Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Gempar…Anwar Ibrahim MURTAD?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 27 Disember 2010

Oleh : Hatta_Adnan

Pluralisme adalah salah satu perjuang Anwar sejak dulu lagi. Beliau ke serata dunia memberi ceramah dan penerangan mengenai pluralisme. Di “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Plurisma dalam Dua Dunia)di LCE (The London School of Economics and Political Science), United Kingdom ,Anwar menyindir dan mengkritik umat Islam.

Menurut Anwar pihak yang tidak menerima fahaman pluralsime agama adalah jumud dan konservatif. Semasa ceramah beliau berkata umat Islam harus terbuka dan terus menuduh umat Islam yang menolak pluralisme sebagai pihak yang terlibat dalam satu perancangan untuk menyerang agama lain terutamanya Kristian yang mahu memurtadkan dan menukarkan akidah kelompok Islam.

Anwar berkata pluralisme amat ditakuti oleh golongan Islam malah menuduh golongan yang menolak pluralisme bagaikan takut kepada bayang bayang.Anwar menyokong Lina Joy murtad,beliau turut mempersoalkan mengapa harus diambil tindakan kepada Lina Joy yang mahu murtad. Paling menyesakkan dada apabila Anwar memperalatkan dan memanipulasi makna ‘Maqasid Syariah'(objektif perundangan syariah) untuk menghalalkan idea beliau. “Maqasid Syariah” dipergunakan untuk mencapai matlamat besar Anwar bagi menghalalkan pluralisme agama.

Yang terkini apabila Mufti Perak berkata adalah haram mengamalkan pluralisme.Petikan dari Utusan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, orang Islam yang berfahaman pluralisme agama iaitu mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar adalah kafir dan murtad. Menurutnya, fahaman seperti itu adalah haram dan jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah.

”Pluralisme adalah haram. Kita mana boleh kata semua agama sama dengan Islam. Kalau orang Islam kata semua agama adalah sama dengan Islam, mereka yang berkata begitu adalah kafir. ”Dalam kitab dan hukum syarak telah menyebut mereka yang mengamalkan fahaman pluralisme dianggap sebagai kafir dan murtad,”

Justeru adakah Anwar sudah jatuh murtad apabila beliau begitu bersungguh sungguh mempromosi pluralisme? Berdasarkan tafsiran Mufti Perak,Anwar sudah lama jatuh murtad kerana bertahun lamanya Anwar memperjuangkan pluralisme agama.

Petikan Dari : Blog Anwar Pembohong

Advertisement

Satu Respons kepada “Gempar…Anwar Ibrahim MURTAD?”

  1. sumir said

    Andaikata yang didakwa merogol amah itu bukanlah seorang Menteri dari Barisan Nasional tetapi ianya adalah Anwar Ibrahim, pasti kita akan menyaksikan Anwar Ibrahim akan diheret kemuka pengadilan dengan sepantas kilat, tak kiralah walau dimana beliau berada samada didalam Malaysia atau di Turki.

    Necsaya akan merengkoklah Anwar dalam penjara dalam kadar segera.. mungkinkah akan lebam kedua-dua belah matanya pula..

    Maka akan riuh-rendahlah media-media tunggangan UMNO memainkan isu ini selama 7 hari 7 malam jika mengizinkan akan dimainkan isu ini sehingga PRU13 nanti.. Gegak gempitalah seluruh blog yang menyokong UMNO/BN memainkan isu ini.

    Akan diketawakan mereka penyokong PKR yang bermati-matian menyokong Anwar.. ditertawakan akan kebodohan mereka kerana terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.

    Najib nescaya akan berkata “Lihatlah bagaimana bijaknya Anwar menipu rakyat jelata, berpura-pura seperti insan yang baik, padahal diri terpalit penuh noda. Hentikanlah menyokong PKR sokonglah UMNO yang dibarisi pemimpin yang bersih.”

    Nazri mungkin berkata “ Terbukti Anwar memang hipokrit”

    Andaikata Anwar yang dituduh merogol itu, Saiful pasti akan turut gembira, gembira kerana kononnya bukan dia saja yang menjadi mangsa malah ada lagi manusia yang turut menjadi mangsa kerakusan nafsu Anwar yang menggila tanpa mengenal jantina.

    Tapi itu andaikata Anwar yang dituduh merogol amah bukannya Menteri dari Barisan Nasional punya kerja..

    Kita telah melihat Media tunggangan UMNO menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada berikutan pendedahan WikiLeaks tentang kisah tuduhan liwat keatas Anwar mereka memainkan isu itu seolah-olah apa yang didedahkan oleh WikiLeaks itu memang benar biarpun pihak Singapura mengatakan apa yang didedahkan oleh Wikileaks itu tidak selari dengan maklumat yang ada pada mereka.

    Apabila ada pendedahan oleh WikiLeaks yang menyentuh mengenai isu Najib dan Altantuya seluruh Media tunggangan UMNO menutup pendedahan itu dengan sebaik mungkin..

    Dan bila ada lagi pendedahan oleh WikiLeaks yang dibongkar keluar oleh Rocky Bru melibatkan kisah rogol seorang Menteri.. disiarkan di berbagai-bagai blog tak kira menyokong BN atau PR hingga kini tiada sebarang penafian dari pihak yang berkenaan.

    Adakah ini kerana Menteri itu merupakan Veteran UMNO yang masih bernilai disisi Najib maka Menteri itu sewajarnya diberikan imuniti?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: