Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Percubaan Menjawab Fitnah Antara Najib Dan Anwar

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 19 Januari 2008

oleh: Sang Tempur

Terdapat perbezaan dari segi kata-kata dalam menepis sebarang fitnah terhadap kedua-dua tokoh ini untuk dinilai kebenaran mereka.

Pada 22 April 2007 sempena Pilihan Raya Kecil DUN Ijok, Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersumpah “dengan nama Allah” bahawa beliau TIDAK mempunyai sebarang kaitan dengan model Mongolia bernama Altantuya Shariibu yang ditemui kes kematiannya pada 20 Oktober 2006.

Sumpah ini telah dibuat di khalayak ramai ketika menyampaikan ucapan dalam Program Najwa Perdana Dan Penyerahan Waran Bantuan kepada masjid, surau dan Sekolah Rendah Agama di Kampung Seri Jasa, Ijok.

Berbeza pula jawapan yang diberikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ketika menjawab pertanyaan berhubung skandal (seks?) beliau sepertimana telah dipaparkan dalam blognya bertajuk “Jangan Selindung Sebalik Fitnah” pada 7 Januari yang lalu. Berikut adalah petikan dari blog beliau:

[Pengunjung bertanya] 

usop menanyakan:

saya ingin bertanya berkaitan satu video yang saya jumpai di laman web, mngatakan hubungan sex antara dsai dengan seorang wanita. turut disertakan perbualan video antara dsai dan wanita tersebut. video ini sbg counter kpd dsai berkaiatan video dr chua. adakah perbualan telefon tersebut benar? jika tidak, mengapaa dr anwar tidak mengambil tindakan terhadap wanita tersebut?

[DSAI menjawab]

Sdr Usop,

Saya dengar kisah tersebut 10 tahun lalu. Tidak ada pertuduhan dan dakwaan terhadap saya. Fitnah seperti ini dilancarkan oleh tokoh Umno dengan biaya tauke besar judi.

Tidak munasabah dikaitkan fitnah perbualan talipon dgn video skandal seks Menteri BN!

Fitnah seperti ini dimuatkan dalam buku 50 Dalil dan Hakim Hishamuddin telah memutuskannya sebagai fitnah yang melibatkan pemimpin Umno. Walhasil? Kes tutup!

Nasihat saya kepada mereka yang menyebarkan: jawab isu, ketengahkan fakta, dan jangan sembunyi di sebalik fitnah.

ANWAR IBRAHIM

Najib dilihat cukup tegas dan berani untuk menyatakan pendiriannya sekaligus menangkis fitnah yang dilemparkan terhadapnya manakala DSAI masih berdolak-dalih dan terpusing-pusing dalam menjawab tuduhan. 

Menganalisa jawapan yang diberikan DSAI, tiada kata-kata berbentuk penafian yang menyatakan dan menegaskan bahawa diri beliau TIDAK melakukannya atau BUKANLAH watak yang dimaksudkan dalam klip video tersebut.

Apa yang termampu DSAI lakukan hanya menggunakan hujah hakim, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang pernah membebaskan 2 aktivis reformasi, Abd Ghani Haron dan N. Gobalakrisnan yang ditahan di bawah ISA pada tahun 2001 termasuklah memenangkan kes saman Abdul Malek Hussin, Pengerusi Malaysian For Free and Fair Elections (MAFREL) berjumlah RM2.5 juta pada 18 Oktober 2007 yang lalu. Maka, sudah tentulah hakim ini juga akan menyebelahi beliau.

Mengambil kembali kata-kata terakhir DSAI dalam jawapannya di atas, nasihat kita kepadanya, jawab isu dengan terang lagi jelas, sanggah fakta dengan bukti yang kukuh dan meyakinkan serta jangan berselindung di sebalik kebenaran. 

2 Respons to “Percubaan Menjawab Fitnah Antara Najib Dan Anwar”

  1. ND Lalak said

    walau apa pun kenapa isteri razak baginda menyebut bahawa suami beliau ( razak baginda ) tidak mahu jadi tpm??

  2. HARITH said

    anwar ibrahim dari dahulu memang handal bercakap…..sibuk benar dengan kisah orang,fitnah datuk najib,hishamuddin,mahathir lah tapi dia tidak pernah terfikir di mana sumpah yang menafikan kes salah LIWAT nya….NAJIB bersumpah,bukan beliau melakukan dan tidak terlibat dgn wanita Monggolia..

    Tapi Anwar???

    Takut ditimpa MUSIBAH sakit pinggang lagi?Itu ALLAH yg ESA bayar cash kt dunia

    WAHAI NAJIB…..BERJUANGLAH untuk MELAYU…

    TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA…..UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA

    KETOKOHAN DIRIMU UMPAMA DR MAHATHIR…..

Tinggalkan komen