Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Februari 2010

PAS DAN PKR MERESTUI TINDAKAN PENGUSIRAN ORANG MELAYU DI BANDAR PULAU PINANG DAN USAHA MELEMAHKAN SYIAR ISLAM OLEH DAP ATAS NAMA POLITIK

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 17 Februari 2010

Oleh: Kawan Lama

Kemelut politik Pulau Pinang semakin hari semakin menjurus ke arah penindasan dan tekanan terhadap untung nasib orang Melayu Pulau Pinang yang dinafikan haknya. Masalah penutupan gerai-gerai orang Melayu di bandar dan pembinaan rumah-rumah mewah yang menjangkau lebih daripada 500 ribu seunit dilihat tidak mampu dimiliki/beli oleh orang Melayu. Merasakan tindakan mereka mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin parti komponen mereka, Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng (DAP) menambah luka orang Melayu dengan cubaan ‘mengusik’ kesucian agama Islam. Mesyuarat kerajaan negeri yanmg dipengerusikan beliau telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul yang telah menjadi aturcara kebiasaan sejak dahulu lagi. Ini cuma langkah cubaan terawal beliau dan dilakukan secara halus. Niat jahat untuk meminggirkan orang Melayu dari bandar dan menafikan Islam Sebagai Agama Persekutuan ini adalah satu dasar yang berbeza daripada manifesto PRU 12 mereka. Di samping itu ia tersasar jauh daripada janji mereka untuk mentadbir berdasarkan Perlembagaan Negara sepertimana yang diucapkan pada Disember 2009 lalu. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 7 Comments »

PERMAINAN DAP-HALANG SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Posted by Sahabat MANTAP di Ahad, 14 Februari 2010

Oleh: Putera_Adnan

“Sebagai makluman, Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang” berikut adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir.

Surat pekeliling yang ditandatangani oleh Muhammad Yusoff “Kami terkejut dengan kenyataan palsu itu dan kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam sebenarnya telah merancang mengenai pelbagai program sempena sambutan ini tiga bulan lalu,” kata Guan Eng pada 13 Februari 2010. Siapa yang berbohong dan buat kenyataan palsu? Memang terbukti DAP ada niat untuk halang perarakan Maulidur Rasul.

Guan Eng menafikan pada mulanya menghalang perarakan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 26 Feb 2010. Dengan arahan siapa Muhammad Yusoff mengeluarkan surat pekeliling itu? Kalau DAP buat tindakan sebegini ianya tidak rasis, tetapi kalau orang Melayu silap cakap sikit melenting habis marah mengatakan ianya rasis. Tindakan DAP ini menyokong kuat apa yang telah disebut oleh Zahrain terhadap Guan Eng. Apakah perarakan Maulidur Rasul ini mahu dihalang kerana ianya dikatakan boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam di Pulau Pinang? Mengapa Guan Eng takut untuk berarak sama dengan orang Islam? Sudah tentu takut kerana sudah buat banyak perkara yang merugikan orang Islam di Pulau Pinang.

Lars Helle, Ketua Editor akhbar Dagbladet berani menyiarkan karikatur penghinaan tersebut kerana mereka tahu umat Islam di dunia ini tidak bersatu. Perarakan Maulidur Rasul menjadi lebih awal di Norway untuk memprotes penghinaan ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW. Kalau di negara lain buat salah, mereka akan berkokok dengan alasan hak asasi. Di mana keadilan dan kebebasan beragama untuk orang Islam di Norway?

Di Norway, sebuah akhbar harian Dagbladet pada 3 Februari 2010 telah menghina Nabi Muhammad SAW dengan menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai bxxx. Pada 8 Januari 2010, seorang bernama Lynette Lincoln telah menghina Nabi Muhammad dengan cara yang sama. Di Malaysia, perarakan untuk menyambut hari keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW juga mahu dihalang oleh DAP di Pulau Pinang. Satu demi satu, soal agama dicabar dan dipersendakan oleh orang bukan Islam. DAP berani buat begitu kerana tahu umat Islam di Malaysia berpecah kerana fahaman politik. Ini alasan kukuh untuk mengajak ahli politik Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR duduk semeja. Jika tidak bersama dalam soal agama, lebih banyak lagi penghinaan akan dibuat. Demi alif, ba dan ta, segerakan penyatuan.

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 3 Comments »

RAKYAT DAH MUAK DAN JELIK DENGAN POLITIK

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 11 Februari 2010

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Jangan letakan agenda politik mengatasi pembangunan. Rakyat lebih suka berbincang dan bercakap fasal pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah fasal politik

Kita sokong penuh titah Baginda Sultan Selangor baru-baru ini sayang negeri Selangor. Negeri yang kaya raya, yang dah capai taraf negeri maju. Kata orang, Selangor ini macam Califonia di Amerika Syarikat, lebih kaya daripada negeri lain. Orang dari seluruh Malaysia bertumpu ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana nak cari makan Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

‘Pakatan Kian Rapuh’

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 6 Februari 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Petikan Dari Utusan Malaysia ( ZULKIFLEE BAKAR )

‘PAKATAN Rapuh’ (PR), ‘Parti Kian Rapuh’ (PKR) – inilah dua istilah yang mungkin layak untuk menggambarkan pelbagai kekalutan dalam pakatan pembangkang yang disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas. Tahun 2010 atau lebih tepat lagi menjelang dua tahun pakatan berkenaan diwujudkan sejak Mac 2008, kesepakatan yang dicapai atas dasar untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) mula menunjukkan tanda-tanda keretakan yang boleh menjuruskan kepada perpecahan.

Perbezaan ideologi, perasaan ingin menjadi parti dominan dan hasrat mahu menunjukkan siapa lebih berkuasa telah memungkinkan pergolakan berlaku dalam pakatan yang baru berusia setahun jagung itu. Sama ada hendak diakui atau tidak, dalam konflik yang berlaku, PKR – sebuah parti yang ditubuhkan atas semangat dendam dan marah pada tahun 1999 – paling merasai tempiasnya. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 7 Comments »

PAS DIPERGUNA UNTUK PECAHBELAHKAN MELAYU DARI DALAM DAN LUAR PARTI?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Februari 2010

Oleh: Kawan Lama

Pergolakkan dalam pakatan pembangkang sememamg telah diduga dan acapkali disuarakan oleh ramai pemerhati politik. Namun disebabkan keghairahan atas kemenangan yang sedikit dalam PRU 12 lalu, ia cuba dinafikan oleh pemimpn mereka. Penyokong tegar dan tidak sedar akan ancaman yang akan melanda parti mereka ‘per se’, maka mereka menerima sahaja cereka ciptaan pemimpin mereka mentah-mentah. Kegagalan untuk mewujudkan parti komponen baru yang mereka namakan Pakatan Rakyat bukti jelas bahawa mereka tidak mampu bersatu sebagai sebuah komponen di bawah satu lambing parti. Mengapa susah sangat nak daftarkan nama pertubuhan mereka? Jawapannya ada pada prinsip dan agenda perjuangan mereka yang berbeza-beza. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Jangan tumpahkan air ditempayan bila mendengar guruh di langit.

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Februari 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Jasa pemimpin-pemimpin UMNO terhadap orang-orang melayu sungguh besar sehingga sukar untuk di nilai. Kita perlu fikirkan tentang kehidupan orang melayu sebelum merdeka. Ia nya jauh berbeza, seperti langit dengan bumi

Perbezaan taraf hidup semasa sebelum dan selepas merdeka ini hanya dapat diketahui dan di nilai oleh manusia yang berfikiran waras yang berumur 60 tahun keatas sahaja. Kita ingin mengingatkan kembali di zaman kita pada tahun 1950 dahulu. Pada zaman itu di kampung kita nak lihat motor kapcai pun susah. Tetapi Hari ini jika kita pergi ke mana-mana kampung ceruk rantau negeri pun kita ternampak di sana sini kereta motorkar. Bab motor kapcai tak payah cerita lah Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Kisah teladan: Gelojoh, gelojoh dan gelojoh

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 3 Februari 2010

Oleh :- Anggerik Desa

Petikan Dari Utusan Malaysia ( Zaini Hassan )

ORANG politik cakap tak serupa bikin. Semuanya kerana harta, berebut pangkat, penting diri sendiri dan ketamakan. Itulah yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang. Baik dalam Pas di Kelantan atas sifat nepotisme dan kronisme, begitu juga di Selangor dan di Pulau Pinang. Jangan cakaplah sama ada orang politik itu kononnya alim dan berserban atau tidak alim, semuanya sama saja

Lim Guan Eng yang kononnya mahu mewujudkan kerajaan yang bersih pun sama. Setelah berada di puncak kuasa, beliau sudah lupa janji-janjinya dalam pilihan raya lalu. Itu pasallah Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim mengamuk dengan menuduh Guan Eng sebagai “diktator, cauvinis dan berotak-komunis”. Tuduhan itu cukup serius. Setakat ini tiada desas-desus Guan Eng akan saman Zahrain Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

POLITIK MALAYSIA 2009

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 2 Februari 2010

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Dua peristiwa bersejarah dalam konteks kepemimpinan Negara berlaku pada 2009. Pertama, berakhirnya era Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Mac 2009 sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima, kedua bermulanya fasa baharu pentadbiran Negara dibawah kepemimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Walau bagaimanapun, peralihan teraju tertinggi pentadbiran Negara tidak bererti meredakan krisis politik domestik. Walaupun kestabilan dalam beberapa parti politik tertentu kian pulih, semua itu tidak menjanjikan ketenangan politik diperingkat nasional. Najib mengetengahkan manifesto “Satu Malaysia” untuk menarik semula sokongan rakyat. Pendekatan inklusif dan bukannya eksklusif dalam gagasan Satu Malaysia memaparkan keinginan dan motivasi beliau untuk mengukuhkan semula kedudukan Barisan Nasional ( BN )

Walaupun pemilihan UMNO pada Mac 2009 membawa sinar baharu kepada parti terbesar di Malaysia ini dengan kemunculan barisan kepimpinan yang baharu, hal ini tidak bermakna menjadikan BN kembali kuat. Kemelut dalaman beberapa parti komponen BN yang lain menjejaskan imej BN dimata rakyat Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »