Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

TAK BERI UNDI TAPI DAPAT RM3 JUTA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 April 2010

Oleh: Kawan Lama

Pemberian RM3 juta bagi sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina Rasa, Hulu Selangor oleh YAB DS Najib Tun Tun Razak baru-baru ini menjadi tanda tanya kepada ramai khususnya di kalangan pemerhati politik termasuklah pengundi Melayu dan India di Hulu Selangor. Berdasarkan keputusan undi di kawasan tersebut, pengundi Cina di sana menolak BN. BN kalah lebih kurang 1,000 undi di kawasan peti undi tersebut. Jadi apakah signifikannya sekolah tersebut diberikan bantuan sedemikian banyak? Apakah mereka ini lebih istimewa berbanding dengan penduduk dari kaum lain yang mungkin dilihat tidak memerlukannya?

Ramai berpendapat bahawa jumlah tersebut amat keterlaluan. Pengundi di Rasa telah menolak BN sedangkan pengundi Melayu dan India di lain-lain kawasan telah memberikan kemenagan kepada BN. Walaupun pada saat itu, undi kaum Cina dianggap sebagai ‘undi penentu’, namun BN telah dikecewakan oleh pengundi pekan Rasa. Adalah lebih wajar sekiranya jumlah sedemikian diperuntukkan kepada rancangan-rancangan pembangunan bagi penduduk di kawasan kampong atau ladang-ladang estet yang mana ia dilihat sebagai lebih perlu. Penulis yakin hampir keseluruhan sekolah-sekolah Cina di Malaysia, PIBGnya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Tambahan pula NGO dan syarikat-syarikat besar serta individu Cina yang berkedudukan dan kaya telah memberikan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina termasuklah sekolah tersebut.

Selain itu, melihatkan tindakan memberikan bantuan kewangan sebesar itu kepada sekolah tersebut kelihatan agak janggal kerana pihak pemerhati politik melihatnya BN seolah-olah mengalah dan tunduk kepada tekanan dan permainan ‘sorong-tarik’ pengundi Cina yang didalangi oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu. Duit mereka dapat, projek mereka dapat tapi undi tak bagi kat BN. Apa cerita ni?

Penulis berkesempatan berada di Batang Kali semasa kempen PRK Hulu Selangor. Sekolah tersebutkecil sahaja dan terletak dekat pekan Rasa. Suasana kempen di pekan Rasa amat berlainan. Kebanyakan bahan kempen seperti bendera dan poster BN dipasang oleh tenaga muda Melayu dan India. Amat sukar untuk lihat orang Cina pasang bendera atau poster dan banners BN. Yang penulis lihat bahan kempen pihak PKR dipasang oleh kaum Cina penyokong DAP dan beberapa orang India yang rata-rata lebih mirip kepada penyokong Hindraf.

Pada malamnya pula sesi jamuan makan malam yang biasa diadakan oleh parti politik Cina seperti MCA dan DAP. Agak malang, semasa ceramah BN, tak ramai orang Cina kawasan tersebut datang. Tapi masa ceramah PKR/DAP buat, tak cukup ruang. Penuh sesak sehingga ke jalanraya.

Berbalik kepada pemberian bantuan RM3 juta tersebut, penulis berpendapat walaupun BN benar-benar nak bagi bantuan kepada sekolah tersebut, penulis fikir tidak wajar ianya diberikan beberapa hari selepas PRK tersebut. Ia boleh dilakukan pada masa dan waktu yang lain. BN ada 2 tahun lagi sebelum PRU 13 untuk tujuan itu. Penulis percaya, ada pihak atau penduduk yang lebih wajar menerimanya terlebih dahulu berbanding dengan sekolah tersebut. Penduduk yang mempunyai masalah rumah rosak, bantuan kepada sekolah tadika termasuklah sekolah tadika swasta yang khusus untuk anak-anak yang cacat, bantuan kepada penghuni apartment yang mempunyai masalah pam air yang rosak dan bil yang mejangkau melebihi RM150,000.00 yang tidak dibayar oleh pemaju perumahan. Orang Asli juga memerlukan beberapa kemudahan asas seperti dewan, klinik kesihatan dan bermacam-macam lagi.

Perlu diingat bahawa kemenangan BN adalah kerana kembalinya undi orang Melayu di kampung-kampung dan Felda serta kembalinya undi kaum India daripada estet-estet dan ladang-ladang. Mereka telah mula meyakini BN berbanding dengan kaum Cina yang rata-ratanya tinggal di kawasan-kawasan pekan. Kalau kita campurkan jumlah pengundi Melayu, India dan Orang Asli, jumlahnya menjangkau lebih kurang 73.7% berbanding hanya 26.3% pengundi Cina. Jangan sampai P. Kamalanathan pening kepala nak uruskan kawasan dan asyik terpaksa menjawab kepada pengundi di Hulu Selangor mengenai hal ini. Parah dibuatnya.

Sejak dahulu lagi asal dalam mana-mana PRU atau PRK kerajaan BN akan ditekan oleh pengundi persatuan atau badan-badan tertentu Cina. Penulis juga berkesempatan berada di PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Perkara yang sama juga berlaku. Mereka menuntut pelbagai keperluan dan kehendak. Tuntutan mereka perlu dipenuhi serta merta sekiranya BN mahukan undi mereka. Penulis juga teringat tuntutan oleh Siu QIu dan Dong Jiao Zhong. Walaupun tuntutan mereka dipenuhi namun undi tetap tidak akan memihak kepada BN. PRK Hulu Selangor jelas membuktikan perkara ini.

Apa penulis kesal adalah apa yang dilakukan oleh MCA adalah menyalahkan pihak lain khususnya PERKASA dan ucapan beberapa tokoh dan pemimpin UMNO. Pada pandangan penulis, kerajaan BN perlu melihat perkara ini dengan lebih kritikal dan memastikan MCA dan Gerakan berbuat sesuatu dalam menangani masalah ini. Pemantauan perlu dilaksanakan oleh kepimpinan tertinggi BN. Budaya mengambil kesempatan semasa PRU dan PRK oleh pengundi, persatuan dan badan kaum Cina sebegini tidak perlu lagi dilayan. Kesetiaan pengundi Cina boleh dipersoalkan dan ia lebih menjurus kepada sudah tidak lagi bersama BN. Mereka sudah tidak yakin dengan MCA dan Gerakan sebagai wadah atau saluran politik bagi mewakili mereka. Mereka lebih terarah kepada DAP. Lihat, pandang, dengar rancang dan perlu ambil ikhtibar serta bertindaklah dengan penuh berhemah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: