Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Sejauhmana Keutuhan Pakatan Pembangkang Dalam PRU Ke-12

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 17 Januari 2008

Oleh: Salza Hedra

Intipati strategi pembangkang untuk menjatuhkan atau setidak-tidaknya menafikan 2/3 majoriti parti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 adalah melalui pakatan mereka dalam komponen Barisan Alternatif (BA) yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR.

Kesungguhan dalam memperlihatkan permuafakatan ini ditunjukkan melalui satu suara, satu semangat dan satu azam dalam mengenengahkan apa-apa isu berhubung apa yang didakwa mereka sebagai kezaliman BN. Di samping itu, semangat ini juga dapat dilihat melalui demonstrasi-demonstrasi jalanan yang telah dianjurkan bersama rakan-rakan NGO seperti BERSIH, Majlis Peguam, HINDRAF dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Bukan itu sahaja, BA dalam memastikan kemenangan juga telah bersepakat untuk menggunakan pendekatan satu lawan satu menentang BN. Bagi merealisasikan misi ini, pembahagian kerusi yang dipertandingkan lebih berdasarkan kepada kekuatan mereka di kawasan-kawasan yang dipercayai akan memberikan kemenangan kepada calon-calon mereka.

Seingat penulis, pendekatan ini bukan merupakan sesuatu yang baru. Pada tahun 1990, pakatan barisan pembangkang yang terdiri dari parti Semangat 46 dan PAS sedikit sebanyak telah menghasilkan kelabaan kepada PAS yang akhirnya dapat memerintah Kelantan sehinggalah ke hari ini. Pakatan ini telah berjaya menurunkan 2.4% kemenangan BN berbanding PRU sebelumnya. Walaupun masih mengekalkan 2/3 majoriti, BN cuma memenangi 127 (70.5%) daripada 180 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

DAP yang pada mulanya enggan bergabung dalam pakatan ini mula melihat perkembangan ini secara positif. Akhirnya DAP  sedikit demi sedikit memperlihatkan kesediaan untuk bersama-sama dalam pakatan pembangkang pada PRU Ke-9 pada tahun 1995. Walaubagaimana pun, pakatan ini tetap gagal dalam membuahkan hasil yang diharap-harapkan.

Namun demikian, dalam PRU Ke-10 pada tahun 1999, pakatan pembangkang menjadi lebih utuh dengan kehadiran Parti KeADILan Nasional (KeADILan) yang ditubuhkan semata-mata untuk membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dari penjara. DAP secara terang-terangan telah bergabung dalam pakatan ini yang akhirnya dinamakan pakatan pembangkang mereka sebagai Barisan Alternatif (BA).

Sekali lagi pakatan ini berjaya menguntungkan PAS apabila negeri Terengganu pula dapat ditawan dan buat pertama kalinya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen menggantikan DAP. Lebih teruk lagi, DAP yang mendapat 10 kerusi telah menyaksikan Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kawasan masing-masing manakala KeADILan pula memenangi lima kerusi. Kerajaan BN pada ketika itu telah memenangi 148 kerusi, jatuh 8.6% daripada jumlah yang dimenangi mereka dalam tahun 1995.

DAP mula sedar bahawa pakatan yang dibuat bersama PAS dan PKR pada PRU Ke-10 hanya merudumkan undi popular mereka. Lalu mereka pun memutuskan untuk tidak lagi bergabung di bawah BA dalam PRU Ke-11 pada tahun 2004 yang lalu. Walaupun BN berjaya memperlihatkan peningkatan undi popular sebanyak 63.9% (198 kerusi), DAP pula telah berjaya menambah 2 kerusi parlimen lagi menjadikan jumlahnya 12 kesemuanya.

Namun apa yang lebih penting lagi, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi mereka telah berjaya memenangi kerusi parlimen masing-masing dan peranan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dipegang kembali oleh DAP. Ia sudah memadai bagi DAP kerana maruah parti berjaya ditebus. Berbeza pula dengan PAS dan PKR, PRU Ke-11 merupakan satu malapetaka kerana perjuangan mereka rupanya ditolak oleh rakyat. Undian protes terhadap kerajaan dan BN yang diberikan rakyat kepada mereka dalam PRU Ke-10 telah kembali menyokong BN.

Jika dihalusi keputusan kesemua pilihan raya umum di atas, penulis melihat dua perkara utama perlu diperhatikan. Pertamanya, undi protes begitu jelas kelihatan semasa PRU Ke-8 dan Ke-10. Ianya berlaku kepada DAP dan BN. PRU Ke-10 menyaksikan DAP tewas termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi mereka manakala jawatan Ketua Pembangkang beralih tangan kepada PAS

BN pula mengalami kemerosotan undi sehingga 2.4% (1990) dan 8.6% (1999). Dalam PRU Ke-10, UMNO kehilangan 17 kerusi manakala MCA 2 kerusi. Faktor utama yang mendorong keadaan ini adalah berkaitan dengan masalah dalaman parti berhubung isu perpecahan dalam UMNO dan keretakan dalam MCA. Apabila parti berpecah atau semangat berpuak-puak berlaku dalam parti, maka akan wujudlah undi protes.

Apakah jumlah undi protes akan meningkat pada PRU Ke-12 nanti? Dengan pelbagai masalah dan krisis dalaman hari ini yang melibatkan parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP termasuklah UMNO, adakah kemungkinan peratus undi protes akan bertambah kepada 2 atau 3 kali ganda daripada sebelumnya?

Keduanya tentang persoalan pakatan di kalangan parti-parti pembangkang dalam BA. Pakatan BA dilihat seperti tidak wujud dalam konteks dan ertikata yang sebenar. Mungkin apa yang ada hanyalah sebentuk kerjasama untuk memastikan kerajaan yang diterajui BN dapat ditumbangkan. Tidak dinafikan, PAS, DAP dan PKR mempunyai matlamat perjuangan dan mimpi yang selama-lamanya tetap berbeza.

Kerjasama yang wujud di kalangan parti-parti pembangkang juga bukanlah dalam konteks total tetapi sebagai unit-unit parti secara berasingan. Dengan lain perkataan, apa sahaja bentuk kerjasama yang akan menguntungkan parti mereka dan bukannya parti-parti komponen yang lain dalam BA.

Sebab itulah kita dapati apabila berlakunya demonstrasi jalanan, barisan pimpinan parti masing-masing terpaksa turun untuk bersama ahli-ahli parti berdemonstrasi. Tujuannya mungkin sama iaitu untuk memperlihatkan, khususnya kepada dunia luar bahawa kerajaan tidak adil, lemah, zalim dan perlu ditukar. Namun matlamatnya adalah berbeza iaitu untuk memastikan parti masing-masing dapat dilihat sebagai sebuah parti yang layak untuk memerintah negara.

Begitu juga pada 26 November 2007 apabila dua pemimpin BA, DSAI dan Lim Kit Siang berlumba-lumba untuk turut kelihatan di Mahkamah Sesyen Dan Majistret Klang ketika tiga pemimpin utama HINDRAF, P. Uthayakumar, P. Waytha Moorthy dan V.S. Ganapathi Rao dilepaskan tanpa dibebaskan oleh mahkamah setelah ditahan pada 23 November lalu di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1969). Niat masing-masing hanya untuk dilihat bahawa parti merekalah yang lebih dulu menjuarai isu-isu berhubung kaum India.

Sebelum PRU Ke-12 ini,  bagaimana agaknya pembahagian kerusi bagi setiap parti komponen dalam BA? Sejauhmana adilnya pembahagian tersebut? Adakah PAS 50%, manakala baki 50% dibahagi antara PKR dan DAP atau PKR 50% dan selebihnya PAS dan DAP? Atau PAS 34%, DAP 33% dan PKR 33%?

Pelbagai pertanyaan bermain di minda penulis, khususnya apakah akan berlaku kemudiannya sekiranya mereka memenangi 2/3 kerusi majoriti dalam PRU Ke-12 kelak.

Sudah tentulah parti yang memenangi kerusi Parlimen terbanyak akan menentukan siapa yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia. Manakala calon Timbalan Perdana Menteri sudah tentulah dari parti yang meraih jumlah kerusi Parlimen ke-2 terbanyak.

Apakah akan berlaku sekiranya ramai calon PAS atau DAP atau PKR yang menang di kalangan mereka? Ahli Parlimen dari parti manakah yang akan menerajui Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar?

Apakah pula bentuk Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Persekutuan yang hendak digunapakai? Apa yang pasti dan memang akan berlaku ialah penggubalan Perlembagaan Negara berhubung hak-hak istimewa orang-orang Melayu?  Kerana inilah sebenarnya perjuangan kaum bukan Melayu dalam parti pembangkang!

Apa pula akan jadi dengan bantuan dan subsidi yang selama ini dinikmati oleh rakyat Malaysia? Berapa lama pula isu ini akan diselesaikan? Bolehkah isu seperti ini diselesaikan?

2 Respons to “Sejauhmana Keutuhan Pakatan Pembangkang Dalam PRU Ke-12”

  1. Nik Kaut said

    PAS DAYUS,TIDAK ISLAM,DUNGGU,BEBAL.
    Tidak pernah saya lihat manusia yang hatinya sekeras kaum PAS,hati mereka penuh kejumudan,kebencian,fitnah,jahat,hitam serta maha kotor terhadap rakan seagama,perasaan riak begitu menebal di hati umpama lumut-lumut di batu hitam ianya sangat sukar untuk dibersihkan hatta diturunkan seorang nabi selepas nabi Muhammad (S.A.W)ianya pasti ditolak oleh kaum PAS atas dasar yang sama (tidak selari dengan perjuangan PAS) Rakan saudara islam dipersenda dan dipertikaikan keislaman mereka manakala kaum lain yang terang-terangan menolak poembentukan negara islam (DAP) dipuja dan disanjung, bahkan segala perlakuan mereka direstui dan diiakan, dimanakah kealiman.ilmu,kewarasan serta kebijaksanaan ustaz-ustaz,tuan-guru,mursyidul-mursyidul serta cendikiawan PAS yang begitu gah pada masa dahulu memperkatakan perjuangan islam serta meletakan Islam di hadapan dan dijunjung ke tempat yang maha mulia,mana dia. Ustaz PAS,tuan guru PAS serta Mussyidul Pas kini maha dayus,tarlampau takut kehilangan kuasa dan pengaruh maka DAP yang terang-terangan menyanggah perjuangan islam dianggap saudara seagama dan layak untuk dijadikan sahabat dunia dan akhirat,terus terang saya katakan perjuangan pemimpin PAS hanyalah sekadar perjuangan untuk perut,untuk harta,untuk jawatan,dan untuk mengaut segala peluang dan ruang yang ada untuk kesenangan diri sambil memijak dan memperalatkan insan bawahan yang tidak tahu apa-apa,wahai orang suruhan dan bawahan PAS bertakbir lah kamu sampai suara mu ke langit dan taksublah kamu dengan sebenar-benar taksub dengan PAS percayalah nasib kamu tidak ke mana-mana hanya pemimpin PAS yang semakin kekenyangan di kerusi empuk sedangkan kamu tidak mendapat apa-apa, apatah lagi syurga yang dijanjikan mereka,percayalah perjuangan kamu adalah sia-sia dan membuang masa dan hanya akan menambah dosa, ingatlah PAS adalah parti yang menganjurkan perpecahan ummah,parti yang penuh api kebencian,parti yang penuh fitnah, parti yang penuh cacian,parti yang penuh menggelirukan serta berbagai- bagai lagi.Lemparkan jauh jauh Islam itu PAS dan PAS itu Islam, campakkan jauh jauh slogan membangun bersama islam yang pada bunyi amat indah tetapi kalau dikaji dengan mata hati dan kewarasan ianya tidak lebih dari sebuah slogan dan retorik dan hanya orang yang buta mata hati dan akal yang akan meneruskan perjuangan yang sia-sia ini…….fikirkan lah dengan mata hati,dan renunglah dengan sedikit keimanan nescaya kamu akan dapat jawapannya.

  2. Batu Nesan said

    PAS PARTI ISLAM KE ?

    Wahai kaum-kaum PAS lupakanlah perjuangan mu yang sia-sia itu kerana ianya tidak mendapat apa-apa di sisi Allah bahkan mandatangkan dosa dan musibah kepada sekelian umat islam khususnya di Malaysia.Renunglah parti anda yang suci inilah yang pernah dan akan terus mengkafir,menghakimi serta mempertikai keislaman orang lain gara-gara tuan guru anda yang amat mencintai kedudukan,kuasa serta kemewahan diri melebehi kecintaan kepada agama itu sendiri,persaudaraan islam tiada langsung dalam kamus hidup mereka bahkan ianya tidak pernah bernilai walaupun dengan sebelah sayap nyamuk sekalipun,persaudaraan islam dipersendakan dengan sedemikian rupa,penghinaan,fitnah,api-api kebencian dimarakkan dengan gah,taksub dan takbur sahingga membakar hati dan nurani seluruh insan muslim. Percayalah kita semua adalah bersaudara dan tiada bezanya ketepikan ideologi politik anda yang sempit dan maha jumud itu dan kembalilah kepada ajaran islam yang sebenar yang meletakkan ukhwah itu di tempat yang paling tinggi,percayalah segala perpecahan ini adalah angkara insan-insan yang amat berkepentingan dan ingin meneruskan kelangsungan politik dan kesenangan peribadi melebehi segalanya-galanya,percayalah anda telah diperalatkan dan telah didodoikan dengan alunan zikir politik yang maha menggelirukan dan ditanam dengan semangat juang islam yang tidak bertepatan dengan ajaran islam sebenar,percayalah takbir anda di pentas-pentas ceramah itu adalah sia-sia dan tidak akan mampu untuk mengubah apa-apa hatta untuk diri anda mahupun untuk masa depan orang melayu dan islam,malah ianya akan memperkuatkan lagi cengkaman sipelahap kuasa untuk terus berdiri megah ditakhta sambil menikmati segala kesenangan duniawi atas karpet islam, percayalah sudah terlampau lama PAS ingin melaksanakan pemerintahan islam tetapi sejauh manakah ianya telah terlaksana cuba renung dan fikirkan dengan mata hati dan nurani muslim tentu anda akan jumpa noktahnya. Berkata benarlah walaupun ianya amat pahit, usahlah terlampau mengikut kata hati kelak binasa iman,dan usahlah terlalu membenci insan lain disebabkan wujudnya perbezaan ideologi dan halatuju kerana mungkin insan yang anda paling benci itulah yang paling banyak berjasa untuk umat dan bangsa.
    Percayalah kita tidak mmempunyai masa lagi untuk bercakaran atas perkara yang remeh-temah,sesungguhnya bangsa kita umpama telur di hujung tanduk atau umpama sekumpulan kambing yang berada di tengah-tengah kawanan sang serigala,bila-bila masa saja kita akan diratah dan dilahap,percayalah hanya dengan perpaduan kita akan selamat di dunia dan akhirat………..Amin..amin.

Tinggalkan komen