Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS PUSAT GELABAH KERANA DAKWAAN SYED AZIDI…

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 5 Mei 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Masihkah kita ingat lagi peristiwa pada penghujung tahun lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta orang ramai mendoakan kemusnahan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?? Tindakan itu juga dikaitkan dengan isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri tersebut

Selepas doa berkenaan dilafazkan, sama ada secara kebetulan atau tidak, satu demi satu peristiwa melanda. Bermula dengan isu tajaan menunaikan haji sehinggalah pelantikan menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), semuanya membabitkan kekalutan di negeri Cik Siti Wan Kembang

Terbaru, Kerajaan Negeri Kelantan yang sering melaung-laungkan konsep kepimpinan berteraskan Islam dan begitu bangga dengan slogan ‘Kepimpinan Bersama Ulama’ berhadapan dengan satu lagi ‘krisis’. Lanjutan daripada pendedahan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang menyatakan sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi

Kalau dakwaan berkenaan benar, maknanya kesemua mereka mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri pimpinan Nik Abdul Aziz, oleh itu sewajarnya mereka memberi jawapan balas demi membersihkan nama kerajaan negeri. Tetapi malangnya, kerajaan Pas Kelantan setakat ini tidak mahu berbuat demikian. Mereka mungkin ingin mendoakan melalui tindakan mendiamkan diri

Dalam kes ini, jelas sekali, UMNO tidak ada ‘apa-apa saham’, sebaliknya pendedahan itu berpunca daripada keceluparan pemimpin Pas sendiri yang mempertikaikan sumbangan Syed Azidi kepada parti tersebut. Kita boleh menganggap sebarang kenyataan oleh mana-mana pemimpin Pas yang mendakwa UMNO terlibat dalam apa juga segi dalam isu ini sebagai kenyataan orang yang sudah tertekan

Tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam sidang akhbar menyatakan bahawa Pas tidak tahu menahu mengenai peruntukan RM4 juta itu. Kenapa pula secara tiba-tiba dalam isu berkaitan pentadbiran kerajaan negeri, Pas Pusat hendak campur tangan? Apa justifikasinya? Adakah Pas Pusat semakin resah kerana kerajaan Kelantan tidak mampu menjawab dakwaan Syed Azidi?

Selama ini Pas begitu bangga menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai dakwaan, Namun apabila ada dakwaan yang melibatkan mereka, mulalah Pas bersandiwara seolah-olah apa sahaja keburukan yang dikaitkan dengan mereka adalah fitnah dan seolah-olah juga merekalah parti baik di alam fana ini

Itulah Pas sekarang, hari demi hari, pendirian parti tersebut semakin bercelaru. Justeru tidak hairanlah, jika Pas kini begitu mudah di perkotak-katikkan oleh sekutu mereka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Kerana kedua-dua parti berkenaan sedar bahawa pendirian Pas boleh berubah bila-bila masa demi mencari kuasa politik sahaja!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: