Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kes Liwat DSAI II: Kenapa Takut Kalau Benar?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra

Itulah persoalan yang bermain di setiap minda masyarakat Malaysia berikutan tindakan DSAI terhadap laporan polis berkaitan kes liwat yang dibuat oleh kakitangan beliau, Sdr Saiful Bukhary Azlan, pada 28 Jun 08 lalu. DSAI bukan calang-calang punya orang. Beliau merupakan orang yang hampir berjaya menumbangkan kerajaan pimpinan BN dalam PRU 12 lalu dan ”PM Menanti ke 6 Malaysia” pada 16 September ini. Tambahan pula, beliau pernah menghadapi situasi ini pada tahun 1998. Bagi menangani peringkat awal ini beliau menggunakan pendekatan 2D iaitu; ’Diversion dan Dramatic’.

Belum pun perkara ini heboh dalam media, beliau telah memanggil rakan dalam PKR bermesyuarat dan akhirnya mengambil tindakan untuk mendapatkan suaka politik di kedutaan Turki. Sidang akhbar bagi kenyataan akhbar terawal beliau dibacakan oleh Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah, terus menjurus kepada penafian terhadap tuduhan tersebut. Beliau menegaskan bahwa pertuduhan palsu ini merupakan suatu fabrikasi total dengan menggunakan metodolgi sama seperti 1998. Semua ini kerana pemimpin BN mahu menjahanamkan karir politik beliau yang sedang meningkat kini.

Kenyataan DSAI yang selanjutnya adalah mengenai ugutan bunuh terhadap beliau. Siapa yang nak bunuh beliau? Kerajaan BN? Atau musuh politik beliau? Atau individu-individu yang mempunyai dengan kaitan terhadap perbuatan tak bermaruah beliau? Kenapa selepas dapat tahu ada laporan sodomi tersebut baru nak kata ada ugutan bunuh terhadap beliau?

Mungkin disebabkan oleh keresahan dan rasa kurang puas hati, kenyataan akhbar kedua diadakan. Kali ini melibatkan isteri beliau, Datin Wan Azizah, Khalid Ibrahim, Nurul Izzah, Azmin Ali dan beberapa tokoh utama PKR. Kesemuanya menuding jari ke arah BN yang dikatakan mempunyai niat jahat untuk memburuk-burukkan DSAI. Sidang akhbar kedua ini mungkin nak tutup mulut orang supaya tak akan tanya kenapa keluarga tak turun masa sidang akhbar pertama. Risau juga bila orang mula kata famili DSAI tak sokong beliau kerana hal ini belaku kali kedua.

Azmin memaklumkan bahawa mereka telah di arah untuk menelefon beberapa kedutaan untuk mendapat perlindungan (termasuk Amerika atau sekutunya Great Britain, kot). Namun kata beliau Turki adalah negara yang mula-mula memberikan persetujuan untuk memberikan perlindungan kepada DSAI. Kenapa Turki? Adakah Amerika tak beri persetujuan? Adakah Amerika tak mau bagi perlindungan atau tak mahu kelihatan mempunyai perkaitan atas apa yang terjadi dalam politik tempatan? Adakah Turki yang kita ketahui menjadi seperti Pak Sanggup atas arahan Amerika untuk berbuat demikian? Yang pasti, orang ramai tak akan mempersoalkan Turki kerana ia dilihat sebagai negara Islam oleh orang melayu. Maka takkan timbul syak wasangka kerana negara Islam yang lindungi DSAI.

Rakan politik DSAI dalam pakatan pembangkang yang melahirkan rasa tidak senang dengan peristiwa ini. Rata-rata mereka menyatakan bahawa ia adalah konspirasi yang dirancang oleh BN. Apakah mereka lebih melihat tuduhan ini pada perspektif politik berbanding dengan DSAI sebagai individu. Apakah mereka yang selama tak tau apa konklusi yang dibuat oleh majoriti hakim terhadap DSAI yang dikatakan seorang pengamal homoseksual. Sebenarnya, mereka gusar kerana DSAI adalah tunggak utama pakatan pembangkang. Sekiranya DSAI jatuh, maka masa depan pakatan dan parti mereka juga menjadi tanda tanya. Antara langkah yang dijangka akan dilakukan oleh pakatan pembangkang adalah demonstrasi jalanan besar-besaran macam dulu jugak!!!

Untuk membuktikan Anwar meliwat Saiful Bukhary Azlan merupakan sesuatu yang sukar. Namun ini tidak bermakna beliau tidak melakuknnya. Kalau dilihat kenyataan hakim semasa kes 1998, majoritinya bersetuju bahawa DSAI adalah pengamal homoseksual. Selain itu, mereka juga percaya bahawa perlakuan aktiviti homoseksual di Tivolli Villa berlaku. Walau apapun kita biarkan kes liwat DSAI ini dijalankan oleh pihak polis secara adil-adilnya. Jangan pula jadi macam pakatan pembangkang yang telah mempunyai keputusan sebelum siasatan penuh dijalankan.

24 Respons to “Kes Liwat DSAI II: Kenapa Takut Kalau Benar?”

  1. zai said

    Belum pun masuk kemahkamah atau didakwa telah terdapat pertelagahan fakta dalam kes DSAI Liwat Siri 2

    Kenyataan Najib : Tengahari tadi di TV3 Najib buat penjelasan katanya gambar Saipul dengan pegawai dia itu diambil 3 bulan lepas. Untuk memohon biasiswa.

    Berita dari Agendadaily : “Namun bagi mendapat kepastian mengenai tarikh gambar berkenaan diambil Agendadaily telah menghubungi pejabat Timbalan Perdana Menteri.
    Seorang pegawai pejabat itu memberitahu gambar berkenaan sebenarnya diambil pada bulan Januari 2008. “

  2. zai said

    SALZA HENDRA

    Langkah Anwar mencari perlindungan di Kedutaan Turki menunjukan kepada kita bahawa pihak PDRM sudah tidak boleh dipercayai lagi walaupun ada janji untuk jika Anwar membuat aduan resmi.

    Tindakan Anwar amat wajar kerana beliau mempunyai pengalaman pahit sewaktu KPN Rahim Nor dulu dimana PDRM gagal memberi perlindungan yang sewajarnya kepada Anwar apabila KPN Rahim sendiri mencederakan Anwar dan hampir membunuhnya dalam tahanan polis ketika itu.

    Sebelum timbul isu tuduhan liwat ini, Anwar ada telah kenyataan bahawa beliau mempunyai dokumen berupa bukti terkini berhubung pembabitan KPN Musa Hasan dan Peguam Negara Ghani Patail dalam kes beliau pada 1998 dahulu.

    Kes terbaru melibatkan seorang anggota polis yang memaksa seorang remaja perempuan 17 tahun melakukan seks oral serta merogolnya di sebuah bilik di balai polis Putra Heights, Subang Jaya menambahkan lagi hilang kepercayaan masyarakat kepada PDRM.

    Sebelum ini RPK yang membuat akuan bersumpah yang mensabitkan Datin Seri Rosmah, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, terlibat dengan isu pembunuhan gadis Monggolia, ketika ditanya kenapa beliau tidak membuat laporan polis telah berkata bahawa dia sudah hilang kepercayaan kepada PDRM.

    Sehingga kini, PDRM bersikap umpama kura-kura terhadap siasatan akuan bersumpah RPK tetapi sebaliknya umpama harimau lapar dalam isu liwat Anwar Ibrahim.

  3. mansaid said

    Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.

    Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:

    1. Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;
    2. Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;
    3. Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;
    4. Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;
    5. Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;

    Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih.

    Zulkifli Noordin
    MP Kulim Bandar baharu

  4. Sulaiman said

    Macam skrip Bollywood pula! Semasa dalam penjara DSAI sentiasa berada diatas kerusi roda dengan leher pakai gut tiba-tiba bila terlepas dari kandang penjara boleh menari pula pada kempen pilihanraya kecil Ijok

  5. penulis_cyber said

    Sila lihat Anwar tidak pernah bersumpah dengan sumpah mengikut nas iaitu Wallahi Wabillahi Watallahi…cuba ulang balik video tersebut yang dikatakan sumpah DSAI semasa berucap tahun 98 dahulu.

    • Nt said

      Kenapa DSAI perlu tunduk kepada orang yang pada pandangannya berniat jahat padanya. Katakan tuduhan tu hanya random ke atas anda. Seteru anda memang mahu anda bersumpah. Walhalnya anda ada cara lain yang anda pasti akan menyelesaikan isu. Apa perlukah anda bersumpah dan masuk perangkah pihak-pihak yang memang mahu anda buat begitu?

      Katakan DSAI bersumpah, secara statistiknya akan ada 20% oarng tidak akan mempercayainya. Mereka ini akan tetap mempercayai Saiful. Macam kamu.

      Lepas tu datang seorang lagi menuduh dia melakukan liwat pada zaman persekolahannya. Sumpah lagi. Lepas sumpah 10% lagi akan mempercayai pihak penuduh. Lepas tu datang seorang lagi buat perkara yang sama. Lama-lama semakin ramailah yang percaya…………

      Orang-orang yang zalim tidak ada had dalam merencana satu-satu pendusdustaan. Kita marhaen biasanya tak terfikir mereka itu boleh jadi sedusta yang demikian. Itualh kelemahan kita. Itu pulalah kekuatan kepada pencipta dusta. Awaslah…

  6. mansaid said

    Nama Penuh : Mohd Saiful Bukhari bin Azlan
    Nombor KP : 850706-01-5687
    kenderaan:WLG 9170

    Dari SPR
    Birth Year 06 Jul 1985
    Gender LELAKI
    Locality 107 / 37 / 10 / 029 – JLN BU 7/6
    Polling District 107 / 37 / 10 – BANDAR UTAMA UTARA
    State Assemblies 107 / 37 – BUKIT LANJAN
    Parliamentary 107 – SUBANG
    State SELANGOR

    Tunang Saiful Bukhari : Janna Syariza bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama)

    Prestasi Saiful Bukhari di Uniten :

    Sem 1 06/07 GPA 1.0,

    Sem 2 GPA 0.8

    CGPA for early 2008, 1.69.

    logiknya keputusan macam ni nak mohon biasiswa dan nak dapatkan sokongan daripada pejabat Tim Perdana menteri?????

  7. kesimpulannya…jika kalian hendak percaya…itulah menjadi kepercayaan kalian…walau apa juga mukjizat yang datang (Tae Wang Sa Shin Gi)

  8. zai said

    Saya pun cukup keliru dengan perkembangan terbaru yang menimpa Anwar Ibrahim. Kerana tidak puas hati dengan maklumat pihak ketiga saya sendiri melakukan pertanyaan saya sendiri seberapa rapat yang boleh kepada sumber.

    Saya mendapat maklumat bahawa titik-tolak peristiwa penting adalah didakwa seperti berikut:

    1) Anwar dikatakan mempunyai bahan bukti untuk mengemukakan kes terhadap dua orang penting iaitu AG (Attorney General atau Peguam Negara) dan IG (Inspector General atau Ketua Polis Negara).

    2) Musuh Anwar dalam BN merancang mencetuskan kes liwat yang baru terhadapnya.

    3) Anwar menerima ugutan bunuh dari pihak lain.

    Maka perkara (2) telah berlaku dan peristiwa berikut dibayangi mungkin dituruti:

    a) Pihak polis akan menyoal pihak yang tertuduh iaitu Anwar.

    b) Polis akan menahan Anwar untuk dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan ‘boleh menganggu saksi penuduh atau proses penyiasatan’ sepertimana yang pernah diguna-pakai sebelum ini sehingga menyebabkan beliau akan ditahan reman di penjara sehingga kes dibicara.

    b.1) Ini akan menganggu segala perancangan pembangkang untuk 16hb September.

    b.2) Ia juga akan mengalihkan perhatian umum dari kes Altantunya-Najib-Rosmah-Raja Petra dan krisis BN yang terbaru serta isu harga melambung naik.

  9. mansaid said

    Apabila kita berbohong, kita terpaksa mereka “fakta”. Apabila “fakta” tersebut diselidiki dan dipersoalkan, maka kita terpaksa mereka helah demi helah, tipu demi tipu untuk menutupi pemalsuan fakta yang telah dibohongi sebelum ini.

    Itulah yang mungkin berlaku dalam kes tuduhan terbaru terhadap DSAI. Dikatakan Saiful Bukhari telah dibuang dari UNITEN – maknanya sudah tidak lagi menuntut di IPT. Walhal, Najib membuat kenyataan bahawa Saiful ke pejabat TPM untuk mohon biasiswa tiga (3) bulan lalu. Tiga bulan lalu Saiful tidak lagi menuntut di IPT. Biasiswa apa yang hendak dipohon?

    Kemudian, dalam laporan lain, Saiful yang dikatakan pernah menjawat Timbalan Presiden MPP di UNITEN, telah mempunyai biasiswa semasa di universiti. Biasiswa apa lagi yang hendak diminta?

    Kemudian lagi, AgendaDaily pula melaporkan bahawa selepas diperiksa dengan pegawai di pejabat TPM, gambar tersebut dirakam pada Januari 2008. Mana satu yang betul? Najib kata tiga bulan lalu – Mac 2008? Saiful mula bertugas dengan Anwar semenjak PRU2008 (Mac?). AgendaDaily kata Januari 2008! Mana yang betul?

    Ini baru permulaan. Kita tunggulah nanti – pelbagai helah, fakta, pembohongan, dakwaan, dan sebagainya – akan timbul. Kita teliti kesemuanya. Jangan pula jadi pindaan tarikh seperti dulu kerana Tivoli Villa belum siap atau tilam diusung lagi.

  10. Affuan said

    aku tunggu gelak je depan tv3 suku!

  11. iskandarjohan said

    Harap semua rakyat Malaysia dapat komen berkenaan perkara berikut. Kenapa Pengakuan Sumpah RAJA PETRA DAN BALA yang terang-terang adalah daripada “hearsay” atau dengar daripada pihak ketiga atau khabar angin MENJADI BUALAN dan PEKIKAN semua orang TERUTAMANYA PARA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM yang kononnya betul tetapi PENGAKUAN SUMPAH oleh BEKAS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA yang dibuatnya sendiri atas apa yang dia lakukan sendiri TIDAK DIAMBIL BERAT?

    Pengakuan sumpah yang mana benar? dari yang dengar orang kata ke atau dari org yang melakukan??

    Rakyat masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan lapuran siasatan BPR tentang pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.

    Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.

    Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.

    Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.

    Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.

    Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat dan cela. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini?

    Kenapa Majlis Peguam tidak memperjuangkan Pengakuan Bekas Timbalan Gabenaor Bank Negara itu??

  12. Takde skrip takde konpirasi yang ada adalah masalah akidah manusia bernama anwar ibrahim yang meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan umum. kalau beliau benar2 tak bersalah kenapa harus takut? Jadila anak jantan yang menyahut segala cabaran orang dalam bagi membuktikan bahawa diri beliau tidak bersalah..Ini tidak asyik berdolak-dalih dengan kenyataan-kenyataan seolah-olah beliau berada diatas dari undang-undang. Inikah pemimpin yang diharapkan oleh orang melayu untuk menguruskan negara ini di masa depan? fikir-fikirkan la

    • Nt said

      Kalupun kita benar-benar tak bersalah dan tak berdosa kepada sekawan harimau, kita masih perlu berasa takut untuk memasuki kandang binatang tersebut. DSAI memang dah kena aniaya beberapa tahun yang lepas. Pada kali ini dia cuba buat yang terbaik untuk melindungi dirinya walaupun bukanlah 100% selamat.

  13. mansaid said

    Kalau kes Anwar,org yg TERTUDUH di tangkap.Manakala kes Raja Petra,org yg MENUDUH di tangkap.Sepol ,Najib dan bini terlepas.Mcm mana lah rakyat nak menilai

  14. gannat said

    cuba kita fikir semula nape saiful telah membiarkan dirinya diliwat sedangkan beliau nmpak lebih sihat n muda boleh melawan dsai..nmpak mcm direlakan…kalo tak rela belasah la dsai n terus g buat laporan polis..ada alasan dia buat begitu kan.. untuk melindungi dirinya…betul la pemikiran saiful ni cetek.. otak letak kat lutut kot..

  15. Imran said

    Anwar memang tidak salah dalam kes liwat dulu..sekarang ni pun cuma taktik BN tak nak DSAI menjadi PM satu hari nanti..tak percaya? cek kat youtube dan search “zalimi DSAI” …Jangan terkejut..kebenaran…….

  16. noman said

    salam…
    sayugia saya ingatkan di sini bahawa tindakan DSAI untuk tidak bersumpah adalah bersebab kukuh…
    pertamanya ianya adalah atas nasihat para ulama pas yang menyedari bahayanya tindakan bersumpah untuk mengaku tidak bersalah…
    cuba bayangkan kalau ianya menjadi trend, maka sesiapa sahaja yang bersalah akan bersumpah menggunakan Al-Quran yang suci semata-mata ingin mengabui mata semua orang yang mereka ini benar2 tidak bersalah…..
    jika kita membenarkan perkara ini berlaku, samalah seperti membiarkan maruah Al-quran dinjak-injak sewenang-wenangnya
    yang kedua tindakan bersumpah menggunakan kitab suci bukanlah amalan orang Islam namun…
    ianya adalah amalan arang Kristian dalam membuktikan ketidakbersalahan seseorang…
    jadi wajarkah kita membelakangi kitab suci Al-Quran dan mengikut amalan penganut Kristian…
    ketinganya…suka diingatkan di dini, Anwar pernah bersumpah 10 tahun yang lalu…
    mengikuti perkembangan tersebut, ramai yang berkomplot memfitnah anuar ditimpa bala…
    Ummi hafilda, aziz syamsudin, dr perempuan y terlibat, dan ramai lagi yang kalau ada masa saya akan perincikan di sini apa yang telah berlaku pada mereka semua…
    pendek kata, tindakan Anwar ini adalah tindak yang sewajarnya dilakukan oleh orang yang ingin memelihara kesucian agamanya…
    sya harap anada faham dengan tindakan beliau…
    wassalam…

  17. suara said

    Noman, bersumpah sudah diamalkan di zaman Rasulullah s.a.w lg. Sila rujuk kembali sejarah Islam. Apa yg penting, intipati & pengucapan kandungan sumpah perlu mengikut apa yg disarankan oleh agama. Tak kiralah org yg nak bersumpah tu nak pegang Quran ker, pistol ker, isteri ker…

    Kaedah bersumpah tak akn jd trend sbb mereka yg bersumpah palsu akn menerima kecelakaan dlm masa terdekat. Sila rujuk kembali pandangan para ulama’ mengenai sumpah. Lgpun mereka yg akn bersumpah terlebih dahulu akn diingatkan bhw sumpah yg palsu akn mendatangkan bala yg maha dahsyat.

    Anwar tak memelihara kesucian agama. Org yg memelihara kesucian agama adalah org memelihara kesucian dirinya. Dan sehingga hari ini, Anwar tak mahu utk bersumpah (cara Islam) utk membuktikan kesucian dirinya.

    Kalu Noman jelas tak bersalah, lalu org memaksa Noman utk bersumpah (cara Islam), adakah Noman akn lakukan demi membela maruah diri?

    • sumir said

      Ternyata Saiful Bukhari Azlan adalah seorang pembohong dan pemfitnah . Walaupun pelbagai tindakan yang dilakukan oleh Saiful termasuk melakukan ‘sumpah laknat’ di Masjid Wilayah pada 15 Ogos 2008 akhirnya dilihat ‘sumpah laknat’ yang beliau lafazkan telah memakan diri sendiri .

      Keterangan yang dibuat oleh para doktor terutama daripada Jabatan Kimia telah menimbulkan keraguan dan kecelaruan terhadap ‘ skrip ‘ yang selama ini dicipta khas bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti dan integriti DSAI . Seolah-olah ‘skrip’ yang sama sepertimana tahun 1998 tetapi watak pelakon yang berbeza . Kehebatan para peguam DSAI yang diketuai oleh Karpal Singh telah berjaya menemukan penemuan-penemuan baru yang menjadikan kes tersebut sudah ‘tidak masuk akal’ .

      Walaupun sebelum ini pelbagai usaha yang dilakukan oleh DSAI bagi memastikan kes tersebut dibuang berdasarkan laporan daripada Hospital Pusrawi dan HKL bahawa “tiada berlaku penetrasi terhadap lubang dubur ” Saiful , namun mahkamah telah mengambil sikap dengan niat yang jahat menolak segala permohonan DSAI .

      Diikuti pula dengan penafian hak DSAI bagi memperolehi segala dokumen dan bahan bukti memberikan asas yang kuat bahawa konspirasi kali ini dibuat dengan cukup berhati-hati dan terancang . Kalau dulu , bekas pemandu DSAI Azizan Abu Bakar tanpa di bawa berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dan disahkan berlaku sepertimana tuduhan , kali ini watak Saifool ditonjolkan dengan pengakuan, sumpah termasuk juga dengan pemeriksaan oleh para doktor .

      Cubaan untuk mengaitkan DSAI dengan DNA telah mengakibatkan timbulnya kekuatan yang mengeliru , menghairankan , melucukan dan tidak masuk akal . Beberapa penemuan baru yang telah berjaya dicungkil oleh para peguam DSAI seperti pengakuan Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan dlam mahkamah bahawa Saiful telah membersihkan diri sebelum hadir ke HKL untuk diperiksa oleh doktor pada 28 Jun 2008. Sedangkan sebelum itu Saiful menegaskan bahawa beliau tidak mandi selama 2 hari sebelum ke hospital untuk diperiksa dan dapat menyimpan bukti.

      Kesilapan teknikal yang dilakukan oleh Dr Siew Sheue Feng iaitu doktor yang bertugas pada hari tersebut tidak melengkapi borang pro forma dengan baik . Dan tercatat di dalam borang pro forma tersebut ialah ” Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam “cubaan liwat” dan “cubaan seks oral.”” .

      Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong juga mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

      Diikuti pula dengan kenyataan yang di buat oleh Dr Seah Lay Hong bahawa beliau memberitahu mahkamah yang DNA telah dijumpai pada kawasan peri anal atau di bahagian luar dubur Saifool dan dijumpai 3 DNA iaitu , DNA Saifool , lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki . Kewujudan DNA saiful sendiri yang diperolehi daripada peri anal Saiful sendiri disamping kewujudan 2 lagi DNA . Satu fakta yang menimbukan kehairanan dan kemuskilan bagaimana DNA Saiful turut ada bersama .

      Penemuan DNA pada seluar hitam Saiful dan seluar dalam Saiful di bahagian hadapan membawa persoalan . Kerana Saiful menyatakan beliau melawan dan marah , tetapi keraguan timbul kenapa ada injakulasi oleh Saiful ? Serta diikuti pertikaian terhadap penemuan DNA di sekuar hitam di bahagian zip dan di bahagian hadapan seluar dalam . Sedangkan aktiviti sodomi tersebut belaku di belakang dan seharusnya DNA diperolehi di bahagian cawat seluar dan seluar dalam .

      Mahkamah menjadi gempar lagi apabila Dr Seah telah menyatakan “Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki,”. Satu kenyataan dan fakta menarik yang bukan sahaja mengegarkan mahkamah tetapi seluruh negara . Bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki , bukan lagi penemuan 3 DNA sepertimana sebelum ini .

      Sekali lagi mahkamah tertumpu pula kepada kenyataan Dr. Seah di sesi soal balas oleh para Peguam DSAI menyatakan bahawa dua sampel DNA diambil dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari terlebih dahulu sebelum laporan polis dibuat. Sampel berkenaan bertarikh 26 Jun 2008, sedangkan Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat pada 28 Jun 2008.

      Kronologi yang saya nyatakan di atas adalah membuktikan secara sahih bahawa berlakunya pembohongan serta konspirasi jahat terhadap DSAI . Satu perancangan yang yang cukup tersusun oleh mereka yang tidak bertanggjawab .

  18. wanna said

    Suara, kalau i lah kan kena paksa bersumpah untuk membuktikan diri tak bersalah..i tak akan buat..bukan takut pasal apa,i cuma takut akan Allah jer..ye la..semua manusia ada kesilapan macam2..
    sumpah bukan menjurus pada satu dosa sahaja tapi pada semua dosa yg kita dah buat..so,fikir2kanla selama mana kita hidup penah tak buat salah..kalau diri tak bersalah tu cukupla Allah saja yang tahu,pasti Allah sentiasa menyebelahi org di pihak yang benar..

  19. Dr.M.Rashid said

    DSAI>64tahun
    SAIFUL>23tahun
    Soalanya:Mengapa tak menggunakan kudrat org muda menolak permintaan orang tua?Lainlah kalau Saiful pun ok!!beri laluan…
    Saya selalu bertemu dgn org Melayu&Cina dgn tugas harian,,,mereka kata Malaysia skg tempat orang bikin lawak!
    @Tak pernah ada pesalah diberi keistemawaan{tutup muka]kes Altantuya.Apa kesudahanya?
    @Bala & Family[PI]tak dapat dikesan
    @RPetra pun Ghaib,tak dpt dikesan.
    @Teoh,,,,apa kesudahanya…..
    Tapi kes yg ada kaitan dgn pembangkang perlu dipercepatkan?
    Saya bukan ahli politik,tapi rakyat Malaysia kini lebih bijak berfikir dan Pilihanraya ada platform untuk membuat keputusan.

  20. Dr.M.Rashid said

    Apa kata kita sama2 berdoa kpd ALLAH swt agar mereka yang terlibat dgn:
    @Pembunuhan
    @Penzinaan
    @Penipuan dan perkara2 yang dilarang oleh ugama Islam di”
    LAKNATI & DIPERTURUNKAN MUSIBAH DIDUNIA & DIAKHIRAT…agar orang lain atau rakyat tidak mendapat tempiasan atas perbuatan mereka.

  21. Dr.M.Rashid said

    Apa kata Bersumpah dalam Masjid & Jujung AlQuran didalam Masjid……..Masjid Kg.Hulu,Melaka…
    Kalau benar/berani….buatlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: