Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Epilog Pengakuan Bersumpah Raja Petra Dan Balasubramaniam

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Julai 2008

Oleh : Salza Hedra

Raja Petra dan Bala merupakan dua insan yang menjadi tajuk utama di dada akhbar harian dan blog. Kedua-dua individu ini digunakan atau merelakan diri dipergunakan untuk tujuan politik pakatan pembangkang khususnya DSAI. Tidak ketinggalan peranan Majlis Peguam yang juga lebih condong kepada memperjuangkan kebebasan undang-undang dan terbaru mempersoalkan kontrak sosial yang memberikan tamparan hebat kepada orang melayu. Di sini penulis perturunkan komen yang diberikan dalam tulisan penulis mengenai “Kes Liwat DSAI II: Kenapa Takut kalau Benar?” untuk kita sama-sama renungkan.

iskandarjohan Berkata:
Isnin, 7 Julai 2008 pada 4:41 pm

Harap semua rakyat Malaysia dapat komen berkenaan perkara berikut. Kenapa Pengakuan Sumpah RAJA PETRA DAN BALA yang terang-terang adalah daripada “hearsay” atau dengar daripada pihak ketiga atau khabar angin MENJADI BUALAN dan PEKIKAN semua orang TERUTAMANYA PARA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM yang kononnya betul tetapi PENGAKUAN SUMPAH oleh BEKAS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA yang dibuatnya sendiri atas apa yang dia lakukan sendiri TIDAK DIAMBIL BERAT?

Pengakuan sumpah yang mana benar? dari yang dengar orang kata ke atau dari org yang melakukan??

Rakyat masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan lapuran siasatan BPR tentang pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.

Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.

Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera

.

Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.

Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat dan cela. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini?

Kenapa Majlis Peguam tidak memperjuangkan Pengakuan Bekas Timbalan Gabenaor Bank Negara itu??

4 Respons to “Epilog Pengakuan Bersumpah Raja Petra Dan Balasubramaniam”

  1. Leman said

    sebab mereka didokongi oleh parti pembangkang yang ingin menghakiskan hak keistimewaan orang melayu!

  2. mansaid said

    “Pada 18 jun 2008, Saiful telah pergi kePusat Rawatan Islam Kuala Lumpur, (Pusrawi KL), untuk medical check-up dan beliau telah diperiksa oleh seorang doktor Myanmar (PR) dan doktor mendapati tiada kesan terhadap pungkoknya.Doktor tersebut telah ditahan oleh polis selama 3 hari dan semua rekod-rekod perubatan Saiful didapati hilang.”

    Hari ini pula, Petra tulis yang ini.

    You see, they asked a certain doctor from a certain hospital to conduct an examination on Saiful. The doctor did so and he came out with a report that said there is no evidence Anwar had ever penetrated or sodomised the young man. The police then picked up the doctor and detained him for three days. As much as they tried to force him to change his report to implicate Anwar he refused to do so.

    Kebetulan? Khabar angin? Mesti ada sesuatu yang tak kena!

  3. juling said

    Masalah sekarang bukan masalah Saipul kena liwat,tapi masalah mereka nak kenakan juga Anwar.Itu yg aku risau,mereka masih ada jentera,ada kuasa dan paling penting mereka muka tak malu,buat-buat pekak apa yg rakyat cakap.

    Kalau mereka berkeras utk meneruskan agenda mereka,demi menyelamatkan diri mereka yg telah banyak membuat durjana,rakyat yg akan sengsara.Ekonomi gawat teruk,warga internasional tidak lagi menghormati Malaysia ,apa tah lagi untuk melabur disini,jauh pangang dari apilah.

    Kalau mereka tidak meneruskan agenda meeka,bayangkan apa terjadi pada mereka-Najib&Rosmah,Mahahthir &kroni,Pak Lah &anak menantu,Hishamudin &kerisnya,Sy.hamid & rambutnya,IGP,AG, semuanya bungkus.Sanggup ke mereka,Umno akan tinggal ahli bawahan saja,pemimpin mereka semua tersadai di Sg Buloh.

  4. juling said

    AG dan IGP adalah Saka peninggalan Mahathir. Selagi kedua ekok tu dok ada lagi selagi suasana politik Malaysia tak kan aman, itu pasal Mahathir berani cakap eksen semacam, sebab saka peninggalannya tu tetap akan jaga tuannya..
    Harap-harap BPR akan dapat buat keputusan dan tindakan yang sewajarnya atas laporan Anwar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: