Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 30 Ogos 2010

ERTI Kemerdekaan……..dulu dan kini?????

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Ogos 2010

Oleh: Kawan Lama

Esok 31 Ogos 2010 genaplah 53 tahun Malaysia merdeka. Setiap kerajaan negeri sedang mengaturkan progam-program sambutan kemerdekaan masing-masing. Sebagai ibunegera Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setiap tahun mengadakannya di Dataran Merdeka/Bangunan Sultan Abdul Samad. Bermula mala mini, kemeriahan dan keghairahan sambutan kemerdekaan akan dapat dirasai dan dinikmati oleh warga kota. Pada kebiasaannya, pada Merdeka Eve ini, ia bermula dengan aturcara bacaan tahlil di masjid-masjid. Kemudian di ikuti dengan hiburan di Padang Dataran Merdeka/ Kelab Sultan Sulaiman. Pada kemuncaknya, YAB Perdana Meenteri akan melaungkan Kemerdekaan sebanyak tujuh kali dan dikuti oleh rakyat /para penonton yang hadir. Apakah kemeriahan dan kegairahan sambutan kemerdekaan kebelakangan ini berupaya menterjemahkan sekelumit apa yang dirasai 53 tahun dahulu?

Nikmat dan erti kemerdekaan hari ini adalah jauh berbeza dengan tahun 1957. Semangat, perasaan gembira bercampur hiba semua terasa. Tanggal 31Ogos 1957 meruapakan tarikh keramat bagi penduduk Tanah Melayu kerana mendapat hak ke atas diri dan bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN…..

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Ogos 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Kami warga Sahabat Mantap ingin mengambil kesempatan mengucapkan ” SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53 TAHUN ” kepada semua rakyat di negara ini…..begitu juga kawan-kawan bloggers yang lain….

Salam 1Malaysia…

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »