Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 25 Ogos 2010

KEMPEN MELAYU HIDUPKAN MELAYU

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 25 Ogos 2010

Oleh : Tun Teja Millenia

Sudah masanya untuk orang Melayu bangun dan bersatu untuk menjaga kepentingan bersama mulai saat ini. Mengambil sikap tidak acuh dan selesa serta leka akan  mengakibatkan anak cucu kita kehilangan segala kemudahan yang telah kita nikmati sejak kita merdeka. Apalah ertinya kemerdekaan jika kita tidak mampu bertuan di tanah sendiri? Apalah ertinya kemerdekaan jika kita terus diasak dengan bertubi-tubi supaya melepaskan hak kita sebagai orang Melayu? Dan apalah ertinya kemerdekaan jika kita membiarkan bangsa kita ditindas oleh bangsa lain?

Dimana silap kita? Apakah kerana sikap kita orang Melayu yang sangat pemurah? Sikap yang sangat bertolak ansur? Atau sikap yang terlalu menjaga hati hingga menyusahkan diri sendiri? Tidak ingatkah kita kepada pepatah Melayu “Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali” yang sering dilupakan? Sejauh manakah kita memahami pepatah ini? Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain, Politik | 1 Comment »