Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

GUGUR TUNTUTAN PENGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ LANGKAH BIJAK

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 11 Januari 2010

Oleh: Kawan Lama

Isu penggunaan Kalimah “ALLAH’ oleh Gereja Katholik dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly perlu dilihat sebagai sesuatu yang pastinya memberikan kesan kurang elok dalam keharmonian kaum dan agama di negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Ia mencabar dan suatu penghinaan kepada penganut agama Islam. Memandangkan ini merupakan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik Melayu seperti UMNO dan sebahagian kecil daripada PAS telah membuat bantahan dan laporan polis di serata pelusuk negeri.Melihat kepada perkembangan semasa yang kian membimbangkan, penulis bersependapat dengan Presiden Majlis Jaksa Pendamai, Datuk Clarence Bongkos Matakun agar pihak Akhbar Herald The catholic Weekly Sabah mengugurkan tuntutan yerhadap penggunaan Klaimah “ALLAH” dalam terbitan mereka.

Permohonan demi permohonan bagi meluluskan pengunaan Kalimah ”ALLAH” oleh gereja katholik ini telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri pada setiap permohonan mereka dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati pihak gereja yang dalam misi untuk membuat gerakan dakwah mereka. Lantaran itu, mereka mengambil langkah terakhir iaitu melalui proses undang-undang. Mereka telah mencabar keputusan yang dibuat oleh KDN dan memohon kepada mahkamah. Pada 31 Disember 09 lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan telah memberikan kebenaran penggunaan Kalimah “ALLAH” dalam penerbitan mereka.

Penulis tidak berniat untuk mempertikaikan keputusan mahkamah. Namun atas dasar apakah yang dibuat sehinggakan kelulusan tersebut diberikan? Seandainya keputusan itu berdasarkan kepada faktor bahawa Kalimah “ALLAH’ telah lama atau pernah digunakan dalam kitab suci penganut Kristian (Bible) terdahulu, maka persoalannya, ‘telah lama’ dan ‘pernah’ adalah sesuatu yang tidak digunapakai lagi sekarang ini.. Alasan inilah jugalah yang kerap penulis lihat yang dinyatakan oleh pemberi komen terhadap artikel-artikel blog yang mempertikaikan tindakan gereja tersebut dan keputusan mahkamah.

Catatan dalam blog IPOHMALAY bertajuk “Surat Terbuka Kepada Penganut Kristian oleh Nabzrol”, pengkajian beliau selama lebih 10 tahun mengenai ajaran Kristian, beliau mendapati bahwa berlaku percanggahan di antara puak Protestant dengan Katholik mengenai kandungan Bible. Pada tahun 1560, puak Protestant telah melarang penggunaan kitab Bible edisi Geneva pengikut Katholik. Pada tahun 1611 mereka semua menerima pakai edisi King James. Pada waktu ini hanya terdapat empat (4) kalimat “Alah” dalam edisi King James. Namun pada tahun 1769, kesemua cabangan agama Kristian telah bersetuju mengeluarkan perkataan tersebut daripada Bible King James. Sehingga ke hari ini, tiada satu perkataan “ALLAH” mahupun “Alah” dalam kitab suci penganut agama Kristian. 240 tahun lamanya mereka telah menolaknya. Justeru itu, penulis tertanya-tanya, apakah rasionalnya tuntutan Paderi Murphy Pakiam bagi penggunaan kalimah “ALLAH” dalam bulletin Herald The Catholic Weekly sedangkan mereka sendiri telah menolak penggunaannya sejak tahun 1769 lagi? Tambahan pula, penulis percaya bahawa beliau amat jelas mengenai penolakkan penggunaan kalimat ‘ALLAH’ atau ‘Alah’ dalam bible.

Selain itu, penulis juga ingin kita sama-sama merujuk kembali kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dengan jelas memperuntukkan artikel berhubung dengan agama. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Perkara 3 (i) Islam adalah agama Persekutan Tanah Melayu dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Menghormati Islam sebagai agama Persekutuan adalah tuntutan yang terkandung dan dipertahankan dalam Perlembagaan negara. Sebagai menghormati kepada agama selain Islam penganutnya bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing TAPI dengan ‘Aman dan Damai’. Namun apa yang dikesali, disebabkan oleh ingin menggunakan perkataan “ALLAH” dalam buletin Herald The Catholic Weekly, sensitiviti terhadap orang Islam/ penganut agama Persekutan Tanah Melayu tidak dijaga. Ketegangan berlaku kerana ‘kedegilan dan kedangkalan’ sesetengah pihak yang ingin ‘menangguk di air yang keroh’. Kini apa yang cuba dibuat oleh Paderi Murphy Pakiam telah menimbulkan suasana yang tidak aman dan damai.

Bermula dengan peperangan dan pertempuran di laman-lalan blog, kemudian diikuti dengan demonstrasi di jalanraya/pejabat wakil rakyat dan terbaru insiden serangan di beberapa buah gereja di ibukota menuntut campurtangan DYMM Yang Di Pertuan Agong. Tambah parah, ahli-ahli politik pembangkang khususnya DAP dan PKR telah mengambil kesempatan ini untuk mempolitikkan isu ini demi kelabaan politik mereka sendiri. DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ secara terang-terangan tanpa rasa segan dan silu menyokong keputusan mahkamah  Jelas bahawa dalam mereka asyik berkempen dan menabur fitnah di jalanan dan laman blog mereka, perihal perkauman dan hak kebebasan beragama serta menuntut hak sama seperti agama Islam. Sedangkan mereka sendiri mengetahui dan faham bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan agama Islam amat istimewa kerana ia merupakan agama Persekutuan Tanah Melayu. Hak telah diberikan kepada agama lain adalah mereka bebas menganut, mengamal dan membantu melalui peruntukkan sendiri. Jangan cuba nak menuding jari kepada UMNO/BN yang jelas mengamalkan konsep perpaduan kaum dan menghormati agama lain seperti termaktub dalam Perlembagaan negara.

Hal sebegini tidak akan timbul sekiranya pihak Gereja Katholik sabah tersebut mengikuti arahan dan larangan oleh pihak Kementerian Dalam negeri. Namun atas alasan hak dan keadlian agama dan misi pendakwahan mereka, maka hal ini telah di bawa ke mahkamah. Kelulusan yang diberikan pihak mahkamah mungkin bersebabkan factor tiada kes seumpama ini berlaku untuk dijadikan rujukan. Atau tiada sebarang peruntukkan jelas dari aspek perundangan. Walau apa pun, kini keegooan pihak Paderi Murphy Pakiam ini telah secara langsung memperlihatkan bahawa mereka ‘akan dibela’ oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang kononnya berjuang atas adil dan sama rata seperti DAP dan Anwar Ibrahim.

Masalah sosial yang meruncing dilihat sebagai sebagai faktor penyumbang kepada wujudnya sub budaya dan ajaran-ajaran baru dalam mencari pengganti kepada agama Kristian itu sendiri oleh penganut. Melihat Islam dan cara hidup yang sedrhana yang diamalkan, maka Islam menjadi agama pilihan mereka. Ramai di kalangan mereka yang beragama Kristian di barat seperti di Jerman, Perancis, England dan negara-negara Eropah telah mula menerima dan menganut agama Islam. Melihat kepada perkembangan tersebut, mereka telah mula mensasarkan Asia kerana mereka sendiri sedar melalui fakta sejarah bahawa masyarakat Asia adalah mereka yang amat taat kepada agama dan adat budaya.

Penulis percaya proses pendakwahan ajaran Kristian kepada penganut Islam telah lama dilaksanakan, Pada tahun-tahun lewat 70-an atau sekitar awal tahun 80-an, telah muncul persatuan Pemuda-Pemudi Melayu Kristian di Singapura yang juga membabitkan sedikit ahlinya di kalangan orang Melayu di Johor dan Kuala Lumpur. Kes murtad di kalangan masyarakat Melayu/Islam di Malaysia semakin serius. Antara contoh jelas adalah kes Lina Joy yang mendapat pembelaan dan dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Memandangkan masalah murtad dikalangan orang melayu terjadi walaupun tanpa sebarang perkataan ALLAH dalam Bible mereka, apatah lagi sekiranya perkataan ALLA digunakan. Kekeliruan pasti berlaku dan antara yang kerap kita dengar pada hari ini adalah ‘Tuhan kita semuanya satu’, ‘Islam dan Kristian hampir sama aje’.

Akhirnya penulis mengajak kita semua berfikir secara tenang dan rasional, Janganlah mengambil tindakan yang akan menambah-burukkan lagi suasana. Pembentangan YAB Dato’ Seri Najib, PM kita kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telahpun diperkenan. Pihak mahkamah, KDN dan pihak gereja dahpun bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan keputusan mahkamah. Bagi yang sedar bahawa mereka sayangkan perpaduan, kerharmonian dan kerjasama kaum, hormatilah keputusan ini.

11 Respons to “GUGUR TUNTUTAN PENGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ LANGKAH BIJAK”

  1. sumir said

    Pihak yang merasa diri mereka tidak dilindungi tidak berani membakar dan menceroboh beberapa gereja di Lembah Klang semalam,

    “Saya percaya, hanya mereka yang merasa dilindungi yang berani berbuat demikian,” katanya sambil merujuk serangan-serangan sedemikian ke atas pejabat-pejabat parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan rumah para pemimpin parti-parti tersebut.

    Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang disifatkannya memberi kata-kata pembakar semangat kepada mereka yang memilih cara yang provokatif dalam menangani isu antara kaum dan agama yang sangat sensitif.

    “Umpamanya, kalau si ayah kata anaknya tidak boleh dihalang apabila si anak hendak memilih provokasi terhadap jiran, tentulah anaknya fikir bakar rumah jiran pun si ayah tak akan halang,” katanya.

    Mengenai apa yang disifatkannya sebagai kata-kata pembakar semangat itu,Bernama yang melaporkan bahawa Najib berkata, kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu.

    Utusan Malaysia pula melaporkan Najib berkata, mereka yang hendak berhimpun membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama lain “tidak boleh dihalang untuk berhimpun asalkan di dalam pagar masjid”.

    Bernama juga melaporkan Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam.

    “Sepatutnya mereka mencari jalan meredakan suasana tegang memandangkan Mahkamah Tinggi telah menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald itu,” kata Mohamad.

    Mengenai amaran Hishammuddin bahawa kerajaan tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kita mengingatkan Menteri Dalam Negeri itu bahawa penggunaan akta tersebut tidak akan meredakan perasaan mereka yang telah diransang dengan kata-kata pembakar semangat tersebut.

    “Ketegangan tidak akan reda kerana kerajaan Umno tidak akan menangkap dalang-dalang utama ketegangan seperti yang berlaku dalam Operasi Lallang 1987 dahulu.

    “Kita tahu, mereka akan mengambil peluang untuk melepaskan dendam terhadap para pemimpin pembangkang.

    “Sejarah Operasi Lallang mungkin akan berulang di mana pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak terlibat mencetuskan ketegangan telah dijadikan mangsa untuk menutup kesalahan Umno menggunakan isu perkauman ketika itu,”ramai pemimpin pembangkang yang turut dimangsakan operasi tersebut.

    KIta berharap mereka yang tidak berpuas hati terhadap penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald supaya tidak mengambil kesempatan untuk melepaskan geram secara tidak bertamadun.

    “Semua orang ada hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju tentang sesuatu perkara. Tetapi, perbuatan membakar gereja tidak akan menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka malah akan menyebabkan orang-orang Islam dipandang negatif.

    “Soal kaum dan agama sangat sensitif, apa salahnya memilih cara yang lebih tenang seperti mengadakan perbincangan?” katanya.

    Jika perbincangan diadakan, katanya, banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam.

    7 gereja dilempar bom api, dipercayai ada kaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald.

    Kejadian pertama membabitkan Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Taman Melawati disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya dan Gereja Chappel, Damansara.

  2. kataganti said

    Pertama; Yahudi dan Kristian memang musuh umat Islam. Allah ada berfirman dalam alquran maksudnya ‘Tidak sekali-kali akan redo yahudi dan nasrani selagi kita tidak ikut cara hidup mereka’.
    Kedua; Jadi bila dikatakan musuh, memang kerja musuh nak meroskan umat Islam. Dia akan buat apa saja untuk serang umat Islam.
    Ketiga; Jadi kita kena sedar dan faham bahawa mereka adalah musuh kita.
    Keempat; Oleh itu kaedah untuk mengalahkan mereka ialah kita kena kuatkan hubungan kita dengan Allah. Bila kuat hubungan kita dengan Allah, Allah akan bantu kita untuk kalahkan mereka.

  3. shabriduda said

    tu la umno tak mahu menyokong usul yang dibawa oleh ahli parlimen Marang pada tahun 90an agar di pindaan perlembangaan agar menguatkuasakan dan mengubal undang2 murtad.ini lah kesannya.malah speker yang menurut perintah dan ahli umno menyatakan perkara tersebut tak perlu disegerakan.padahal pada hal bilangan ahli parlimen melayu islam menguasai paerlimen pada masa tu.umno cukup kuat dan menang hampir semua tempat di semenanjung .Tapi mungkin cadangan tersebut satangnya dari Pas kot???kenaapa umno tak mau berkerjasama untuk menjadikan undang murtad boleh dilaksanakan.??? pasal takutkan komponen BN kecil Hati kot..

    Kerajaan (KDN)boleh menangguhkan keputusan mahkamah dengan mengunakan mahkamah rayuan secepat kilat dan tidak memebiarkan perkara ini berlarutan,,,,kalo kes Nizar yang disahkan oleh mahkamah sebagai menteri besar yang sah .cepat lak umno dan konco2nya menyekat keputusan mahkamah melalu rayuan….kenapa kes ini ditangani agar longgar dan lambat mungkin bertujuan nak memerangkap parti PAS dan Keadilan agar melatah supaya umno akan mendapat keuntungan politik,,

    semua orang tahu akan ada kesan pengunaan perkataan AllAH oleh majalah tersebut tapi bukan kaedah mengapi2 rakyat akan menyelesaikan perkara tersebut.

    Persoalannya siapakah yang ingin dipersalahkan, adakah hakim yang bukan Islam yang memutuskan perkara tersebut atau pihak mana yang sebenarnya bertanggung jawab dan patut dipersalahkan.

    Sebenarnya inilah kelemahan UMNO yang menunjangi kerajaan yang ada pada masa ini. Kerana UMNOlah sebenarnya agama Islam di bumi tercinta yang subur dengan Islam satu masa dulu telah dimusnahkan dengan meyekat umno juga menarik bantuan kepada sekolah ugama oleh umno oleh mahaadzir kononnya takukan rakayt cenderung memilih parti berasaskan islam.

    Kemusnahan dan kehancuran Islam di Malaysia adalah lahir dari sikap pemimpin negara sendiri yang lemah pengamalan Islamnya. Agenda Islam cuma bermain dibibir namun jauh sekali dalam perlaksanaan kehidupan seharian.

    Realitinya kepada usaha pengamalam Islam yang lebih syumul sentiasa disekat dan dilemahkan di negara kita.Islam yang lebih liberal dan bercelaru sentiasa didokong oleh kerajaan.

    Malah pada satu masa PM Malaysia sendiri memperkenalkan Islam bentuk baru iaitu Islam Hadhari. Jelas UMNOlah yang salah dalam persoalan ini.

    Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya mejadi berita dan isu hangat yang mewarnai kedatangan taHUN 2010.Siapa yang menang dalam masalah ini saya kira perkara kedua yang perlu diperkatakan terlebih dulu. Yang lebih utama dan menjadi kekesalan yang saya rasakan mendapat perhatian banyak pihak ialah Hakim bukan Islam Lau Bee lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini.

  4. ayam percik said

    Kekecohan yang berlaku bukan disebabkan oleh pengapian oleh sesiapa. Sesiapa pun orang Islam yang waras akan merasa tercabar dan merasa diperlekehkan oleh pihak gereja yang berkenaan. Ditambah pula oleh hakim lau bee lan yang tiada kuasa untuk membicarakan hal berkaitan dengan isu agama Islam. Justeru jangan salahkan orang yang sensitif dan bertindak mengikut perasaan kerana emosinya telah diganggu dan kesabarannya hilang.

  5. ayam percik said

    Kekecohan yang berlaku bukan disebabkan oleh pengapian oleh sesiapa. Sesiapa pun orang Islam yang waras akan merasa tercabar dan merasa diperlekehkan oleh pihak gereja dan padri yang berkenaan. Ditambah pula oleh hakim lau bee lan yang tiada kuasa untuk membicarakan hal berkaitan dengan isu agama Islam. Justeru jangan salahkan orang yang sensitif dan bertindak mengikut perasaan kerana emosinya telah diganggu dan kesabarannya hilang. Jika mahu menyelesaikan masalah, cari dan selesaikan puncanya, selesailah masalah itu.

  6. ayam percik said

    Kekecohan yang berlaku bukan disebabkan oleh pengapian oleh sesiapa. Sesiapa pun orang Islam yang waras akan merasa tercabar dan merasa diperlekehkan oleh pihak gereja dan padri yang berkenaan. Ditambah pula oleh hakim lau bee lan yang tiada kuasa untuk membicarakan hal berkaitan dengan isu agama Islam. Justeru jangan salahkan orang yang sensitif dan bertindak mengikut perasaan kerana emosinya telah diganggu dan kesabarannya hilang. Jika mahu menyelesaikan masalah, cari dan selesaikan puncanya, selesailah masalah itu. Bukan semua perkara boleh diselesaikan melalui undang-undang dan mahkamah. Dengan kes ini adalah dirasakan mahkamah sebenarnya tidak boleh dipercayai dan tidak berlaku adil khususnya hakin berkenaan. Sekiranya beliau seorang yang arif tentu sedari awal lagi beliau menyedari bahawa isu ini tidak sepatutnya dibicarakan ataupun beliau mempunyai agenda tersendiri.

  7. shafifah said

    1Bukan Islam Tidak Berhak-Dr Khalif Muammar
    2Penggunaan Kalimah Allah Yayasan Sofa
    3Antara Nama dan Hakikat-IKIM
    4HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH-JAKIM
    5Antara Celaru Dan Keliru
    6Isu Kalimah Allah – Dr. Siddiq Fadzil
    7Keputusan Majlis Fatwa : Penggunaan Kalimah Allah
    7Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah – Haron Din

  8. Batu Nesan said

    Pembangkang sememang bacul,dayus dan maha lembik dalam mempertahankan kesucian islam,jikalau kita perhatikan PAS yang selama ini begitu gah mendakwa pejuang islam tulin turut senyap dan sepi di dalam banyak perkara yang melibatkan pencabulan ke atas islam.PAS akan bingkas dari lamunan yang panjang sekiranya sesuatu isu itu akan mendatangkan keuntungan atau laba kepadanya dan akan sesepi-sepinya umpama kura-kura sekiranya isu yang timbul tidak menguntungkan.Inikah yang kita harapkan dari sebuah parti politik islam melayu yang mana di dalamnya terdapat banyak teka-teki,silap mata,bermain wayang,fatwa songsang,doa-doa mustajab untuk menjahanamkan rakan seagama,makian,cercaan,hinaan,
    kekasaran ucapan dan perbuatan,dan yang maha pelik semua itu dituju dan dihalakan ke atas insan seagama yang cuma sedikit berbeza ideologi tapi tetap menyembah tuhan yang satu. Amat sukar dan teramat payah untuk orang melayu bergantung harap pada PAS dan teramat mestahil PAS akan memperjuangkan bangsa kita seandainya sesuatu perkara yang di luar jangka melanda,yang pasti PAS sanggup menghulurkan tangan pada bangsa lain untuk diselamatkan dari arus yang deras dan membiarkan rakan sebangsa yang cuma berlainan fahaman terus hanyut dibaham arus yang ganas sambil mendabik dada puas dek dendam kesumat yang berapi sekelian lama terlaksana.Itulah PAS parti Melayu kedua terbesar dan berpengaruh tetapi sayangnya orang melayu tidak boleh bergantung harap dan berpayung di bawahnya dikala kepanasan,berteduh di anjungnya ketika hujan. PAS lebih rela apa yang ada akan hancur dari memeliharanya untuk kelestarian bangsa sendiri,lebih baik sama-sama berputih mata dan menyaksikan musibah dan kehancuran di depan mata asalkan dendam kesumat tercapai,itulah PAS sedikitpun tiada keikhlasan dalam perjuangan mereka,sesungguhnya islam yang dilaungkan selama ini hanyalah retorik,palsu dan penuh tipu daya ,islam dipersenda dan dipergunakan sedemikian rupa,kaum dalam parti yang dangkal daya fikir telah dieksploitasi dan diperguna dengan cara yang amat halus dan licik,mereka juga telah ditaksubkan atas nama sebuah perjuangan lantas kaum PAS yang cerdik pandai dan didakwa alim di dalam parti terus meratah segala peluang dan ruang yang ada untuk mengaut kemewahan,kesenangan,pangkat dan harta yang ada untuk kepentingan diri,keluarga dan kroni.Inikah yang kita harapkan dari parti yang mendakwa islam…Sesungguhnya kita bangsa melayu berhentilah dari terus mengharap dan berharap dari mereka yang tidak mempunyai hati dan rasa…..sesungguhnya perjalanan ini masih terlalu panjang dan berliku….sama-samalah kita fikir untuk kelestarian ummah di hari mendatang…Allahuakbar…Allahuakbar….Allahuakbar

  9. sumir said

    Semenjak timbulnya isu penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah Herald, berbagai pihak pro KERAjaan bukan main galak lagi memainkan isu ini dan kebanyakannya mengajukan soalan – “kemana perginay pejuang Islam PAS..?”

    Kenapa tanya mana perginya pejuang Islam PAS..?

    Sejak dari dulu lagi PAS memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam di negara ini. Tetapi puaka-puaka UMNO memperlekehkan malah menghina PAS dan lebih malang lagi bilaman UMNO yang (“kununnya”) 100% ahlinya berbangsa “MeLAYU Islam” mengambil mudah dengan saranan dan gesaan PAS.

    Kini UMNO terdesak dan bertanya pula kemana pejuang Islam PAS. Bila sudah tersepit baru cari nak PAS ke..?

    Cuba jawab soalan-soalan objektif seperti berikut :

    1. Siapa yang menghapuskan pembelajaran, pembacaan dan penulisan Jawi di Sekolah-sekolah dahulu..? UMNO ke PAS..?
    2. Siapa yang menghapuskan pemberian Wang Perkapita bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dikeluarkan sebelum itu..? UMNO ke PAS..?
    3. Siapa yang merobohkan beberapa surau yang antaranya di suatu Kawasan Perumahan di Bandar Baru Bangi dan juga di kampung Bujal, Kemaman..? UMNO ke PAS..?
    4. Siapa yang memecat Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila Allahyarham Datuk Mufti mempertahankan tindakan JAIS menangkap dan mendakwa dua wanita Islam yang mengambil bahagian dalam satu Pertandingan Ratu Cantik di Selangor..? UMNO ke PAS..?
    5. Siapa yang mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai JAIS apabila menyerbu dan mendakwa orang Islam (pemain muzik) yang didapati meminum arak di sebuah pusat hiburan yang dikenali sebagai The Ship..? UMNO ke PAS..?
    6. Siapa yang tidak membenarkan dan melarang Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu (apabila PAS berkuasa) menguatkuasakan hukum Hudud, Tanzir dan Qisas..? Malah siapa yang memperlekehkannya dengan mengatakan ianya Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu..?
    7. Siapa yang menghina Sunnah Nabi dengan menyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak mencukur janggut kerana pada zaman itu, tiada pisau pencukur (razor blade)..? UMNO ke PAS..?
    8. Siapa yang menguasai bidang kehakiman dinegara 1Malaysia ini..? UMNO ke PAS..?

    Jika jawapannya ialah UMNO, maka apa perlunya kamu semua bertanya ke mana pergi pejuang Islam PAS pulak..? Bukankah UMNO sering kali mendabik dada menyatakan UMNOlah yang memperjuangkan Islam, membina Masjid Negara, mengadakan Perbankan Islam, menyediakan Universiti Islam..?

    Kemudian menghina PAS pula dengan mengatakan PAS, parti Islam kolot, Parti Ajaran Sesat dan sebagainya. Menghina pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz yang seringkali disebut oleh ahli dan penyokong extremist yang haprak UMNO terutamanya blogger-blogger pro UMNO dan penyokong-penyokong UMNO..?

    Sehubungan dengan itu juga, kenapa tidak bertanya kemana perginya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej General (B) Datuk Sri Jamil Khir yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam..? Kenapa sehingga hari ini Mej Gen (B) Datuk Sri Jamil Khir diam membisu seribu bahasa..? langsung tidak ada sepatah pun menyebut tentang isu ini.

    Dia bekas tentera dan pangkat tertinggi yang disandangnya sebelum menamatkan perkhidmatan adalah berpangkat Mej General pula, pastinya dia masih gagah. Tidak mungkin dia begitu penakut atau bacul. Ini ditambah pula dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim yang bukan kepalang kelulusannya dalam bidang agama dan bekas pensyarah di UIA pula. Bukan main tinggi kelulusan mereka, tetapi terus berdiam diri. Kenapa tidak ditujukan soalan sedemikian kepada mereka semua.

    Tambah membingungkan lagi kenapa mufti-mufti negeri yang juga menyokong UMNO turut berdiam diri membisu..?

    Bukankah PAS telah menyatakan pendiriannya bahawa mana-mana agama samawi (agama yang diturunkan dari langit) boleh menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka asalkan tidak menyalah gunakan nama Allah itu.

    Di Eropah, Amerika dan di Indonesia pihak agama kristian telah lama menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka. Demikian juga penganut-penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak yang turut menggunakan nama Allah.

    Sila rujuk Surah Al-Taubah ayat ke 30. baca dan fahamkan apa yang disebut oleh Al-Qur’an dan fahamkan akan kaitannya dengan isu ini.

    Kini dalam keputusan mahkamah yang membenarkan pihak gereja Katholik dan juga majalah Herald menggunakan kalimah “Allah”, penyokong dan ahli UMNO berdemonstrasi dan memdabik dada “kununnya” merekalah yang benar-benar memperjuangkan Islam, tetapi mengapa pula bertanyakan dan meminta bantuan dari PAS pula…?

    Selesaikan sendiri. Bodoh ke bangang ahli UMNO ni..? Mintalah bantuan terus kepada Presiden dan Perdana Menteri UMNO. Apakah ahli dan penyokong UMNO haprak ini mahu menyerahkan kuasa kepada PAS dalam hal ini supaya PAS bertindak. Pastinya mereka tidak mahu.

    Walau apa pun, percayalah kerajaan UMNO akan menyelesaikan masalah ini mengikut perundangan yang ada apabila KDN dan JAKIM memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Keputusannya akan pasti memihak kepada kerajaan (JAKIM dan KDN), Ini adalah helah kerajaan UMNO sahaja. Apabila mereka menang dalam kes rayuan itu kelak, maka rakyat (melayu yang beragama Islam) memuji melangit akan tindakan kerajaan UMNO yang akan dikatakan benar-benar membela Islam.

    Maka berduyun-duyunlah rakyat berbaris memuji Perdana Menteri. Pelbagai sepanduk termasuk bendera UMNO akan dikibarkan di merata tempat. Satu kemenangan buat UMNO.dan pemimpinnya.

    Semoga puaka-puaka UMNO dan seangkatan dengannya ini akan lebih sedar, insaf dan memahami akan kedudukan isu yang sebenarnya. Agama islam bukan sekadar kosmetik dengan membanggakan pembinaan masjid, perbankan Islam, Universiti Islam sahaja. Ia lebih kepada pemantapan aqidah dan iman umat Islam itu sendiri.

  10. sumir said

    batu nesan hayatilah maksud ayat ini(((Jika perbincangan diadakan, banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam.))))

    undang2 yang berkuatkuasa sekiranya bertentangan dengan pelembagaan malaysia @ negara akan terbatal dengan sendirinya sekiranya tidak pinda pekara tersebut di parlimen.

    so umno dah tahu dia ada kaedah untuk menyelesaikan pekara ini cuma nak test market ja kot.

    lagi pun dalam kaedah ilmu usulfiq setiap keputusan yang akan dibuat untuk maslahat awan maka wajib dilihat sejauh manakah dharuratnya pada umah…mufti2 semua tau pekara ni terutama menteri yang jaga agama ….cuma mereka nak tunggu dan lihat dulu kot huahuahua

    umno kan juara rakyat

  11. shabriduda said

    sumir ko ni tafsir undang2 ikut pala hotak ko ja…..ko ni peguam ker???

    tapi ada logik gak pendapat ko tu walaupun mngkin tak tepat…ada la kebetulannya ….

Tinggalkan komen