Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for the ‘Perundangan’ Category

Apabila Rukun Negara Tidak Dihayati

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 13 Disember 2007

Oleh : Salza Hedra

Ekoran dari rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, lantas Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk memastikan keamanan negara terus terpelihara. MAGERAN kemudiannya telah mewujudkan Majlis Perundingan Negara bagi membincangkan Strategi Perpaduan Nasional. Pada tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos 1970 maka ideologi negara iaitu Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

Boneka-Boneka Kuning Meresahkan Rakyat

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 31 Oktober 2007

oleh: Sang Tempur

‘Revolusi Kuning’ dan ‘Gelombang Kuning’ adalah antara istilah yang digunapakai dalam merujuk kepada satu demonstrasi di Dataran Merdeka pada 10 November akan datang yang kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih telus di negara ini. Demonstasi yang meniru gaya dan budaya kuning Barat, ‘Orange Revolution’ di Ukraine ini diberitakan semakin meresahkan rakyat apabila dikhuatiri boleh mengundang tragedi Batu Buruk berulang kembali.

Demonstrasi ini diadakan hasil persetujuan yang telah dicapai oleh parti-parti politik pembangkang dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mendukungi mereka ketika pihak BERSIH menganjurkan Konvensyen rakyat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur pada Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

Pengkhianat Negara Menang RM2.5 Juta

Posted by Sahabat MANTAP di Ahad, 28 Oktober 2007

oleh: Sang Tempur

Abdul Malek HussinAbdul Malek Hussin, 51 telah terlibat dengan gerakan reformasi sejak 4 September 1998 lagi sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. 5 hari selepas Anwar ditangkap pula, beliau secara jelas telah mengetuai satu demonstrasi di Masjid Negara sebaik sahaja selepas bersembahyang Jumaat pada 25 September 1998 bagi menuntut pembebasan Anwar serta peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Bagaimana Hakim boleh mengatakan bahawa penglibatan Malek dalam perhimpunan haram ini sebagai dakwaan kosong? Atas persaksian apa yang digunapakai dalam membicarakan kes ini? Apakah cukup dengan hanya bersaksikan kata-kata plaintif (Malek)?

Ekoran dari demonstrasi itu, Malek mula ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen 73 (1), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 oleh sepasukan polis dari cawangan khas yang diketuai oleh ASP Borhan Daud di pintu pagar rumahnya di Ampang antara Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Semasa, Perundangan, Politik | 11 Comments »

Petisyen RPK – Untuk Rakyat Atau Agenda Peribadi

Posted by Sahabat MANTAP di Ahad, 7 Oktober 2007

Oleh : Sang Tempur

Pengarang MalaysiaToday
Raja Petra Raja Kamarudin

Bulan September 2007 menyaksikan Raja Petra Raja Kamarudin (RPK) melalui laman webnya malaysia-today.net telah menganjurkan satu Petisyen Rakyat untuk dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong. Petisyen tersebut yang didakwanya telah mengumpul sebanyak 12,000 tandatangan secara ‘online’ telah dirangka selepas daripada kejadian rusuhan di Batu Buruk, Terengganu pada 8 September 2007 yang lalu.

Walaubagaimana pun, petisyen ini tetap dilihat sebagai salah satu strategi bagi menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan-rakan beliau dalam parti pembangkang terhadap kejadian rusuhan yang amat memalukan agama dan bangsa itu. Dari segi lain, petisyen ini hanyalah untuk melangsaikan dendam kesumatnya selepas ditahan di bawah Seksyen 73(1), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pada 11 April 2001. Ditambah lagi apabila laporan polis dibuat terhadapnya pada 23 Julai yang lalu ekoran daripada terbitnya sebuah artikel pada 11 Julai dalam laman webnya yang didakwa sebagai menghina Yang DiPertuan Agong, mengaibkan agama Islam dan melaga-lagakan kaum.

Dalam menyanjung RPK sebagai seorang ‘blogger’ yang bijak dan tajam analisisnya, rupanya tahap mindanya tidak ubah seperti ‘blogger’ dari kalangan parti pembangkang yang lain apabila mempunyai pemikiran berpilih dan minda yang Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

Panel Khas Mulakan Siasatan

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 5 Oktober 2007

Oleh : Jebat Pembela

Semalam bertarikh 3 Oktober 2007, Panel Khas yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat kesahihan klip video yang didakwa sebagai peguam V. K. Lingam sedang berbual melalui telefon berhubung urusan pelantikan hakim telah mengadakan mesyuarat pertamanya di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Mesyuarat itu telah dipergerusikan oleh Tan Sri Haidar Mohamed Noor dan dihadiri oleh ahli-ahli Panel Khas yang lain iaitu Datuk Mahadev Shankar dan Tan Sri Lee Lam Thye.

Melalui mesyuarat ini, Pengerusi Panel Khas ini telah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau bukti berhubung rakaman klip video tersebut agar tampil membantu siasatan. Bantuan orang ramai amat diharapkan agar penyiasatan yang dilakukan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan efisien. Panel khas ini telah diberikan masa untuk menyelesaikan siasatannya dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pelantikannya. Tan Sri Haidar berkata, Baca baki entri ini »

Posted in Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

Perlembagaan Persekutuan – Hak Yang Perlu Diketahui

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 25 Julai 2007

Oleh: Jebat Pembela 

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan yang mengandungi 181 perkara ini adalah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957 dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan antara lain menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang Di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, mewujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan lain-lain. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Untuk meminda perlembagaan, Baca baki entri ini »

Posted in Perundangan | 8 Comments »