Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KEMPEN MELAYU HIDUPKAN MELAYU

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 25 Ogos 2010

Oleh : Tun Teja Millenia

Sudah masanya untuk orang Melayu bangun dan bersatu untuk menjaga kepentingan bersama mulai saat ini. Mengambil sikap tidak acuh dan selesa serta leka akan  mengakibatkan anak cucu kita kehilangan segala kemudahan yang telah kita nikmati sejak kita merdeka. Apalah ertinya kemerdekaan jika kita tidak mampu bertuan di tanah sendiri? Apalah ertinya kemerdekaan jika kita terus diasak dengan bertubi-tubi supaya melepaskan hak kita sebagai orang Melayu? Dan apalah ertinya kemerdekaan jika kita membiarkan bangsa kita ditindas oleh bangsa lain?

Dimana silap kita? Apakah kerana sikap kita orang Melayu yang sangat pemurah? Sikap yang sangat bertolak ansur? Atau sikap yang terlalu menjaga hati hingga menyusahkan diri sendiri? Tidak ingatkah kita kepada pepatah Melayu “Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali” yang sering dilupakan? Sejauh manakah kita memahami pepatah ini?

Jelas sungguh oleh kerana sikap terlalu bertoleransi yang sentiasa kita amalkan mengakibatkan orang lain mengambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah bangsa  dan seterusnya merosakkan masa depan anak-anak kita. Apakah tindakan kita hari ini? Apakah kita hanya akan menunggu saudara-saudara kita memulakan perjuangan dan kita hanya menurut dari belakang? Atau kita hanya mengambil sikap orang lain akan membetulkan keadaan ini, lebih selamat jika kita hanya tunggu dan lihat…..jika ini sikap kita…maka tiada ertilah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu untuk kita hari ini.

Sekali lagi ingin saya sentuh tentang perpaduan orang Melayu yang tidak keterlaluan jika kita katakan sangat tenat. Masih degil dengan pendirian masing-masing, masih degil dengan fahaman ideologi masing-masing dan makin rancak menjatuhkan sesama sendiri serta masih tidak mahu mengenepikan ego masing-masing. Bila kita akan sedar bahawa sikap ini akan membawa kehancuran maksima? Kenapa kita masih membiarkan perkara ini berlaku walhal akal kita yang bijak tahu akan akibatnya nanti? Kita bukan lagi orang yang tidak terpelajar dan mengkaji sejarah. Kita bukan lagi buta huruf. Kita bukan lagi miskin bahkan sudah kaya dengan segala-galanya. Kehidupan kita jauh lebih mewah sekarang jika dibandingkan dengan 53 tahun dahulu. Pernahkah kita bersyukur? Pernahkah kita berterima kasih diatas segala kenikmatan yang kita kecapi? Tetapi hari ini kita hanya tahu merungut dan kita hanya tahu menyalahkan serta kita hanya tahu menerima tidak memberi. Kita hanya mementingkan diri sendiri tidak orang lain. Inikah orang Melayu? Itukah jati diri kita?

Bangkitlah wahai bangsa Melayu. Hari ini perjuangan anda perlu bermula untuk menjaga agama kita, menjaga kedaulatan bangsa kita, menjaga masa depan anak cucu bangsa kita dan menjaga keamanan negara kita. Jangan tunggu orang lain untuk memulakannya. Kita terhutang kepada diri kita untuk melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Mulakan dengan menyatu-padukan bangsa kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Tidak ada ruginya jika kita bersama mengganding bahu memulihkan jambatan silaturahim yang kian hancur. Tepikan perbezaaan fahaman kita dan raikan persamaan kita. Kasihanilah bangsa kita yang kian menuju kehancuran dan serba kekurangan di dalam semua bidang. Hentikan semua persengketaan dan mulakan sokongan terhadap bangsa kita. Mari kita mulakan dengan kempen Melayu Menghidupkan Melayu dan bukan mengamalkan sikap Melayu menjatuhkan Melayu. Berikan teguran yang ikhlas dan membina bukan teguran menghina. Bantu saudara kita yang susah dan mulakan kempen membeli barangan keluaran orang Melayu. Bantu perusahaan orang Melayu. Pendek kata sokonglah orang Melayu didalam segala bidang selagi ia tidak membawa musibah dan memudaratkan.

Berkat di bulan yang mulia Ramadhan ini dan kebetulan kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 53, marilah kita sama-sama memulakan usaha untuk menuju penyatuan dan bersama-sama memperjuangkan kedaulatan bangsa kita. Buang sikap kita yang tidak wajar diamalkan. Jangan biarkan bangsa lain mengambil kesempatan di atas kealpaan kita untuk memijak kita di bumi sendiri.

Wang ringgit dan pangkat itu perlu. Perlu kita terus menjana dan pertahankan untuk kepentingan semua bukan sekadar untuk diri kita atau keluarga kita sahaja. Dan kita wajib berjuang untuk merpertahankan itu semua kerana apa yang kita nikmati hari ini adalah berkat hasil perjuangan pemimpin Melayu terdahulu. Didiklah anak bangsa kita tentang sejarah masa lalu dan kepayahan yang terpaksa diharungi supaya mereka faham dan menghargai apa yang dinikmati hari ini bukanlah sesuatu yang terhasil dengan mudah. Terapkan nilai-nilai murni dan semangat untuk berkhidmat kepada semua dan bukan sekadar menunggu untuk diberi makan dan sentiasa memerlukan bantuan. Apa yang jelas hari ini bangsa Melayu lebih mampu untuk berdaya saing jika sama-sama memainkan peranan bukannya merebahkan bangsa sendiri semata-mata untuk wang, pangkat dan harta untuk kepentingan sendiri. Perlu ada sikap ingin menyumbang kepada bangsa sendiri tanpa mengira fahaman, ideologi atau darjat.

Jika kita terus memekik dan melaung-laungkan kempen fitnah dan nista terhadap bangsa sendiri, apakah ianya dapat menjamin kesejahteraan negara dan bangsa kita? Dapatkah ia membantu kita semua hari ini, esok atau lusa? Masa lena sudah berlalu. Sudah tiba masanya untuk kita sedar dan memulakan pembaharuan yang positif yang seiring dengan tuntutan ugama kita, Islam.

Satu Respons to “KEMPEN MELAYU HIDUPKAN MELAYU”

  1. rahim_xo said

    masaalah sebenarnya ialah orang2 melayu sendiri yg bersekongkol dgn dap utk musnahkan melayu dan islam dari umno habis… camne..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: