Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for the ‘Pelbagai & Lain-lain’ Category

LANGKAH TERDESAK DSAI

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 5 Mei 2010

Oleh: Kawan lama

Segala perancangan dan tindakan DSAI akhir-akhir ini memperlihatkan beliau benar-benar tertekan akibat kes sodomi II beliau yang menurut khabar angin yang kencang bahawa beliau akan ‘sangkut’ Ramai di kalangan pemerhati politik percaya DSAI kali ini benar-benar takut kerana beliau sedar bahawa zaman kegemilangan politik beliau akan hancur dalam masa terdekat ini. Lantaran itu beliau menggunakan strategi menangguhkan kes perbicaraan sodomi II beliau sehingga saat PRU 13 kelak. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

TAK BERI UNDI TAPI DAPAT RM3 JUTA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 April 2010

Oleh: Kawan Lama

Pemberian RM3 juta bagi sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina Rasa, Hulu Selangor oleh YAB DS Najib Tun Tun Razak baru-baru ini menjadi tanda tanya kepada ramai khususnya di kalangan pemerhati politik termasuklah pengundi Melayu dan India di Hulu Selangor. Berdasarkan keputusan undi di kawasan tersebut, pengundi Cina di sana menolak BN. BN kalah lebih kurang 1,000 undi di kawasan peti undi tersebut. Jadi apakah signifikannya sekolah tersebut diberikan bantuan sedemikian banyak? Apakah mereka ini lebih istimewa berbanding dengan penduduk dari kaum lain yang mungkin dilihat tidak memerlukannya? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

MCA DAN MASALAH UNDI CINA KEPADA BN

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 28 April 2010

Oleh: Kawan Lama

Baru semalam sahaja penulis mengeluarkan artikel yang bertajuk “Undi Cina Bukan Untuk BN lagi”, hari ini di dada akhbar Utusan Malaysia, terdapat dua kenyataan yang dikeluarkan oleh dua tokoh utama negara iaitu, Presiden MCA sendiri, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyalahkan PERKASA sebagai penyebab undi kaum Cina tidak memihak kepada BN dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Manakala seorang lagi tokoh ternama adalah Prof Emiretus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang menyatakan bahawa MCA dan Gerakan perlu bertindak untuk memulihkan keadaan sedemikian. Kedua-dua kenyataan ini menarik perhatian penulis untuk menulis artikel ini dan berkongsi pandangan dengan pembaca. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

UNDI CINA BUKAN UNTUK BN LAGI?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 27 April 2010

Oleh: Kawan Lama

PRK Parlimen Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Gantang dan terbaru Hulu Selangor dan beberapa PRK bagi kerusi DUN banyak memperlihatkan perubahan terhadap pola pengundian kaum Cina sejak daripada PRU 12 lalu. Apakah ini merupakan suatu dimensi baru dalam pola pengundian di Malaysia? Mengapa perubahan ini berlaku? Ianya masih lagi menjadi tanda tanya. Namun tidak dapat dinafikan bahawa peluang dan ruang yang diberikan selepas PRU 11 dan PRU 12 lalu menjadi titik tolak kepada perubahan ini. Ditambah pula dengan perpecahan di kalangan orang Melayu itu sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

BN KEMBALI MENEGAKKAN PANJI-PANJI DI HULU SELANGOR

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 April 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Sejak berakhirnya pilihan raya P094- Hulu Selangor, apa yang kita semua ketahui Barisan Nasional (BN) telah menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor buat kali kedua berikutan kejayaan calonnya, P. Kamalanathan yang memperoleh 24,997 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 23,272 undi pada pilihan raya kecil kawasan Hulu Selangor

Seramai 49,000 atau 76 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

CERAMAH POLITIK DALAM MASJID…HARAM TAPI TIDAK BAGI NIK AZIZ !

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 April 2010

Oleh: Putera_Adnan

Ceramah Politik Di Masjid Adalah HARAM di sisi Islam – Mufti Perak SHAH ALAM – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam. “Sebarang perkara yang boleh membawa kepada perpecahan u…mat Islam hendaklah dijauhkan dan dielakkan di bawa ke masjid termasuk berpolitik. Itu ajaran Islam. “Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah,”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Menteri Besar Kelantan itu berkata, adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di dalam masjid sambil memberi contoh perbuatan menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik turut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Malah, menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah yang mengasingkan agama dan politik. Mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz, Harussani menjelaskan Nabi Muhammad tidak berpolitik di dalam masjid, malah pada zaman junjungan besar itu tidak ada parti politik. “Nabi Muhammad menggunakan masjid untuk menyatakan hal-hal pentadbiran kerajaan kepada umatnya bukan berpolitik. “Janganlah kerana terlalu taksub berpolitik, sehingga sanggup menghalalkan cara dan menghalalkan perkara terlarang,” katanya sambil menegaskan kenyataannya berdasarkan fakta dan tidak memihak kepada mana- mana pihak. Katanya, jika kerajaan yang memerintah sekarang mengumumkan polisi kerajaan demi kebaikan rakyatnya di masjid, itu dibenarkan.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk kempen pilihan raya berkenaan. klik Kemunculan Nik Ajis di PRK HS seolah2 membawa padah kepada calon PKR apabila membuat kenyatan yg dilihat umpama menyanggah ucapan Sultan Sharifuddin yg sebelumnya melarang penggunaan masjid sebagai tempat untuk berpolitik. Nik Ajis, macam biasa menyalahkan pihak media dengan menuduh sengaja memutarbelitkan kenyataan beliau. Dan terbaru Nik Ajis menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu berkenaan kenyataan Sultan mengenai larangan tersebut. Kalau tak tahu, mana perginya orang kanan Nik Ajis ? Sebelum ini pun Sultan Sharafuddin telah menyatakan berkenaan larangan ini berkali2 setelah kita melihat bagaimana Theresa dan Xavier memasuki masjid dengan sokongan PAS dan PKR. Penggunaan masjid supaya membenci ma’mum yg lain inilah penyebab kepada sembahyang 2 imam, berlaku perceraian laki bini dan sebagainya yg dilakukan PAS. Perpecahan inilah yg bakal melemahkan umat Islam. Walau bagaimana pun sokongan tetap diberikan supaya Nik Ajis terus menduduki takhta singgahsana Mursyidul Am PAS sehingga ke akhir hayat beliau. p/s : Nik Aziz mmg SESAT

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

SIAPAKAH CALON BN DALAM PRK HULU SELANGOR?

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 3 April 2010

Oleh: Kawan Lama

BN telah kehilangan satu kerusi Parlimen dalam PRK Kuala Terengganu yang lalu.  Persoalan calon merupakan faktor selalu disebut-sebut sebagai alasan kekalahan tersebut. Pengundi di Hulu Selangor mahukan BN menang.  Mereka mahukan calon yang diketengahkan kelak sesuai dengan permintaan mereka.  Semua faktor kena ditimbang dan diperhalusi. Kerusi Hulu Selangor amat penting dalam ertikata kepada parti yang bertanding mahupun kepada pengundi mereka.  Selain ia berkemungkinan merupakan PRK terakhir kerana selepas September 2010, PRK tidak boleh diadakan selaras dengan Akta Suruhanjaya Pilihanraya, ia juga merupakan ‘signal’ awal kepada pola pengundian dalam PRU 13 kelak.

Tarikh penamaan calon dan hari mengundi di PRK Parlimen Hulu Selangor telahpun semua ketahui semalam selepas (2/4/10) pengumuman yang dibuat oleh YBhg Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Calon daripada parti mana oleh Pakatan Pembangkang yang akan bertanding juga telah dipersetujui iaitu mengekalkan parti PKR. Nama yang disebut-sebut yang akan menjadi calon mereka adalah antara Dato Dr Halili Rahmat, anak tempatan kelahiran Ulu Yam yang juga merupakan Bendahari PKR Hulu Selangor ataupun Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud. Namun apa yang menarik perhatian penulis adalah kekusutan yang melanda BN dalam memilih parti dan calon yang akan mewakili BN kelak. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 8 Comments »

Malays Bashing: Usaha Dalam Menafikan Pengorbanan dan Perjuangan Orang Melayu

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 29 Mac 2010

Oleh: Kawan Lama

Membaca rencana bertajuk “Sebab, Akibat, Penggodam Melayu (Malays Bashing)” dalam ruangan rencana dalam ahkbar Utusan Malaysia bertarikh 25/03/10 memperlihatkan betapa mudahnya orang Melayu menjadi sasaran terhadap agenda mereka yang rakus dan haloba kuasa. ‘Malays bashing’ bukannya sesuatu yang baru. Penulis bersetuju dengan kenyataan YBhg Datuk Dr Fidaus Abdullah tersebut. Dua perkara yang ditimbulkan oleh beliau iaiitu perbezaan pendekatan dan kelompok yang menghentam Melayu. Kedua-duanya amat menarik perhatian yang membawa penulis untuk menulis artikel ini.

Keadaan yang menimpa orang Melayu seperti yang dinyatakan oleh YBhg Datuk Dr Firdaus wujud sejak zaman pejajahan lagi. Pihak penjajah telah meletakkan orang Melayu dalam keadaan yang tersepit sehinggkan terpaksa merempat di negara sendiri. Tujuan utama mereka lakukan adalah utuk memastikan orang Melayu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk bangkit menentang penjajah. Orang Melayu semakin ditindas apabila wujudnya segelintir daripada golongan yang sedar tentang kemelut yang dihadapi orang Melayu seperti pendekar, ahli agama dan gerakan-gerakan orang aristokrat Melayu dan guru yang mula bangkit memulakan gerakan menentang penjajahan. Perjuangan mereka sebenarnya amat suci demi ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan dan melepaskan orang Melayu daripada ditindas dan diperbodohkan untuk selama-lamanya. Para pejuang ini telah dilabelkan sebagai pemberontak dan penderhaka dalam buku-buku rujukan sejarah tulisan mereka Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Pendidikan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

PERMAINAN DAP-HALANG SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Posted by Sahabat MANTAP di Ahad, 14 Februari 2010

Oleh: Putera_Adnan

“Sebagai makluman, Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang” berikut adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir.

Surat pekeliling yang ditandatangani oleh Muhammad Yusoff “Kami terkejut dengan kenyataan palsu itu dan kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam sebenarnya telah merancang mengenai pelbagai program sempena sambutan ini tiga bulan lalu,” kata Guan Eng pada 13 Februari 2010. Siapa yang berbohong dan buat kenyataan palsu? Memang terbukti DAP ada niat untuk halang perarakan Maulidur Rasul.

Guan Eng menafikan pada mulanya menghalang perarakan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 26 Feb 2010. Dengan arahan siapa Muhammad Yusoff mengeluarkan surat pekeliling itu? Kalau DAP buat tindakan sebegini ianya tidak rasis, tetapi kalau orang Melayu silap cakap sikit melenting habis marah mengatakan ianya rasis. Tindakan DAP ini menyokong kuat apa yang telah disebut oleh Zahrain terhadap Guan Eng. Apakah perarakan Maulidur Rasul ini mahu dihalang kerana ianya dikatakan boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam di Pulau Pinang? Mengapa Guan Eng takut untuk berarak sama dengan orang Islam? Sudah tentu takut kerana sudah buat banyak perkara yang merugikan orang Islam di Pulau Pinang.

Lars Helle, Ketua Editor akhbar Dagbladet berani menyiarkan karikatur penghinaan tersebut kerana mereka tahu umat Islam di dunia ini tidak bersatu. Perarakan Maulidur Rasul menjadi lebih awal di Norway untuk memprotes penghinaan ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW. Kalau di negara lain buat salah, mereka akan berkokok dengan alasan hak asasi. Di mana keadilan dan kebebasan beragama untuk orang Islam di Norway?

Di Norway, sebuah akhbar harian Dagbladet pada 3 Februari 2010 telah menghina Nabi Muhammad SAW dengan menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai bxxx. Pada 8 Januari 2010, seorang bernama Lynette Lincoln telah menghina Nabi Muhammad dengan cara yang sama. Di Malaysia, perarakan untuk menyambut hari keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW juga mahu dihalang oleh DAP di Pulau Pinang. Satu demi satu, soal agama dicabar dan dipersendakan oleh orang bukan Islam. DAP berani buat begitu kerana tahu umat Islam di Malaysia berpecah kerana fahaman politik. Ini alasan kukuh untuk mengajak ahli politik Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR duduk semeja. Jika tidak bersama dalam soal agama, lebih banyak lagi penghinaan akan dibuat. Demi alif, ba dan ta, segerakan penyatuan.

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 3 Comments »

GUGUR TUNTUTAN PENGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ LANGKAH BIJAK

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 11 Januari 2010

Oleh: Kawan Lama

Isu penggunaan Kalimah “ALLAH’ oleh Gereja Katholik dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly perlu dilihat sebagai sesuatu yang pastinya memberikan kesan kurang elok dalam keharmonian kaum dan agama di negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Ia mencabar dan suatu penghinaan kepada penganut agama Islam. Memandangkan ini merupakan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik Melayu seperti UMNO dan sebahagian kecil daripada PAS telah membuat bantahan dan laporan polis di serata pelusuk negeri.Melihat kepada perkembangan semasa yang kian membimbangkan, penulis bersependapat dengan Presiden Majlis Jaksa Pendamai, Datuk Clarence Bongkos Matakun agar pihak Akhbar Herald The catholic Weekly Sabah mengugurkan tuntutan yerhadap penggunaan Klaimah “ALLAH” dalam terbitan mereka. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan | 11 Comments »

SALAM MA’AL HIJRAH 1431H

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 16 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

PAS DAN PKR BANTU DAP SEMARAKKAN API PERKAUMAN?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Penulis sekali lagi terpanggil untuk menulis artikel ini adalah berdasarkan kenyataan Nga Kor Ming baru-baru ini yang mempersoalkan mengenai perbelanjaan kerajaan Pusat sebanyak RM748.2 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 manakala tiada pun bantuan bagi membina rumah ibadat bukan Islam. Sebelum ini, Karpal Sing (The Sin King) mahukan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua. Sekali lagi DAP bermain dengan sentimen tanpa mengira sensitiviti orang Islam khususnya orang Melayu. Kebiadapan DAP hari ini adalah kesinambungan mereka dalam perjuangan yang mereka warisi daripada PAP atau lebih tepat lagi Lee Kuan Yew. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila DAP yang acap kali mempersoalkan isu-isu berkaitan bangsa, agama dan bahasa Umumnya tahu bahawa ketiga-tiga perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutan dan tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dijadikan bahan jajaan demi kepentingan politik Chinese Chauvinist DAP yang sempit. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

PRU 13 PADA MEI 2011?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 10 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Desas-desus yang berligar di kalangan pemerhati politik tanahair menyatakan berkemungkinan PRU 13 akan diadakan lebih awal iaitu sebelum Mac 2012. Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sebelum ini PRU pernah diadakan lebih awal dan terbarunya PRU 12 lalu yang sepatutnya diadakan pada penghujung tahun 2008 atau awal tahun 2009. Cuma perbezaannya kali ini adalah ianya berkemungkinan akan diadakan serentak dengan PR Negeri Sarawak iaitu pada Mei 2011.

Pada pandangan penulis, mengadakannya serentak dengan PR Negeri Sarawak adalah langkah bijak kerana setidak-tidaknya, ia dapat memudahkan proses pilihanraya baik bagi negeri Sarawak mahupun Persekutuan, Sarawak tak perlu lagi nak buat dua kali persediaan untuk pilihanraya. Selain itu, ia dapat juga menjejaskan strategi pakatan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang asyik dok berusaha bersungguh-sungguh menghuru-harakan suasana politik di sana.

Sejak kebelakangan ini, pakatan pembangkang sudah mula melaksanakan ” Kempen Menghentam Kerajaan BN” secara terancang. Tindakan ini dilihat sebagai petanda awal bahawa mereka mahukan mulakan kempen awal dalam menghadapi PRU 13 kelak. Kenyataan DS Anwar untuk serang PM, Naib Presiden DAP M Kulasegaran dan serangan terhadap BTN adalah semboyan yang telah mereka bunyikan dalam usaha mereka untuk memenangi PRU 13 kelak.

Usaha memburuk-burukkan imej kerajaan BN khususnya kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, bukanlah sesuatu usaha yang baru. Kelancangan suara pemimpin pakatan pembangkang terhadap isu perkauman dan agama dilihat sebagai satu usaha yang berterusan kerana ‘modal’ ini sahajalah yang mereka tahu gunakan tanpa mengira sensitiviti masyarakat majmuk dan berbilang agama. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

KONSPIRASI ARIFFAHMI-NIK AZIZ, ANWAR-ERDOGAN DAN DAP-PKR JATUHKAN HAJI HADI

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 23 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Kekalutan dan masalah dalaman kepimpinan PAS semakin jelas. Kelmarin, YB Husam Musa telah menyatakan hasrat beliau untuk melepaskan jawatan dalam PAS dan sebagai exco kerajaan negeri Kelantan. Tindakan ini diambil sama ada beliau terasa hati atau kecewa dengan kemelut PAS hari ini. Berkemungkinan besar beliau berasa malu kerana telah dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan Presiden PAS, YB TG Haji Hadi. Konspirasi ini didalangi oleh menantu YAB TG Nik Aziz, Sdr Abdul Ariffahmi. Memandangkan Husam adalah ‘anak emas’ TG Nik Aziz dan sokongan Nik Aziz amat ketara agar Husam menjadi Presiden PAS yang baru, adalah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, bahawa beliau terlibat sama secara langsung dan tidak langsung dalam konspirasi menjatuhkan TG Haji Hadi.

Mengambilkiran kenyataan Kickdafella pertengahan November 09 yang lalu, konspirasi untuk menjatuhkan TG Haji Hadi bermula selepas PRU 12 lalu. Gerakan yang disusun oleh Ariffahmi dan mendapat restu TG Nik Aziz ini jelas dalam proses ke arah pemilihan pucuk pimpinan parti PAS dalam Muktamar PAS ke 55 yang lalu. Proses pemilihan kali ini berbetuk en-bloc – Kumpulan Ulamak (TG Haji Hadi) vs Kumpulan Edogan (Husam) yang disokong oleh Nik Aziz. Husam dilambangkan mewakili kumpulan yang akan membawa pembaharuan kepada Pas manakala TG Haji Hadi adalah kumpulan yang tidak sezaman. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 1 Comment »

Jangan Politikkan Pendidikan

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 23 November 2009

Oleh: Tanah Liat

ARTIKEL DR RIDUAN TEE ABDULLAH,

Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia.

Dari Artikel Mingguan Malaysia

SAYA amat berharap kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) supaya membantu 60 Chinese Independent Secondary School serta mengiktiraf sijil yang dikeluarkan.

Cukuplah dengan lebih 1,300 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang sedia ada dan akan bertambah dari masa ke semasa. Pemisahan di sekolah rendah sudah cukup berat bagi kita untuk memperkasa masa hadapan. Apakah kita mahu terus memisahkan mereka apabila berada di sekolah menengah? Ini belum ditambah dengan IPTS yang berasaskan kaum yang begitu ketara bilangannya. Apakah ini semangat 1Malaysia? Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

MENANTU NIK AZIZ: NAK TUMBANGKAN PRESIDEN PAS TAPI CALARKAN IMEJ MURSYIDUL AM

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 21 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Pemecatan Syed Azidi (Kickdafella) pada awal November lalu mencerminkan ketengangan dan konflik dalaman PAS tidak pernah reda walaupun cuba dinafikan oleh pemimpin tertinggi mereka. Cadangan mengadakan EGM itu sendiri yang kemudian digantikan denga muzakarah, menambahkuatkan lagi dakwaan tersebut. Tuduh menuduh dan fitnah-menfitnah bermaharajalela dalam PAS hanya demi untuk mendpatkan kuasa di antara golongan ulamak dengan kumpulan Erdogan yang pro DS Anwar Pengkhianat Bangsa. Perkara berlaku disebabkan oleh terdapat usaha-usaha untuk menjatuhkan YB TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS. Konspirasi ini dikatakan melibatkan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Nama besar yang dikatakaan turut terlibat adalah YB Husam Musa, anak didik Nik Aziz yang telah dicanang-canangkan sebagai pengganti kepada TG Hj Hadi. Walaupun tampak isu ini seolah-olah ‘sudah selesai’, namun sebenarnya jauh daripada kebenaran yang sebenarnya.

Pembongkaran Kickdafella ini telah memperlihatkan wajah sebenar PAS yang selama ini menggunakan Islam sebagai ‘topeng’ politik. Kronism, rasuah, salahguna kuasa, haloba, fitnah memfitnah, ‘tikam belakang’ dan membelakangkan kepentingan rakyat mula menjadi amalan. Budaya ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ kini menjadi pegangan. Pembongkaran ini mendedahkan juga wujudnya ‘tangan luar’ yang mengurusaturkan perubahan imej PAS masakini yang dilihat amat mudah dipergunakan untuk tujuan politik peribadi, dalam siri-siri demonstrasi jalanan dan ‘kebiadapan terhadap institusi Raja serta membelakangkan kesucian Perlembagaan Persekutuan. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 2 Comments »

Apabila kekuatan sendiri dilupakan

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 November 2009

Oleh: Tanah Liat

Dari Artikel Mingguan Malaysia,  Dr. Mohd Ridhuan Tee

Apabila isu sekolah satu aliran dibangkitkan, segelintir ultra kiasu mencadangkan supaya bahasa Inggeris dijadikan sebagai pengantar, bukan bahasa Melayu. Ternyata mereka mengenepikan sama sekali dan memandang rendah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bila bahasa itu dipandang rendah, tidakkah pandangan terhadap bangsa bahasa tersebut turut terpalit sama? Kiblat mereka adalah barat, bukan timur.

Justeru, tidak hairan mereka amat bangga dengan panggilan nama seperti Joe, Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadang kala naik mual mendengarnya. Megah dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan dengan Islam dan Melayu. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

PKR KINI MENUJU KEHANCURAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 13 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Parti KeAdilan Rakyat (PKR) semakin hari semakin menuju ke arah kehancuran. Keretakkan dalaman amat ketara. Tembelang dan temberang PKR terserlah. Semakin lama semakin ramai tokoh-tokoh utama dalam PKR meninggalkan parti tersebut. Ada yang dari Majlis Pimpinan Pusat dan Negeri serta di kalangan wakil-wakil rakyat. Jumlah keahlian juga semakin merosot dengan ramai ahli yang telah keluar meninggalkan PKR kerana merasai diri mereka tertipu. Apa dan kenapa perkara ini berlaku terletak kepada asas penubuhannya yang terlalu sempit dan dasar parti itu sendiri – jelas memperlihatkan usaha-usaha ingin merealisasikan impian seorang tokoh kalut bernama DS Anwar Ibrahim ‘Pengkhianat Bangsa’ untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 2 Comments »

Bai’ah Talak PAS:Khalid – Terlajak perahu boleh diundur…,terlajak kata? BINASA…

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 11 November 2009

Oleh: Putera_Adnan

fpbaiahtalak

Khalid Samad Akui Silap Keluar Kenyataan Mengenai Baiah; Zul Noordin Enggan Tarik Balik Kenyataan… – BERNAMA

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.

Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

“Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan Baiah kerana ia antara saya dengan Allah. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Fantasi mewujudkan sekolah satu sistem

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 9 November 2009

Oleh: Tanah Liat

ARTIKEL DR RIDUAN TEE ABDULLAH,

Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia.

Dari Artikel Mingguan Malaysia

Isu satu sekolah, satu sistem pendidikan bukanlah satu perkara baru. Ia telah dibahaskan sejak dahulu lagi. Keadaan masih sama dan tidak banyak berubah. Jawapannya, mudah sahaja, pendidikan telah dipolitikkan.

Jika bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan tidak dapat dimartabatkan bagaimanakah kita boleh pergi lebih jauh daripada itu? Kita mempunyai peruntukan dalam perlembagaan, tetapi ia tidak digunakan atau dikuatkuasakan.

Kita sibuk melayani tuntutan dan desakan politik segelintir kumpulan ultra kiasu. Akhirnya, bahasa dan sistem pendidikan tidak dapat diperkasakan di bumi sendiri. Bila ada ura-ura untuk mewujudkan satu sistem pendidikan, maka golongan ultra kiasu ini akan bangun menentang. Pada mereka, peninggalan nenek moyang mesti dipertahankan bermati-matian. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Waspada ‘tajdid’ Wahhabi

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 9 November 2009

Oleh: Tanah Liat

Artikel Ahli Jawatan Kuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahfuz Muhamad

MUKADIMAH
pict 200

MALAYSIA adalah negara yang mengamalkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) dan bersandarkan kepada mazhab Imam Shafie.Walaupun aliran ini dominan namun, terdapat juga cubaan menyebar fahaman lain dalam kalangan umat Islam. Antaranya adalah aliran Wahhabi.Benarlah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Demi diri Muhammad yang berada di tangan-Nya, pasti akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka”. Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Mereka adalah al-Jamaah”. (riwayat Ibn Majah)

Aliran Wahhabi ini pula bukanlah baru keranaia sudah menjadi bualan masyarakat Islam di Malaysia sejak 1940-an lagi.Selain dikenali dengan aliran Wahhabi, ia juga kenali sebagai Aliran Kaum Muda pada sekitar tahun 30-an. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 2 Comments »

Jadikan Perlembagaan negara sebagai subjek teras

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 November 2009

oleh:- Mawar Berdarah

MALAYSIA sudah merdeka lebih 52 tahun. Sejak itu, pelbagai kemajuan telah dicapai. Sehingga kini, pelbagai gelaran positif diberikan oleh masyarakat luar kepada negara.Namun dalam keadaan itu, masih terdapat rakyat yang dihimpit dilema dan tidak yakin untuk berbangga sebagai rakyat negara tercinta ini. Ada yang mempertikaikan hak-hak yang dinikmati oleh kaum-kaum tertentu.Ramai yang lupa atau sengaja membelakangkan hak-hak yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keadaan ini, di manakah kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia untuk menghayati Perlembagaan Persekutuan yang membawa kita ke tahap ini. Perlembagaan negara telah menggariskan susur galur hak-hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sebagai “payung” negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan pemerintahan bercorak raja berperlembagaan.Itulah yang diamalkan sejak merdeka dan ia termaktub juga di dalam Perlembagaan.Hak-hak asasi sebagai warganegara juga terkandung di dalam Perlembagaan itu. Setiap hak bagaimanapun perlu digunakan mengikut lunas-lunas perundangan sebagaimana yang termaktub di dalam Rukunegara iaitu “Kedaulatan Undang-Undang” dan “Keluhuran Perlembagaan”. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Destinasi roket bukan ke bulan

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 4 November 2009

Oleh: Tanah Liat

ARTIKEL DR RIDUAN TEE ABDULLAH

Dari Artikel Mingguan Malaysia

SEBAGAI umat Islam kita mesti percaya dan patuh apa jua yang datang daripada Allah SWT, kerana kita adalah makhluk ciptaannya. Namun, pada masa yang sama kita juga perlu tahu realiti politik negara dan masyarakat kita.

Bolehkah diwujudkan negara Islam yang melaksanakan hukum Islam jika penduduk negara ini tidak solid atau hampir seratus peratus Islam. Bagaimanakah kita mahu paksa bukan Islam yang hampir 50 peratus menerima hukum Islam? Mungkin kita akan berhujah, hukum Islam adalah untuk orang Islam sahaja. Manakala bukan Islam berhukum mengikut ajaran agama mereka. Persoalannya, pernahkah parti atau mereka ultra kiasu bersetuju dengan idea tersebut? Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

1MALAYSIA CABAR KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Lim Kit Siang (DAP) menyuarakan bahawa 1Malaysia adalah suatu konsep yang gagal dan tidak menepati kehendak dan acuan warga Malaysia. Konsep ini tidak akan berjaya kerana ia tidak diterima oleh warga Malaysia secara total. Apa yang beliau sebenarnya maksudkan pada pandangan penulis, Lim Kit Siang dan DAP melihat ia adalah sesuatu yang di bawa oleh UMNO. Apa sahaja yang di bawa oleh UMNO mempunyai konotasi atau ikatan dengan Melayu.Tambahan pula, DAP mempunyai konsep Malaysian Malaysia yang diadaptasikan daripada Singapura ciptaan Lee Kuan Yew. Lantaran itu, 1Malaysia yang jauh lebih baik daripada Malaysian Malaysia jajaan mereka. Mungkin begitulah juga pandangan pakatan pembangkang yang lain termasuk PKR dan PAS. Apakah benar bahawa konsep 1Malaysia gagal menepati senario dan kehendak warga Malaysia? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

SATU MALAYSIA MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Gagasan Satu Malaysia bukanlah fomula baharu kerana menurut Najib, Satu Malaysia merupakan kesinambungan gagasan utama Perdana Menteri terdahulu – Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Barisan kepemimpinan inilah yang memandu hala tuju Malaysia selama 52 Tahun Negara ini Merdeka.
Satu Malaysia merupakan gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menerapkan lapan nilai untuk mencapai matlamat tersebut, lapan nilai tersebut ialah ketabahan, penerimaan, pendidikan, integrity, meritokrasi, rendah diri dan budaya cemerlang.

Satu Malaysia tidak terpisah daripada dasar kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), sebaliknya pelengkap kepada dasar yang sedia ada untuk menjamin kestabilan kearah mencapai pembangunan negara. Satu Malaysia merupakan fomula yang menjadi prasyarat untuk memastikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang 2020 tercapai. Menerusi gagasan tersebut, Najib mahu memastikan bangsa Malaysia tanpa mengira warna kulit dan agama bersama-sama menggembleng tenaga mencapai wawasan 2020. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 1 Comment »

Pas tolak kerajaan perpaduannya sendiri

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Oktober 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

MASIHKAH kita ingat dialog dalam filem ‘Ahmad Albab’ arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, antaranya berbunyi, ”Harta itu bukan engkau yang punya tetapi Ahmad Albab yang punya, Ahmad Albab.” Begitulah juga apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan sebarang pintu rundingan berhubung kerajaan perpaduan sudah ditutup, UMNO tidak perlu berasa gundah gulana. Ia kerana idea kerajaan perpaduan bukanlah UMNO atau BN ‘yang punya’ tetapi Abdul Hadi ‘yang punya’. Justeru apabila beliau sendiri menutup pintu rundingan dan sekali gus mengetepikan ideanya maka semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka. Apa yang penting sepanjang isu tersebut berlangsung, UMNO sudah menunjukkan keikhlasan untuk sentiasa bersedia berunding dengan Pas demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Tetapi malangnya, kesediaan UMNO yang hanya menyahut idea Abdul Hadi itu telah dipandang serong. Sejak dari awal lagi isu ini tercetus iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu, UMNO dikecam dengan pelbagai tuduhan. Malah puak-puak di dalam Pas dengan sewenang-wenangnya menuduh bahawa idea kerajaan perpaduan itu adalah permainan politik UMNO yang dilihat sebagai sebuah parti yang lemah.Untuk mengelakkan kita terkeliru dengan isu kerajaan perpaduan ini dan bagi memastikan UMNO tidak terus dipandang serong adalah wajar kita mengimbas kembali apa yang dikatakan oleh Abdul Hadi ketika mengemukakan idea tersebut. Presiden Pas itu membuat cadangan berkenaan dengan hati yang ikhlas apabila melihat berlaku kekalutan dalam arena politik negara. Atas sebab itu beliau mencadangkan supaya kerajaan perpaduan diwujudkan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

SPEECH BY TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE CRIMINALISE WAR CONFERENCE AND WAR CRIMES TRIBUNAL 2009 AT PUTRA WORLD TRADE CENTER, KUALA LUMPUR ON WEDNESDAY, 28 OCTOBER 2009

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 29 Oktober 2009

WAR AND CRIME

1. As one of the convenors of this conference on the Criminalisation of War, I must express my appreciation for the number of people who have shown enough interest to attend it.

2. I hope and pray that we can take yet another step towards a war-free world, toward making war no longer a solution for disputes between nations, by making it into a crime instead, making those who resort to aggressive war as criminals who must be punished for the crime of the mass killing of people, which is what war is about. If the killing of one person is murder, a crime deserving of the most severe punishment, why must we regard the mass killing of people as legitimate and proper? There is something wrong in a creed that regards the killing of one person as different from the killing of people in their thousands and millions of people. The thousands and millions are made up of single individuals in the final analysis. The mass killing in war cannot be regarded as anything other than the mass murder of individuals who make up the masses. Since individuals are being killed, the fact that the individuals are killed together doesn’t alter the fact that individuals are killed and therefore the killing must still be regarded as the killing of individuals which constitutes murder. And those responsible for the murder of these individuals must therefore be murderers and must be regarded as criminals and punished accordingly.

Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Perpecahan Islam yang disengajakan

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 27 Oktober 2009

Oleh: Tanah Liat

ARTIKEL DR RIDUAN TEE ABDULLAH

Dari Artikel Mingguan Malaysia.

Saya dituduh tali barut UMNO dan dibayar berjuta-juta untuk menulis artikel. Oh! Senang sekali untuk jadi kaya. Tulis artikel mengutuk pembangkang atau berbau perkauman, UMNO akan bayar. Mungkin selepas ini, pembaca boleh menyertai saya untuk jadi kaya. Begitulah banyak sekali duit UMNO! Inilah pemikiran ultra kiasu. Mereka tidak boleh diusik langsung.

Saya dicabar kenapa tidak menegur UMNO yang dikatakan mengamalkan rasuah? Untuk makluman semua, sila baca artikel saya dalam Utusan Malaysia (22 Disember 2008). Saya ada menulis bahawa makan rasuah lebih hina daripada makan babi atau lebih baik makan babi daripada makan rasuah. Begitulah hinanya mengambil dan makan rasuah. Kenapa pembangkang tidak menyokong saya ketika itu? Inilah mentaliti kelas ketiga masyarakat kita, bila kena pada orang lain kita suka, bila kena pada diri sendiri, ibarat meludah ke langit. Bersih sangatkah kita? Ingatlah, kita hanya manusia biasa, tidak lari dari salah silap. Saya tidak nafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang penting dalam sistem demokrasi sebagai check and balance. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Who Kills Unity In Diversity?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 23 Oktober 2009

By: Salzahedra

The Federal Constitution of Malaya (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu) is a document of faith, beliefs and sense of belonging and loyalty to a country known as Malaysia. It is not a treaty of various races or ethnics in Malaysia that constitute of Malays, Chinese, Indian, the Bumiputeras Sabah and Sarawak. It is book of guidance to develop Malaysia and live as a proud Malaysian.

I am proud to be a Malaysian, Malay and a Muslim. We are unique. Malaysia consists of a multiracial, cultural and religion. We uphold the spirit Unity In Diversity of Malaysia since our Merdeka, 1957. And I strongly believe that my Chinese and Indian friends have the same spirit too. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

Cuti Umum Hari Malaysia…

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Oktober 2009

Oleh: Tanah Liat

16 SEPTEMBER. HARI MALAYSIA CUTI UMUM

Berita baik mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

“Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Cinta Tiga Segi PAS-PKR-DAP, Siapa Yang Kene Jual ??……..

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 20 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri adakah beliau menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara.? Sudah pasti bila sahaja beliau menerajui negara ini beliau akan turut menggunakan pendekatan yang sama (Saperti Kerajaan Sekarang) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan-golongan pemprotes jalanan.

Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin yang unggul dan bukan juga pejuang tulen. Sehingga kini apa yang jelas perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar Ibrahim hanya ada cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nasfu serakah menguasai pemikiran beliau. Tiada yang lagi penting daripada cita-cita “Suci” tersebut walaupun terpaksa menggadai negara ini dan menjual kaum sendiri. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 3 Comments »

Petikan 8 Artikel Oleh Dr Riduan Tee Abdullah

Posted by puteraadnan di Isnin, 28 September 2009

Untuk Bacaan Sahabat dan fikir2kan lah…!! Terdapat 8 artikel Dr Riduan Tee Abdullah dalam attachment ni…

Artikel 1- NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU
Oleh: Dr. Mohd Redhuan Tee

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya
amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya
Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.
Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati
semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguhsungguh
dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga
siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang
salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan
berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara
dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian
pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu
perkara dibuktikan. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 1 Comment »

Salam Aidilfitri

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 17 September 2009

oleh:- Sahabat Mantap

kad-raya-mantap-comfrm

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 21 Ogos 2009

Oleh: Tenda Biru

ramadhan al mubarak

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

Biarpun Mereka Berbeza Ideologi Politik Ke’Parti’an, Tapi Suara Mereka senada Seirama

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 4 Ogos 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Masyarakat cina bukan hanya pandai bercakap tentang permuafakatan, pengorbanan dan sokongan untuk mendidik anak bangsa mereka, sebaliknya mereka menterjemahkan semua kata-kata itu melalui tindakan. Biarpun mereka berbeza ideology politik, kepartian , dalam soal kelangsungan pendidikan bangsa mereka, suara mereka senada, pendirian mereka seirama. Bagi mereka, soal pendidikan merupakan soal kelangsungan hidup bangsa.

Lihat saja strategi masyarakat cina untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan tinggi. Hari ini misalnya ada 20 buah institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 24 buah politeknik yang tersenarai dalam laman Web rasmi kementerian Pengajian Tinggi-majoritinya diisi oleh pelajarmelayu dan Bumiputera. Namun pada masa yang sama, bilangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini berjumlah 450 buah. Majoriti pelajar di IPTs ini merupakan pelajar cina dan bangsa bukan melayu yang lain. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan | 1 Comment »

ANWAR CETUSKAN LAGI PERCANGGAHAN IDEA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Mawar Berdarah

ANWAR 2

“Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,.” kata Anwar Ibrahim ketika Kongres Khas PKR di Bangi. Anwar selalu sahaja menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal. Apakah dia sudah lupa kepada asal usulnya atau dia sengaja mencipta propaganda mencipta huru-hara?

Anwar tidak buta sejarah,
Tetapi dia sengaja mencari helah,
Kononnya dia penyelamat ummah,
Realitinya dia syaitan yang tidak bermaruah.

Anwar menjemput Chin Peng pulang ke Tanah Air.

Kenapa Chin Peng?

Apabila kerajaan bermati-matian mempertahankan pendirian tidak mahu pengkhianat ini pulang dan menguris hati waris-waris pejuang yang sudah kematian ahli keluarga akibat kekejamannya sebaliknya Anwar menyokong kepulangannya.

Jenis manusia apa si Anwar ini yang kononnya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi tidak tahu bila.

Lihatlah seluruh nusantara,
Anwar tekong bahtera PKR,
Punya Idea macam Komunis,
Macam inikah pemimpin harapan kita?
Hancur leburlah Malaysia,
Aduhai… Melayu bertaubat dan sedarlah segera.
Pakatan Rakyat pakatan tidak beretika.

sk_01_big

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Sejarah | 2 Comments »

CHIN PENG- AGENDA TERSEMBUNYI ANWAR

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Usaha-usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk membawa Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke tanahair, dirasakan mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada itu.Dapat dihidu bahawa cadangan itu adalah sebagai langkah untuk menghidupkan kembali semangat PKM terutamanya di kalangan generasi muda selepas merdeka yang tidak tahu dan tidak pernah merasakan azab hidup di bawah penguasaan komunis.

Adalah dikesali sangat bahawa usaha dan isu membawa pulang Chin Peng itu didalangi oleh pemimpin dalam parti pemerintah, Barisan Nasional sendiri. Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Gan Hock Nan tanpa segan silu, malah dengan bangganya mengusulkan idea berkenaan walaupun mengetahui bahawa tindakannya itu amat memilukan hati rakyat Malaysia khususnya para pejuang dan pahlawan negara yang berkorban mendaulatkan kemerdekaan negara Malaysia. Menjadi kenyataan bahawa kepiluan angkara kekejaman komunis itu banyak dirasakan oleh orang Melayu terutamanya yang berjuang atas nama ketenteraan dan kepolisan. Waris-waris pejuang yang terkorban bangkit menyatakan rasa marah masing-masing manakala pejuang yang masih hidup tetapi cacat sepanjang hayat mereka kerana serangan PKM bingkas membantah hasrat berkenaan. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

Sumpah Melayu..!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Putera_Adnan

Fikir dan ingatkah kita pada Janji kita dulu…

sumpah_melayu[1]

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

PRK DUN PENANTI 31 MEI

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 27 April 2009

Oleh: Tenda Biru

dun-penanti

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini. Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Oleh itu, rakyat Malaysia bakal akan menyaksikan lagi kerakusan parti yang busuk dan jijik PKR yang mempersendakan level demokrasi.

Kita tunggu dan lihat..

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

BIG LIAR…!

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 21 April 2009

liar-copy

Oleh: Putera_Adnan

Fikir2kan lah….

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 2 Comments »

PAS TERSEPIT TANGKIS LABEL BONEKA DAP

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 April 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

PAS nampaknya semakin tersepit untuk mengikis label boneka DAP sehingga terpaksa menaikkan pelbagai kain rentang memujuk pengundi khususnya di kalangan orang Melayu mengundi calon mereka, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Ini terbukti apabila jentera Pas mula memasang kain rentang mewajibkan umat Islam memilih Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini, ujar EXCO Pemuda UMNO, Ustaz Mohd Afandi Yusof. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 7 Mac 2009

Oleh: Putera_Adnan

Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua Sahabat Mantap

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Dasar PPSMI Bukan Jaminan Masa Depan Bahasa Melayu

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 26 Februari 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Pada detik mutakhir kini, isu paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kaitannya dengan kelestarian bahasa Melayu serta taraf kedaulatannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran sudah membuat beberapa syor.Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) juga sudah menyatakan pendirianya dan terbaru, Majlis Permuafakatan Kesatuan dan Persatuan Guru Kementerian Pelajaran juga bersuara. Semuanya membawa kepada dua situasi, bahasa Melayu akan terus hidup berdaulat atau mati terhina dibumi sendiri. Kenyataan yang dibuat Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam Berita Harian 31 Disember lalu, mengesahkan bahawa kuasa politiklah yang akan akhirnya menentukan hal ini dan begitu juga dengan segala hal yang sudah diputuskan sebelum ini. Segala-galanya kini ditangan Pemimpin Politik, khususnya Menteri Pelajaran dan anggota Kabinet. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

TANGGUNGJAWAB BERSAMA MEMAKMURKAN NEGARA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 Februari 2009

Oleh : Anggerik Desa

Rakyat dan pemimpin perlu bekerjasama bagi memastikan keharmonian di Negara ini sentiasa terpelihara dan kemakmuran Negara juga sentiasa stabil. Namun begitu ia sebenarnya tiada kena mengena dengan komitmen mereka terhadap falsafah perjuangan atau dasar parti, ini juga kerana ia banyak mempersoalkan gaya kepimpinan masa kini dan hala tuju parti pada masa hadapan. Sepertimana yang kita lihat, kekejaman terhadap tindakan Israel membedil Semenanjung Gaza tanpa merasa simpati terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua apabila melihat mayat saudara mereka bergelimpangan darah akibat serangan Israel yang tidak memberi kemanusiaan. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

LOMPAT PARTI- MULIA ATAU HINA?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: Anak Kajang

Lompat parti menjadi trend politik Malaysia kini. Ia berlaku sejak Anwar Ibrahim menerajui kepimpinan pembangkang.
Dari sudut positif ia bagus kerana dalam demokrasi lompat parti tidak menjadi kesalahan, tetapi dari sudut negatif pula, kenapa apabila lompat parti dari pembangkang ke kerajaan (BN atau UMNO), ia dikatakan melibatkan rasuah?

Bak kata, masuk PKR atau PAS kira bermoral dan ‘hati mulia’ tapi kalau ke UMNO atau BN dikatakan tidak bermoral dan kerana faktor wang.

1. Kenapa DAP suruh gubal satu dasar lompat parti walaupun LGE mengakui ia tidak menjadi kesalahan. Nik Aziz pula anggap lompat parti sebagai tidak bertanggungjawab- itu dulu, kini beliau kata lompat parti pun dialu-alukan. Dulu haram, kini halal. Kalau terkena batang hidung sendiri, ia jadi haram tapi sebaliknya menjadi halal kalau terkena orang lain.

2. Adakah trend lompat parti perlu dijadikan amalan politik dan perlukan kita setia kepada parti berkenaan?

Ibrahim ALi, bapa katak dari Pasir Mas pernah melompat sehingga terpelantum dari UMNO ke Semangat 46, masuk UMNO keluar jadi Bebas, kemudian masuk PAS tapi masih bebas. Ibrahim Ali masih menjadi Melayu dan bergaduh dengan DAP terutama sekali dalam mempertahankan hak orang Melayu dan Islam

3. Kenapa pada tahun 2004, Nik Aziz selaku MB Kelantan menyuruh ADUN dan Parlimen PAS angkat sumpah supaya tidak lompat parti ke UMNO untuk membolehkan BN menerajui Kelantan dengan kelebihan beberapa kerusi? Kenapa lompat parti pada masa itu HARAM? Kenapa kini HALAL?

Apakah Islam menghalalkan lompat parti? Tak ada fatwa dari PAS kerana senario kini ia memihak padanya.

4. Jika ini menjadi trend, adakah Pakatan dengan RELA dan REDHA menerima ahli mereka lompat parti terutama dari DAP dan PKR ke BN nanti selepas MAC 2009!!!

5. Pentingkan kesetiaan atau perjuangan? Atau orang politik sebenarnya ‘penipu’? Kenapa sehingga kini janji mereka belum ditunaikan?

Anwar Ibrahim pernah kata- kalau Pakatan memerintah Malaysia pada hari ini, ke esokkan hari harga minyak akan turun.

6. Rakyat kini mempunyai masalah-kerja. Kenapa mereka sebagai orang politik sahaja diberikan kerja dan bergaji tinggi sedangkan mereka tidak bekerja untuk kita?

Mereka lompat parti gembira sedangkan kita dibawah ini masih ditakuk lama. Ada mereka dengar? Kita nak dengar masalah mereka atau mereka sebagai pemimpin perlu dengar masalah kita? Adakah keadaan senario politik kita yang tidak tentu boleh menjadikan Malaysia maju dan kita semua menerima pelaburan asing mencurah-curah.

7. Apa akan berlaku sekarang bukan perkara baru. Filipina sudah terbukti menjadikan lompat parti sebagai demokrasi berpresiden mereka.

Adakah Filipina makmur dan aman? Adakah Filipina maju dan kaya? Yang berlaku sebaliknya. Tak perlu diceritakan.

8. Kenapa kita tak jadikan ‘demokrasi Iran’ sebagai perjuangan kita sedangkan lebih 60% adalah orang Melayu dan belum ditambah dengan Cina dan India muslim? Iran tak ada lompat parti ok tapi parti yang ber-ideologikan Barat dan disokong oleh Amerika (Barat) akan diharamkan.

Negara mereka pun maju. Fikir-fikirkanlah…

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 2 Comments »

Inikah kerajaan Selangor yang diharapkan oleh rakyat Selangor??

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: putera_adnan
khalid

Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap. Kalau dahulu semasa belum menjadi kerajaan habis tepi-tepi kain orang disingkap dan mencari keburukan orang dan kononnya mereka lah yang paling bersih. Merekalah penyelamat rakyat. Hanya mereka sahaja yang tidak korupt, maklumlah kuasa tiada di tangan mereka.
Kini bila kuasa berada ditangan mereka, mungkin kita yang tersilap yang telah memberikan mereka kuasa, apa yang ada di hadapan mata semua di sapunya. Baru 3 bulan menjadi pemerintah di Selangor, Pegawai Khas Menteri Besar Selangor yang merupakan orang kuat PKR sudah mula menyapu kekayaan dengan memberikan tender-tender direct nego kepada rakan taulan yang mana beliau sendiri berkepentingan, mujur cepat terkantoi, jika tidak entah berapa banyak lagi yang akan disapunya. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

PRK P036 KUALA TERENGGANU: UMNO PERLUKAN PERUBAHAN RADIKAL?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Januari 2009

Oleh: Kawan Lama

PRK P036 Kuala Terengganu yang telah menyaksikan BN gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU 12 lalu. Dengan kekalahan ini, jumlah kerusi BN di Parlimen berkurangan satu kerusi lagi. Pelbagai pihak memberikan pandangan masing-masing terhadap faktor yang membawa kepada kekalahan tersebut walaupun belum lagi diadakan post-mortem oleh BN secara khusus. Pandangan-pandangan tersebut juga memperlihatkan bahawa kesilapan dan kesalahan dipertanggunganjawabkan seseorang atau parti. Ada yang menyalahkan jentera BN, ada yang menyalahkan calon, ada yang menyalahkan UMNO dan ada yang menyalahkan pucuk kepimpinan UMNO. Walaupun ada kebenarannya terhadap sesetengah pandangan tersebut, namun demikian, komen-komen tersebut kebanyakannya merupakan suatu pandangan ‘’after effect’. Pada pandangan penulis, mereka yang memberikan pandangan-pandangan sedemikian khususnya yang meletakkan kesalahan kepada sesuatu pihak, sewajarnya sedar bahawa mereka juga adalah ‘termasuk’ dalam golongan yang menyumbang kepada kekalahan tersebut. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

PAS HANYA DI PERALATKAN DALAM PAKATAN RAKYAT

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Januari 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Bolehkah PAS berasa tenang dan tenteram dalam Pakatan Rakyat kerana kedua-dua sekutunya itu mempunyai ideologi yang jauh berbeza. Tidakkah PAS sedar bahawa DAP adalah parti yang bersifat sekular yang terang-terang menemplak dan menolak perjuangan menegakkan negara Islam dan undang-undang Hudud.

Karpal Sigh ( DAP ) , pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya sebelum melaksanakan cita-cita itu. Ketika menjelangnya Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tahun lalu, DAP di dalam kongresnya menegaskan bahawa parti itu tidak dapat menerima kewujudan negara Islam. Terbaru ialah kenyataan dua beranak. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang mengaskan bahawa undang-undang hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat dan menegaskan bahawa Malaysia mestilah kekal sebagai negara sekular.

Walaupun perlembagaan UMNO menegakkan negara islam sebagai agenda, perjuangannya tetap mempunyai matlamat sama iaitu agama, bangsa dan tanah air. Sumbangan UMNO dalam menegakkan syiar islam dinegara ini adalah hakikat yang diketahui umum.

PAS hanyalah sebuah parti kecil dalam kerajaan campuran di Selangor dan Perak. Dikedua-dua negeri itu, PAS berada dalam dilema kerana terpaksa tunduk kepada serta tekanan DAP dan PKR.

Di Pulau Pinang, PAS langsung tidak diberi “MUKA”. Ini adalah satu penolakan secara “HALUS” oleh DAP terhadap PAS di Pulau Pinang. Dua ahli Exco Melayu dari PKR yang dilantik dalam Kerajaan DAP hanyalah sebagai “ KOSMETIK “ dan “ BONEKA “ semata-mata.

Di Perak, Menteri Besarnya dilantik daripada PAS bukan kerana ia suara majoriti tetapi kerana Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar dikalangan orang Melayu beragama Islam seperti mana terkandung dalam Perkara 12 (1) (2) Perlembagaannya.

PAS jangan lupa apa yang pernah diungkapkan Dr Burhanuddin dalam mempertahankan hak orang Melayu. Dr Burhanuddin ketika mesyuarat agung PAS yang ke -12 (1964) menegaskan dalam ucapannya : “ Kalau Tanah Melayu ini misalnya, mengikut hak asasi dan hak asalnya dipunyai oleh bangsa Melayu, maka tentu salah hendaknya ada bangsa lain bernafsu jahat untuk merebut dan menjadikan negeri ini hak bangsanya pula.”

Penyelesaian terbaik ialah PAS dan UMNO duduk bermuzakarah dan kembali bertaut memperjuangkan Islam dan kedudukan Melayu yang semakin di cabar sejak kebelakangan ini. Kedudukan orang Melayu di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor semakin tidak menentu kerana pengaruh DAP yang kuat di dalam pentadbiran negeri-negeri terbabit.

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | Leave a Comment »

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 2 Januari 2009

tahun-baru

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Sikap Kaum Cina terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 27 Disember 2008

Oleh: Anak Dara Pingitan Mantap

Punca 13 Mei adalah cukup mudah – sikap kaum China terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia . Amnya kaum Cina tersangat benci kepada Artikel 153. Bagi masyarakat Cina Artikel 153 meletakkan bangsa Melayu yang mereka pandang rendah dalam segala aspek di satu aras tinggi yang tidak wajar. Kerana Artikel 153 bukan setakat mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, bahkan menjamin kedudukan itu.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 1 Comment »