Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 24 Ogos 2010

Kenyataan Soi Lek Berteraskan Agenda Tersirat Kaum Cina I?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 24 Ogos 2010

Oleh: Kawan Lama

Majlis Kongres Ekonomi Cina (MKEC) yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia telah pun berakhir kelmarin. 13 resolusi yang telah dizahirkan MKEC. Kenyataan-kenyataan Presiden MCA, YB Dato Seri Chua Soi Lek juga amat menarik sekali untuk ditelusuri bersama. Penulis hanya boleh merangkumkan bahawa apa yang dihasilkan dalam MKEC dan kenyataan Chua Soi Lek memperlihatkan arus perubahan terbaru daripada masyarakat kaum Cina yang selama ini didokongi oleh, persatuan-persatuan NGO/Dewan Perniagaan dan parti politik dominan yang mewakili kaum Cina. Apakah motif sebenar mereka? Apakah yang mereka cuba gambarkan kepada masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu dan kaum bumiputra?

Kenyataan Soi Lek yang memperlihatkan seolah-olah MCA telah membelakangkan sejarah penubuhan dan pegangan dalam BN yang diamalkan sejak kesekian lmanya. Kenyataan beliau bahawa mereka tidak perlu rasa bersalah kepada sesiapa kerana mempunyai pandangan dan tatacara sama seperti DAP adalah sesuatu yang tidk boleh dipandang remeh.  Walaupun beliau kemudiannya menyatakan bahawa ia hanya merupakan suatu pandangan bukannya desakan. Walau apapun, ‘What needed to be said was said and done’.  Whatsoever, the message had been delivered and understood especially by my own people’. Baca baki entri ini »

Advertisement

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »