Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kenyataan Soi Lek Berteraskan Agenda Tersirat Kaum Cina I?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 24 Ogos 2010

Oleh: Kawan Lama

Majlis Kongres Ekonomi Cina (MKEC) yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia telah pun berakhir kelmarin. 13 resolusi yang telah dizahirkan MKEC. Kenyataan-kenyataan Presiden MCA, YB Dato Seri Chua Soi Lek juga amat menarik sekali untuk ditelusuri bersama. Penulis hanya boleh merangkumkan bahawa apa yang dihasilkan dalam MKEC dan kenyataan Chua Soi Lek memperlihatkan arus perubahan terbaru daripada masyarakat kaum Cina yang selama ini didokongi oleh, persatuan-persatuan NGO/Dewan Perniagaan dan parti politik dominan yang mewakili kaum Cina. Apakah motif sebenar mereka? Apakah yang mereka cuba gambarkan kepada masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu dan kaum bumiputra?

Kenyataan Soi Lek yang memperlihatkan seolah-olah MCA telah membelakangkan sejarah penubuhan dan pegangan dalam BN yang diamalkan sejak kesekian lmanya. Kenyataan beliau bahawa mereka tidak perlu rasa bersalah kepada sesiapa kerana mempunyai pandangan dan tatacara sama seperti DAP adalah sesuatu yang tidk boleh dipandang remeh.  Walaupun beliau kemudiannya menyatakan bahawa ia hanya merupakan suatu pandangan bukannya desakan. Walau apapun, ‘What needed to be said was said and done’.  Whatsoever, the message had been delivered and understood especially by my own people’.

Adakah Soi Lek nak memaklumkan kepada UMNO dan orang Melayu bahawa ini adalah MCA Baru. Sebagai barisan kepimpinan baru, pendekatan yang dipilih ini adalah amat perlu demi kelangsungan ‘survival’ MCA. Ramai yang berpendapat bahawa tindakan MCA era kepimpinan Soi Lek ini adalah lebih menjurus untuk selamatkan MCA daripada terus relevan sebagai parti terunggul yang mewakili masyarakat Cina

Apakah mungkin tindakan Soi Lek ini lebih menggambarkan kepada perkara tersirat dan sesuatu agenda yang besar. Apakah agenda tersirat/besar yang dimaksudkan? . Kebenarannya ada tapi penulis rasa ada yang lebih besar daripada itu. Lanskap geo-ekonomi dan geo-politik kaum Cina perlu diperkukuhkan dan diperbesarkan. MCA mesti mengikut kehendak dan tuntutan persatuan-persatuan Cina dan melindungi kekayaan dan kepentingan yang telah diperolehi masyarakat kaum Cina khususnya; tanpa ada kekangan daripada mana-mana pihak. Kedudukan dalam  Persatuan cina mengatasi kedudukan dalam badan politik.  Buat masa ini, DAP dilihat lebih dekat dan menjadi ‘juara’ kepada agenda persatuan cina..  Sejauh manakah kebenarannya, kita pun sama-sama menilainya sendiri.

Masyarakat Cina dari perspektif politik diwakili oleh tiga parti utama iaitu, MCA, Gerakan dan DAP ( tidak termasuk parti-parti politik pelbagai kaum seperti dalam PKR dan parti-parti di Sabah dan Sarawak). Dua di antaranya adalah dalam kerajaan BN iaitu MCA dan Gerakan manakala satu lagi adalah di luar kerajaan/Pembangkang iaitu DAP. Sebagai kelompok masyarakat kedua terbesar selepas bangsa Melayu, kaum Cina merangkumi lebih kurang 30% penduduk Malaysia. Namun mereka diwakili dan perjuangkan bukan sahaja dari dalam organisasi politik malahan juga badan-badan NGO. Justeru itu, jika berlaku perubahan kepimpinan politik, mereka tetap mempunyai wakil dalam kerajaan yang sentiasa akan memperjuangkan kehendak dan mempertahankan kepentingan mereka.

Penulis ingin menyorot kembali beberapa peristiwa/sejarah yang berkaitan dengan tuntutan kaum cina seperti di bawah:

Peristiwa Sebelum Merdeka/Sebelum Menjadi Warganegara:

Sebelum merdeka, kaum pendatang cina di Tanah Melayu tidak mempunyai badan politik yang mewakili mereka. Mereka meletakkan kepercayaan kepada tokoh-tokoh perniagaan dan persatuan/kongsi. Peranan yang dimainkan oleh tokoh/wakil kaum cina ini amat besar. Mereka diberikan kepercayaan bukan sahaja oleh kaum mereka malahan bangsa penjajah. Tokoh-tokoh penting dalam masyarakat cina pada masa itu amat rapat dengan pemerintah British di Tanah Melayu. Penulis masih ingat antara nama-nama besar kaum cina pada masa itu adalah Lee Kuan Yew, Tan Cheng Lock dan Tan Chee Koon. Di atas kepercayaan inilah maka mereka mengeksploitasi hubungan baik dengan penjajah. Bagi mereka, penjajah Bristish adalah satu-satunya harapan untuk mereka mendapat tempat di negara ini.

Kaum pendatang cina pernah meminta kepada penjajah Inggeris agar mereka menjadi pentadbir/pemimpin di negeri-negeri Selat iaitu Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Penjajah Inggeris perlu berikan kuasa pemerintahan/pentadbiran kepada kaum cina kerana mereka merupakan penyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Alasan lain yang digunapakai pada ketika itu adalah untuk menjaga harta dan kekayaan mereka,

Kaum pendatang ini juga telah melahirkan rasa kurang keyakinan mereka terhadap keupayaan orang Melayu untuk megurus-tadbir Tanah Melayu kerana mereka berpendapat orang Melayu ini lemah. Walau apa pun alasan yang diberikan, penulis berpendapat bahawa isu sebenarnya adalah kekuatan yang ada pada negeri-negeri Selat iaitu ‘pintu masuk ekonomi’ ke Tanah Melayu. Sebenarnya mereka takut sekiranya orang Melayu yang mentadbirnya, maka kekayaan yang telah dan akan dikaut oleh mereka mungkin berkurangan. Tambahan pula inilah peluang yang ada untuk mereka mempunyai kuasa politik total terhadap sesebuah kawasan luar daripada negara asal mereka.

Namun pihak penjajah Inggeris tidak terperangkap dengan permainan kata-kata dan umpanan tokoh-tokoh ternama cina pada masa itu. Mereka juga mempunyai kepentingan di Tanah Melayu khususnya negeri-negeri Selat. Sekiranya mereka memberikan kuasa total kepada tokoh cina, maka kepentingan mereka sendiri akan terhakis. Tambahan pula, pada masa itu, perusahaan getah dan timah begitu melambung.

Kita tidak lupa pada apa yang terkandung dalam Malayan Union. Mereka telah berjumpa dengan pemimpin penjajah agar dimasukkan klausa untuk memberikan kewarganegaraan secara jus soli. Lantaran itu, orang Melayu bangkit tentang Malayan Union.

Tuntutan taraf kewarganegaraan tidak terhenti di situ sahaja. Mengetahui bahawa penjajah Inggeris akan mmeberikan kemerdekaan kpada Tanah Melayu, mereka telah menekan pihak penjajah Inggeris agar meletakkan kewarganegaraan kaum pendatang sebagai salah satu syarat utama. Dengan lain perkataan, pemimpin dan orang Melayu tidak ada pilihan lain selain darip0ada mesti menerima kaum pendatang sebagai warganegara jika mahu kemerdekaan.

Dengan rasa penuh tanggung jawab untuk memerdekakan Bumi Melayu dan memastikan nasib agama dan bangsa bebas daripada cengkaman kemunduran dan kemiskinan, maka pemimpin Melayu telah turun ke seluruh pelusuk Tanahair memberikan penerangan peri pentingnya kita menerima kaum pendatang ini. Orang Melayu yang taat, setia dan yakin atas pemimpin mereka telah memberikan persetujuan.

Penulis menyaksikan dokumentari mengenai Darurat Tanah Melayu yang kuatkuasakan oleh penjajah Inggeris melalui siaran Astro baru-baru ini. Kaum pendatang cina juga pernah berusaha untuk mendapatkan kuasa politik total ke atas Tanah Melayu secara kasar dan kejam. Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Chin Peng dianggotai oleh kesemuanya kaum pendatang cina. Ramai pemimpin kecil dan besar Melayu dibunuh. Orang Melayu terseksa akibat kekejaman PKM. Kebanyakan kaum pendatang cina pada masa itu telah memberikan sokongan secara tetrang-terangan dan ada yang secara diam-diam. Apabila penajjah Inggeris melihat tindakan PKM seperti mahu menggagalkan usaha kemerdekaan Tanah Melau, mereka mula menyusun langkah dan gerakan untuk menggagalkan usaha Chin Peng. Maka ramai di kalangan pemimpin penjajah yanag mati dibunuh.

Menyedari bahawa Inggeris akan memberikan kuasa politik kepada orang Melayu dan memberikan hak keistimewaan orang Melayu, maka terdapatlah pemimpin-pemimpin kaum pendatang cina ini yang mahu bersama-sama dengan pemimpin Melayu untuk membangunkan Tanah Melayu. Di sinilah bermulanya polisi politik ‘Menang-Menang’ mereka. Pertamanya, mereka dah dapat jadi warganegara. Keduanya, mereka boleh mengundi. Ketiganya, mereka berjaya mengekalkan kuasa ekonomi agar tidak diganggu-gugat oleh orang lain.

Penulis ingin bertanya kepada pembaca, apakah faktor utama desakan dan tekanan yang diberikan oleh kaum pendatang cina ini baik kepada kepim[pinan Melayu mahupun pemerintahan penjajah?

Pelbagai jawqapan dan pandangan yang boleh diutarakan. Namun yang jelas, pada era sebelum merdeka, dasar pecah dan perintah, tekanan serta kekangan terhadap umat Melayu di buminya sendiri oleh penjajah telah melemahkan orang Melayu. Orang Melayu yang suatu ketika dahulu menjadi kuasa utama di rantau Asia telah longlai dan tak mampu untuk bangkit. Bagi penjajah, kalau orang Melayui diberikan keutamaan, mereka takut suatu hari nanti orang Melayu akan bangkit dan memberontak dan mereka akan khilangan kuasa.

Justeru itu, kepercayaan dan keutamaan telah diberikan kepada kaum pendatang khususnya kaum cina.. Bentuk-bentuk keistimewaan itu termasuklah dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Lombong bijih, estet dan lading getah, kilang-kilan dan perusahaan, pembuatan adalah dikhususkan untk kaum cina. Mereka boleh beli dan memiliki lombong dan estet. Bukan itu sahaja, selain wujudnya sekolah-sekolah aliran Inggeris terdapat juga sekolah-sekolah vernakular cina. Tak silap penulis, sekolah vernacular cina ni dah ada lebih awal daripada sekolah kebangsaan/Melayu – lebih kurang 50-60 tahun.

Terpecahnya orang Melayu sebagai unit yang berasingan telah melemahkan orang Melayu sendiri, baik daripada segi semangatnya mahupun kudratnya. Kesempatan inilah yang diambil oleh penjajah dan kaum pendatang dalam mengaut keuntungan dan kekayaan. Juga di sinilah kita dapati permintaan dan desakan-desakan yang dibuat oleh kaum pendatang terhadap penjajah untuk memberikan ‘kuasa’ dan ‘hak’ politik.

Namun setelah orang Melayu bangkit dan bersatu di bawah satu bumbung iaitu UMNO, penjajah Inggeris yang baru menang perang kalahkan Jerman dan Jepun tunduk atas tentangan orang Melayu terhadap Gagasan Malayan Union. Orang Melayu telah berjaya menngagalkan satu perancangan besar penjajah.  Akhirnya orang Melayu melalui UMNO telah menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.  Kaum pendatang yang sedar bahawa orang Melayu kuat dan bersatu, akhirnya akur dan mahu bekerjasama dengan orang Melayu. Namun terdapat juga segelintir kaum pendatang yang masih tebal semangat perkaumannya. Mereka masih lagi mahu menjayakan misi untuk mendapatkan kuasa politik di kepulauan Melayu khususnya di Tanah Melayu bumi bertuah ini.

Bersambung……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: