Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 20 Ogos 2010

LIM Guan ENG dalam Khutbah Jumaat ? PELIK bebenor !!!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 20 Ogos 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Terkejut apabila membaca berita tentang penggantian nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada Ketua Menteri , Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat. Persoalannya ? Adakah ini arahan kerajaan negeri ataupun pemimpin itu sendiri dengan maksud yang tersirat? Perkara ini perlu diperjelaskan supaya tidak mengelirukan orang Islam. Amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini. Penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong juga sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja. Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam. Mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam. Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik. Tidak syak lagi, perbuatan itu dilakukan kerana mahu mengubah amalan orang Melayu dalam ibadah solat Jumaat di negara ini yang mendoakan kesejahteraan dan hidayah dari Allah SWT untuk ketua agamanya – sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | 38 Comments »