perubatan mangsa dari Hospital Kuala Lumpur adalah tidak tepat.

    Sebaliknya, menurut beliau, berdasarkan laporan polis yang diterima daripada mangsa pada 28 Jun lalu, siasatan telah dimulakan dengan mengklasifikasikannya sebagai kes liwat.

    “Klasifikasi itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan mangsa.

    “Jadi, saya ingin jelaskan bahawa laporan itu salah, keputusan klasifikasi sebagai kes liwat bukan sebab hasil laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya di sini hari ini.

    Pada Ahad lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin meminta semua pihak memberi ruang kepada polis menyiasat secara terperinci dan menyeluruh kes dakwaan liwat melibatkan Anwar.

    Mohd. Bakri juga memohon supaya tiada sebarang andaian dibuat berhubung kes itu sebaliknya menunggu hasil siasatan polis terhadap pengadu dan juga suspek yang berkenaan.

  14. Cheguman said

    Mufti Perlis cadangkan Anwar bersumpah. Lihat blog beliau di http://drmaza.com atau buka youtube

    Mari kita lihat siapa yg berpeluh…

  15. mahathir said

    kalau betul anwar buat,sye mencadangkan supaya DSAI mengaku je la…..jgn la kata konspirasi pulak..jgn buat hal dlm negara aku ni…ko ni dah tahap merosakkan perpaduan negara..kecian saiful tu..habis madu sepah di buang.

  16. nanhj said

    anwar ni patut di hukum pancung je, abih kan boreh je, dia ni betul2 pengkhianat negara, dia ni perasan dia pandai sangat bila dapat menipu penyokong2 dia yang bodoh2 tu..malam sikit lah.Orang yang pandai seharusnya juga pandai melindungi diri dari serangan musuh, kalau dah asyik kena serang je mcm mana nak buat keje kalau dah jadi pm nanti.Tengok muka anwar sari dua mcm JIN APRIT tak dapat darah, itu lah wajah manusia yang tak beriman.

  17. aswad said

    Apa nak jadi dengan bangsa kita, tak habis-habis berbalah hingga nak menghancurkan bangsa ,agama dan negara.
    kembalilah ke jalan pendamaian dan jalan penyelesaian wahai bangsa ku,ingatlah nasib anak-anak bangsa kita yang masih ketinggalan dan apakan terjadi pada masa depan mereka.Musuh-musuh kita akan gelak sakan melihat perkelahian antara kita dan mereka akan mencucuk jarum kehancuran sehingga bangsa melayu akan hancur dan pada masa itu mereka akan ketawa sepuas hati dan akhirnya bangsa kita akan menjadi hamba abdi di negara sendiri,dan pada masa itu menangis air mata darah pun tidak berguna lagi.so ingat lah bangsa ku orang kafir sedang siap di empat penjuru untuk menghancurkan bangsa kita,Ekonomi kita telah dirampas dan kini kuasa Tanah melayu akan jatuh ketangan orang lain

  18. watitutauwa said

    najib dan anwar takkan jadi pm malaysia,mereka seperti ayam sabung yang bertaji akhirnya yang kalah mati di situ yang menang pun mati selepas itu,ada orang ketiga yang akan kekal jadi pm, nak tahu siapa?kenapa mahadir keluar umno?kenapa ada saiful?kenapa permatang pauh dikosongkan?kenapa kapal dagang kita di rompak lanun,kenapa paklah tak ambil tindakan serta merta terhadap ahmad ismail,kenapa tiba tiba gerakan dan mca bersuara?kenapa 40 wakil bn keluar negara tiba tiba.kenapa kemenangan bn sabah tanpa bertanding tak sah.konspirasi sedang berjalan lancar….akhirnya pada hari ini 10.9.09 saya dengan ini mengumumkan bahawa tan sri muhyidin yasin akan menjadi perdana menteri malaysia..ketawakanlah saya..pada hari ini saya tunggu anda semua ketawakan saya..saya rela di ketawakan

Tinggalkan komen