Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

UNDI CINA BUKAN UNTUK BN LAGI?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 27 April 2010

Oleh: Kawan Lama

PRK Parlimen Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Gantang dan terbaru Hulu Selangor dan beberapa PRK bagi kerusi DUN banyak memperlihatkan perubahan terhadap pola pengundian kaum Cina sejak daripada PRU 12 lalu. Apakah ini merupakan suatu dimensi baru dalam pola pengundian di Malaysia? Mengapa perubahan ini berlaku? Ianya masih lagi menjadi tanda tanya. Namun tidak dapat dinafikan bahawa peluang dan ruang yang diberikan selepas PRU 11 dan PRU 12 lalu menjadi titik tolak kepada perubahan ini. Ditambah pula dengan perpecahan di kalangan orang Melayu itu sendiri.

Mahu tidak mahu, kita mesti menerima kenyataan ini bahawa undi Cina bukan lagi untuk BN kerana BN dilihat sebagai sebuah parti yang ditunjangi oleh UMNO. Dua parti utama orang Melayu, UMNO dan PAS diadu-dombakan agar tidak boleh bersatu padu atau bekerjasama. Tambahan pula, parti kedua terbesar bagi orang Melayu iaitu, PAS kini telah bersekongkol dengan parti Chinese Chauvinist DAP di bawah paying pakatan pembangkang, kini telah boleh dicucuk hidung bagi menurut kehendak DAP. Penyokong fanatik PAS sanggup memberikan undi kepada Lim Kit Siang dan anaknya, Karpal Singh dan anaknya yang secara terang-terangan menentang matlamat PAS dalam menegakkan hukum Islam di Malaysia

Bagi parti komponen BN khususnya MCA dan Gerakan (mewakili masyarakat Cina) dan MIC dan PPP (mewakili kaum India) pula menerima kritikan dan kutukan hanya kerana dilihat tidak memperjuangkan hak kaum masing-masing. Justeru itu, dalam PRU 12 lalu, undi kaum bukan Melayu diberikan kepada parti-parti pembangkang khususnya DAP dan PKR dan sedikit kepada PAS. Apa yang uniknya dalam PRU 12 ini adalah undi orang PAS diberikan kepada calon bukan Melayu dalam PKR dan DAP.

Pengundi di PRK P094 Hulu Selangor telahpun memilih wakil rakyat mereka pada 25 April 2010 yang lalu. P.Kamalanathan daripada BN menewaskan ayam tambatan dan calon popular Dato Zaid Ibrahim dengan kelebihan undi sebanyak 1,725 undi. Pertambahan undi yang diterima BN boleh dibanggakan. Gelombang peralihan sokongan rakyat kepada BN telah bermula. Kemenangan BN di Hulu Selangor ini bukan sahaja kejayaan merampas kerusi Parlimen di negeri yang di perintah pihak pakatan pembangkang malahan ia juga telah menerbus ‘kehilangan’ kerusi Parlimen BN di Kuala Terengganu.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah pola pengundian mengikut kaum dalam PRK-PRK termasuklah PRK Hulu Selangor. Bermula dengan PRK Kuala Terengganu, diikuti dengan Permatang Pauh, pola pengundian mengikut kaum ini tidak begitu terserlah kerana kita lebih tertumpu kepada isu-isu untuk memenangkan calon dan persoalan krisis dalaman parti-parti komponen masing-masing.

Berbeza dengan PRK sebelum ini, keputusan PRK Hulu Selangir ini jelas menjuruskan kita kepada pola pengundian mengikut kaum khususnya pengundi Cina. BN menang dengan mendapat majoriti undian daripada pengundi Melayu dan sebahagiannya kaum India. Undi daripada kaum Cina tidak memihak kepada BN malahan menurun dengan jumlah yang agak besar. Berdasarkan maklumat awal keputusan PRK tersebut, mereka secara terang-terangan menolak BN. Apa sudah jadi dengan kaum Cina ini? Mengapa mereka bertindak demikian?

Setelah berjaya dalam menafikan 2/3 BN dan menguasai 5 negeri, pakatan pembangkang khususnya DAP lebih lancang dan berani membuat perubahan-perubahan yang membelakangi Perlembagaan Persekutuan. Mereka sudah berani mempersoalkan Raja-Raja Melayu dan agama Islam. Isu penggunaan kalimah Allah dan kuasa mutlak DYMM Sultan Perak menjadi bahan jajaan dan hinaan mereka. Kedua-dua perkara ini dibawa ke mahkamah. Ini satu penghinaan.

Kaum Cina telah mula mendapat banyak kelabaan dengan penguasaan pakatan rakyat di negeri-negeri yang dimenangi pakatan pembangkang. Walaupun DAP hanya berjaya mengemudi Pulau Pinang, namun mereka merupakan kuasa dibelakang tabir dalam menentukan dasar mereka dilaksanakan di negeri-negeri yang di kepalai oleh rakan pakatan mereka PKR di Seklangor, PAS di Kedah. Di Perak misalnya, mereka pastikan kaum Cina mendapat tanah beribu-ribu hektar. Di Pulau Pinang mereka diberikan keutamaan dalam soal dan urusan perniagaan. Sekolah-sekolah Cina mendapat peruntukkan jutaan ringgit walaupun PIBG mereka terdiri daripada golongan hartawan sebagai penyumbang terbesar. Ini tidak termasuk perkara-perkara lain seperti nama jalan, papan iklan dan informasi yang ditulis dalam Bahasa Malaysia kini ditambah dengan bahasa Cina, Tamil dan Bahasa Inggeris..

Pada pandangan penulis, kesetiaan pengundi Cina kepada BN boleh dipersoalkan? Penulis masih ingat lawatan dua tokoh besar dalam MCA iaitu mantan Presiden MCA, YB Dato Seri Ong Tee Keat dan diikuti oleh Presiden baru MCA, YB Dato Seri Chua Soi Lek ke Hulu Selangor sebelum PRK berlangsung. Presiden baru MCA ini menyatakan bahawa seramai 8,000 ahli MCA akan memberikan undi mereka kepada calon BN. Penulis yakin bahawa undian kaum CIna dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini jauh pun daripada angka tersebut

Apa pula terjadi dengan pengaruh MCA terhadap non partisan Chinese? Bagaimana mereka boleh berubah hala? Apa dan siapa yang mempengaruhi mereka untuk tidak lagi mengundi calon BN walaupun yang bertanding itu di kalangan kaum mereka atau kaum India?

DAP mula mengorak langkah bagi menegakkan apa yang dikatakan Ketuanan Cina. Sama ada perkara ini benar atau tidak, yang jelas apabila mereka mempersoalkan Ketuanan Melayu, apa lagi yang mahu mereka tegakkan selain daripada Ketuanan mereka sendiri. Umum tahu bahawa DAP merupakan sebuah parti Chinese chauvinist akan sentiasa memperjuagkan Ketuanan Cina sejak dari tertubuhnya parti mereka.

Penulis yakin, kesemua perkara di atas berlaku adalah kerana bangsa Melayu dilihat lemah kini. Lemahnya mereka kerana kurang kesedaran terhadap perlunya mereka bersatu dalam menjaga hak dan kepentingan mereka yang terkandung dalam Perlembagaan. Lemahnya mereka adalah kerana mereka tidak mendekati agama Islam dengan baiknya. Bak kata Tun Mahathir bahawa Melayu Mudah Lupa. Melayu lupa apabila mereka dahulu diberikan bantuan oleh kepimpinan negara yang diterajui BN dan UMNO, Dasar Pendidikan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah meletakkan mereka pada tempat dan kedudukan mereka hari ini. Kesemua ini mahu dihapuskan dan mahu digantikan dasar Middle Malaysia DAP yang dahulunya dikenali sebagai Malaysian Malaysia. Mereka juga lupa bahawa kepimpinan dan keutuhan agama, bangsa dan Negara bukan terletak kepada ketaksuban kepada seseorang pemimpin.

Tulisan penulis bukan berniat untuk menimbulkan rasa kurang senang kepada kaum-kaum lain. Kita selama ini bersama-sama hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Kita selesa dan dapat memakmurkan serta menyuburkan ekonomi negara. Kita dapat bekerjasama dengan semangat perpaduan. Namun disebabkan oleh segelintir mereka yang gilakan kuasa dan kedudukan, maka mereka alpa dan mudah ditipu. Jangan tergadai maruah. Jangan sampai tergadainya perpaduan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: