Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MCA DAN MASALAH UNDI CINA KEPADA BN

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 28 April 2010

Oleh: Kawan Lama

Baru semalam sahaja penulis mengeluarkan artikel yang bertajuk “Undi Cina Bukan Untuk BN lagi”, hari ini di dada akhbar Utusan Malaysia, terdapat dua kenyataan yang dikeluarkan oleh dua tokoh utama negara iaitu, Presiden MCA sendiri, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyalahkan PERKASA sebagai penyebab undi kaum Cina tidak memihak kepada BN dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Manakala seorang lagi tokoh ternama adalah Prof Emiretus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang menyatakan bahawa MCA dan Gerakan perlu bertindak untuk memulihkan keadaan sedemikian. Kedua-dua kenyataan ini menarik perhatian penulis untuk menulis artikel ini dan berkongsi pandangan dengan pembaca.

Tindakan Datuk Seri Chua meletakkan kesalahan kepada PERKASA adalah tidak tepat. Apakah tindakan PERKASA sebagai sebuah badan NGO yang mempertahankan apa terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dilihat sebagai tindakan yang mengguris hati dan perasaan kaum Cina? Kalau begitu, ceteklah dan amat dangkallah beliau. Beliau menegaskan bahawa PERKASA tidak mementingfkan sensitiviti kaum lain. Lantas itulah yang menyebabkan masyarakat Cina tidak mahu undi calon BN. Penulis hairan apakah ini merupakan alasan terbaik yang boleh digunapakai oleh beliau kerana ingin menutup kegagalan MCA dalam meyakinkan masyarakat Cina untuk tetap kekal dan setia kepada BN. Di PRK Hulu Selangor calon BN adalah MIC. Lebih kurang 80% dariapda jumlah pengundi Cina telah menolaknya. Apakah yang jumlah undi yang akan diterima BN sekiranya calon yang diletakkan adalah daripada UMNO? Berkemungkinan 100% akan tidak mengundi BN.

Undi masyarakat Melayu tidak lari kepada BN dan telah dibuktikan dalam PRK di Hulu Selangor. Walaupun pada peringkat awal terdapat suara-suara kurang puas hati dengan pengumuman calon daripada MIC yang akan mewakili BN oleh YAB DS Najib dalam Konvensyen BN di Shah Alam pada 7 April 10 lalu, namun UMNO berjaya meyakinkan pengundi Melayu agar tetap memangkah calon BN daripada MIC. Jentera UMNO digerakkan keseluruh pelusuk kawasan untuk menerangkan serta kepentingan mengundi calon BN, P. Kamalanathan.

Kalau mahu diambil kira tentang sensitiviti kaum, DS Chua tersedia maklum semasa DS Noh Omar menyentuh mengenai ucapan penghargaan dan terimakasih pemimpin pertama mereka mengenai pengorbanan orang Melayu kepada kuam mereka, kenapa 16 ahli parti komponen BN khususnya MCA bertindak keluar dewan yang dihadiri oleh YAB PM?

Apa pula halnya dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam mempersoalkan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti bangsa Melayu seperti Ketuanan Melayu oleh segelintir pemimpin kanan dan muda MCA? Apakah orang Melayu beramai-ramai menolak calon daripada MCA? Penulis yakin tidak. Mereka kekal dan setia kepada BN dan tetap akan memberikan undi mereka kepada calon BN tanpa mengira daripada parti komponen BN yang mana. Seperti kata Tan Sri Khoo Kay Kim bahawa MCA perlu melihat balik dalam diri sendiri. Penulis yakin itulah sepatutnya yang dilakukan. MCA perlu ingat bagawa kebanyak calon mereka kalah dalam kawasan majoriti kaum Cina. Kebanyakan kemenangan calon MCA adalah di kawasan majoriti masyarakat Melayu.

Pada pandangan penulis, pengundi Cina sebenarnya sudah tidak jelas dengan peranan dan kepentingan MCA. Mereka bertindak memilih parti alternatif yang mereka lihat lebih jelas peranannya iaitu DAP. Sebagai Presiden baru MCA, DS Chua perlu bertindak atas perkara ini. Memberikan penerangan yang jelas kepada masyarakat Cina adalah sebagai keutamaannya khususnya terhadap kekeliruan dan kecelaruan masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina.  Masalah ini wujud dan acapkali ditimbulkan disebabkan oleh fitnah dan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dimainkan oleh pembangkang khususnya DAP. Musuh politik utama MCA adalah DAP. DAP telah berjaya mengelirukan minda pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina tentang peranan MCA. DAP juga telah berjaya menanamkan konsep bahawa “MCA Tidak Tolong Kaum Cina, MCA Cuma Tolong UMNO”.

Gambaran negatif yang diberikan tentang MCA oleh DAP kepada pengundi bukan Melayu perlu ditangani dengan serius. Ia menjurus kepada imej, maruah, peranan dan tanggung jawab MCA sendiri. Jangan biarkan para pemimpin setiap sayap MCA, ‘terikut-ikut dan menari bersama’ alunan musik DAP hanya kerana mahu mendapatkan semula kepercayaan pengundi bukan Melayu kepada MCA. Jangan sampai MCA dilihat ‘tidak bersama’ parti komponen BN yang lain. Kalau dilihat secara bijak, inilah yang DAP mahukan. Mereka mahu hancurkan kepercayaan pengundi bukan Melayu kepada MCA. Kalau itu yang diikutkan, maka ia telah memberikan kemenangan moral bagi DAP. Penulis yakin bahawa kepimpinan MCA sedar akan perkara ini.

Seperkara lagi yang penulis rasa perlu dilakukan oleh beliau adalah menukar pendekatan kempen mereka yang selama ini hanya tertumpu kepada majlis makan malam sahaja. Kebiasaan ini boleh diteruskan namun adalah lebih baik sekiranya jentera MCA turun berjumpa terus pengundi seperti yang dilakukan oleh UMNO. Pada pandangan penulis, dalam PRK mahupun PRU mendatang,  MCA perlu menyusun aturkan program-program kempen mereka sendiri untuk bersama pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Cina.

Adalah lebih baik pada PRU atau PRK depan sekiranya semasa turun berjumpa pengundi, jentera parti-parti komponen BN pergi bersama-sama. Kekuatan ini akan dilihat secara langsung oleh pengundi. Selain itu, penerangan-penerangan mengenai isu semasa dan dasar dan kepimpinan kerajaan BN perlu dilakukan sepanjang masa. Penulis yakin hal ini telah sedang dan akan dilaksanakan oleh MCA. Namun ia perlu dilakukan dengan lebih agersif dan menjurus kepada sasaran mereka iaitu pengundi bukan Melayu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: