Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for September 2010

Lim Guan Eng Berzakat guna duit HARAM ?? Apa punya orang !!!

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 30 September 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Majlis penyerahan Wang Ehsan Buat Warga Emas di Pulau Pinang tetapi mengunakan sumber yang tidak halal oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Kekecewaan, tertipu dan marah, itulah yang diluahkan oleh golongan warga emas dan fakir miskin apabila berasa maruah mereka menjadi taruhan dan alat politik pembohongan kerajaan negeri Pulau Pinang. Warga Mas menyerahkan kembali wang yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak mahu bersubahat kerana ada unsur judi di dalam pemberian bantuan program membasmi kemiskinan dan termasuklah pemberian wang ehsan, ini berikut pembohongan Guan Eng yang pada pulanya dinafikan sekeras-kerasnya.

Malah ada di antara mereka turut melahirkan rasa tertipu dan marah apabila menyedari Guan Eng sendiri mengaku menerima sumbangan unsur judi daripada Kelab Lumba Kuda. Mereka turut mahu menyerahkan kembali wang sumbangan yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak dapat menerima pembohongan yang dilakukan terang terangan oleh Lim Guan Eng Si Lidah Biawak ini.

Walaupun niat Lim Guan Eng itu baik, mahu meringgankan sedikit beban orang-orang Melayu warga emas di negeri itu, namun mengunakan sumber yang haram adalah jelas haram dan bercanggah dengan ajaran Islam. Wang tersebut dipercayai hasil taruhan Lumba Kuda dan ini menjadi dalil utama mengapa wang derma itu dikatakan haram. Yang haram, tetap haram dan LGE sepatutnya menjadikan YB. Salleh Man iaitu salah seorang Exco PAS dalam kerajaannya sebagai penasihat agama Islam. Sudah terhantuk baru nak bergadah, ini tidak patut berlaku malahan pula melibatkan rakyat yang berbilang kaum dan agama. Timbul pula isu dimana puak-puak tegar Pakatan Rakyat, menyelar tindakan kerajaan persekutuan mengunakan cukai-cukai kedai judi, arak daan kelab-kelab malam dan judi dimana adakah halal pula diberikan kepada rakyat? Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 15 Comments »

Dialog Negarawan dan Isu Semasa Anjuran Pergerakan Puteri Umno Malaysia

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 28 September 2010

Oleh : Tun Teja Millenia

Bertajuk “Survival Masa Hadapan, Pengajaran Masa Lalu” program Dialog Negarawan dan Isu Semasa anjuran Puteri Umno Malaysia berjaya menarik ahli-ahli puteri Umno, badan-badan NGO dan rakan-rakan pemerhati yang lain untuk turut serta mengikuti program ini pada 27 haribulan September 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini . Kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohammad semestinya menjadi tarikan utama kepada program ini. Baca baki entri ini »

Posted in Program | 1 Comment »

Double Standard Lim Guan Eng HANCURKAN Melayu di Penang !!!

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 22 September 2010

Oleh : Hatta_Adnan

Kerajaan republik sosialis of Penang di bawah ketua menteri dalam sejarah negeri pulau pinang yang pasti akan dikenang oleh penyokong2 nya kerana tetap dengan pendiriannya meneruskan dasar cina didahulukan,double standart diutamakan. Kita semua maklum kampung kampung melayu seperti Kampung Jalan Pokok Asam Jelutong dan di Kampung Permatang Tepi Laut,Batu Maung akan dirobohkan tidak lama lagi. Dua kampung ini diberi tempoh sehingga selepas hari raya ini.Ketika ini bila bila masa kerja merobohkan kampung akan dijalankan.

Malah penduduk dua kampung ini langsung tidak dibela dan tidak dilayan oleh kerajaan negeri dibawah ketua menteri paling tidak berhati perut dalam sejarah.Sebaliknya dilayan bagaikan paria di tepi jalan.Penduduk kampung ditendang kesana sini bagaikan bola oleh Guan Eng dan Jeff Oii.Pelbagai alasan diberikan.Pelbagai janji diberikan akhirnya kampung tetap bakal dirobohkan,wang pampasan hanya 20 ribu rumah pun tidak diganti. Perkara yang sama turut berlaku terhadap Kampung Buah Pala yang penduduknya terdiri daripada kaum India.Mereka dihalau dan janji kerajaan negeri untuk menyelesaikan masaalah tidak ditunaikan.’ Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 12 Comments »

Budaya Mempolitikkan Kes Jenayah

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 21 September 2010

Oleh: Kawan Lama

Tragedi pembunuhan Allahyarhamah Dato Sosilawati Lawiya bersama tiga orang yang lain pada 30 Ogos 2010 lalu merupakan satu lagi kes pembunuhan kejam yang perlu kita pandang serius. Kita tidak tahu berapa banyakkah jumlah kes pembunuhan kejam yang telah berlaku. Namun apa yang pasti, kita tidak akan melupakan tragedi pembunuhan kejam Allahyarham Dato’ Mazlan dan Mendiang Canny Ong, Ekoran daripada kes-kes seperti ini, pelbagai reaksi yang dipaparkan oleh masyarakat umum. Walau apapun luahan yang dipaparkan oleh umum, namun kita masih lagi merupakan warga Malaysia yang tetap menghormati undang-undang dan Perlembagaan Negara. Tiada kelihatan demonstasi jalanan mahupun ketegangan kaum yang terjadi.

Semasa berhari raya di rumah sanak saudara dan rakan taulan, cerita kes pembunahan Dato Sosilawati merupakan topik hangat. Ada macam-macam pandangan dan telahan yang diutarakan. Namun apa yang menarik dan hangat dipersoalkan adalah mengenai suspek utama kes pembunuhan tersebut – seorang peguam! Di manakah letaknya intergriti seorang pengamal undang-undang? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik | Leave a Comment »

MELAYU TIADA LAGI…….

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 8 September 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Akibat daripada perpecahan Melayu, kekuatan Melayu di dalam kerajaan sudah tiada. Walaupun terdapat tekanan yang semakin lantang menuntut Kerajaan memperkasakan hak-hak keistimewaan Melayu oleh pertubuhan-pertubuhan pro Melayu tetapi sebenarnya, tangan dan kaki Perdana Menteri Najib Razak telah terikat.

Setiap kali Najib Razak cuba mengambil langkah memartabatkan bangsa dan agamanya, dan setiap kali Najib Razak cuba menangani permasalahan anak bangsa dan mendaulatkan Islam berdasarkan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan, dia sentiasa terikat kepada hakikat, kerajaannya akan tumbang bila-bila masa sahaja tanpa sokongan ADR Bukan Islam dan lain-lain kaum.

Kepada pertubuhan-pertubuhan Melayu, sekarang bukanlah masanya untuk bangkit dengan pelbagai tuntutan sebaliknya, mereka perlu mengumpul segala sumber dan tenaga kearah mengukuhkan kepada kedudukan Melayu di dalam Kerajaan Malaysia.

Dengan hanya pengukuhan semula penguasaan Melayu di dalam kerajaan sahajalah, baru tuntutan-tuntutan kita dapat ditunaikan. Menekan Perdana Menteri Najib Razak dengan tuntutan Pro Melayu di saat ini hanya akan mencurahkan petrol ke atas bara yang sedang merah membara. Kita, baik Islam, Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum hanya akan terbakar dan melecur akibatnya.

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

70 PERATUS AHLI UMNO TIDAK MENDAFTAR LAGI DENGAN SPR? UMNO TIDUR LAGI?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 6 September 2010

oleh: Tun Teja Millenia

Sungguh memeranjatkan apabila terdengar berita bahawa 70 peratus ahli Umno masih lagi belum berdaftar sebagai pengundi di Suruhanjaya Pilihanraya. Di dalam waktu yang sangat singkat menjelang Pilihanraya ke-13, berita ini amat menyedihkan, merisaukan dan yang paling utama memalukan. Bagaimanakah perkara sebegini boleh dibiarkan?

Selepas tsunami PRU ke-12 melanda negara kita, kekecohan demi kekecohan terus berlaku di dalam arena politik. Bagi pihak yang sebelum ini selesa dan leka dengan kedudukan masing-masing, terpinga-pinga menerima kekalahan teruk di dalam pilihanraya tersebut. Manakala pihak pembangkang yang telah berjaya menaiki takhta merasakan seolah-olah berada di dalam mimpi indah yang tidak berkesudahan. Namun senario ini adalah hanya permulaan di satu episod yang bakal menenggelamkan orang Melayu yang paling banyak menerima bahana pertukaran kuasa ini. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | 1 Comment »

PAS Ketepikan Hukum Hudud Demi DAP

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 September 2010

Oleh: Kawan Lama

PAS hari ini secara terang-terangan mengesahkan bahawa parti PAS adalah sebuah parti yang hanya memperguna dan memperalatkan agama Islam dalam usaha untuk mendapatkan kuasa politik. Pada 2 September 2010 lalu, bertempat di Kota Bharu, Kelantan, negeri ysang dikuasai PAS sejak tahun 1990 lagi, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui bahawa hukum Hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang ( DAP, PAS dan PKR ) menang PRU 13 kelak. Beliau menegaskan bahawa mereka dalam pakatan pembangkang telah sebulat suara dan bersetuju untuk tidak membincangkan perlaksanaaan hukum Hudud. Ironinya, para pemimpin PAS seperti Haji Hadi, Nik Aziz, Nasarudin, Harun Din, Hassan Ali, Mustafa Ali, Ahmad Sabu dan ramai lagi, yang dilihat garang dan berani mati untuk menegakkan perjuangan PAS dalam melaksanakan hukum Hudud, juga bersetuju tanpa bantahan terhadap ‘halangan’ besar dalam kerjasama pakatan pembangkang. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Kursuskan DAP,PKR dan PAS sebelum kursuskan UMNO !!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 September 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Sketsa jiwa dan pandangan terdetik bila isu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan pembangunan Usahawan Shah Alam ni dari PKR, Yaakob Sapari ingin mengadakan kursus agama secara percuma kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO…Dahsyat sungguh, Tinggi bebenor ilmu agama si Yaakob Sapari ni yer…!

Adakah patut? Sepatutnya Si Yaakob Sapari ni mengadakan kursus agama terlebih dahulu kepada ahli DAP dan PAS mahupun KEADILAN sebelum kesediaan untuk memberi kursus kepada pemimpin UMNO…. Pendapat yang lain sepatutnya kursus tersebut diberikan kepada individu-individu bukan islam agar lebih jelas tentang tatasusila orang islam. Cermin diri sendiri dulu sebelum bercerita pasal orang lain !

Sepatutnya Si Yaakob ni tubuhkan biro dakwah untuk DAP yang semakin kurang ajar dan parti-parti pembangkang yang lain adalah tindakan paling afdal berbanding memberi kursus percuma yang tidak memberi apa-apa kepentingan. Kalau di lihat, pemimpin parti DAP semakin berani mencemar masjid-masjid di Negara ini dengan memberi takzirah kepada orang islam tanpa menutup aurat. Yang orang islam ni …fuuhhh bila pandang perempuan cantik bagi takzirah dengan tidak bertudung…CAIR HABIS…..senyum pun dah macam kerang busuk… ! Senang-senang jer pemimpin parti politik pembangkang mencabuli hak asasi umat islam. Memalukan sungguh… ! Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 2 Comments »

MCA JELAS SANGAT BERANI MENYANGGAH PERLEMBAGAAN……..!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 September 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Selepas satu dekad Gabungan Persatuan –persatuan Cina (Suqui) membuat 83 tuntutan yang menafikan hak orang Melayu dan Bumiputera yang lain, kini Malaysian Chinese Association (MCA) pula mengambil langkah yang sama atas nama perjuangan kaum Cina. Sebanyak 12 tuntutan yang dikemukakan oleh MCA, hasil resolusi Kongres Ekonomi Cina yang diadakan pada 14 Ogos lalu, merupakan desakan untuk memenangi sokongan kaum Cina dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang. Sebagaimana Suqui mengambil peluang mengemukakan tuntutan menjelang PRU 1999, sekarang giliran MCA pula. Democratic Action Party (DAP) yang sudah lama memperjuangkan politik perkauman sempit seolah-olah mendapat tonik baharu untuk menghadapi pilihanraya kelak.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek secara terus terang dan berani bersedia berkongsi pandangan dengan DAP, meskipun sedar bahawa tindakannya itu akan menimbulkan persoalan dan kemarahan. Malah beliau terang-terangan membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris hati kaum lain. Baca baki entri ini »

Posted in Politik | 1 Comment »

Namewee Kebal?

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 1 September 2010

Oleh: Kawan Lama

Namewee dah rasa diri dia kebal? Dulu masa buat videoclip dalam u tube mempermain-mainkan lagu ‘Negaraku’ jadi ‘Negarakuku’, atas dasar kesian kerajaan sendiri bagi alasan – kononnya budak metah, dan kita nak jaga keharmonian kaum. Guna le muka bapak Namewee untuk mintak belas kesian dari kerajaan.

Terbaru ni, Namawee buat hal lagi. Kali ni kononnya nak bela budak sekolah yang kena hamun dengan cikgu besar kat sekolah semasa assembly pagi. Nak jadikan besar, heboh-heboh le pasal kenyataan berbaur perkauman oleh cikgu besar tu. Yang kita tak tahu apa yang dilakukan atau dikatakan oleh bebudak yang biadap tu terhadap cikgu besar tuuu. Mungkin kot budak tu buat hal dulu yang menyebabkan cikgu besar tu bertindak demikian. Entah apa yang dikatakan oleh budak tu, langsung tak ditimbulkan atau ditimbulkan. Mungkin perkara ini sengaja dirancang kot. Tau-tau ape le nak jadi sekarang ni…. Cikgu besar ni pun satu hal.  Tak bolehh le macam tu… macam tak rasional je tindakan beliau. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | 3 Comments »