BN KEMBALI MENEGAKKAN PANJI-PANJI DI HULU SELANGOR
Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 April 2010
Oleh:- Anggerik Desa
Sejak berakhirnya pilihan raya P094- Hulu Selangor, apa yang kita semua ketahui Barisan Nasional (BN) telah menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor buat kali kedua berikutan kejayaan calonnya, P. Kamalanathan yang memperoleh 24,997 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 23,272 undi pada pilihan raya kecil kawasan Hulu Selangor
Seramai 49,000 atau 76 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu
Berdasarkan kepada keseluruhan undi yang diterima daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada di bawah Parlimen Hulu Selangor, dua daripadanya dimenangi oleh BN di DUN Hulu Bernam dan Batang Kali manakala satu lagi dimenangi oleh PKR di Kuala Kubu Bahru
Faktor utama kejayaan BN ialah hasrat pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor untuk memberi peluang kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan transformasi negara dan percaya gagasan 1Malaysia mampu membela nasib mereka
Walaupun beberapa serangan peribadi yang tidak munasabah dilakukan ke atas beliau oleh pembangkang, namun Kamalanathan tidak tergugat, beliau berjaya menemui hampir 60,000 pengundi dalam tempoh lapan hari kempen berjalan
Berbanding dengan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jentera BN di Hulu Selangor yang diketuai oleh Noh ternyata bekerja bersungguh-sungguh sehinggakan di seluruh kawasan Parlimen itu malahan mereka juga mengadakan kempen rumah ke rumah sehingga memberikan kesan kepada pengundi-pengundi untuk menyebelahi BN
Kini BN kembali menegakkan panji-panji di Hulu Selangor manakala bagi parti pembangkang pula, sudah pasti selepas ini pelbagai tuduhan akan dilemparkan berikutan kejayaan BN. Apa pun rakyat sudah membuat keputusan, maka hormatilah keputusan itu dengan adil
Tinggalkan Jawapan