Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MERUNGKAI PERMASALAHAN SUBSIDI

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Ogos 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan, apakah asasnya kerajaan memotong perbelanjaan subsidi negara jika sejarah dan latar belakang ekonomi Malaysia tidak sama seperti Greece mahupun Thailand dan Indonesia yang masing-masing mempunyai sejarah hutang asing negara yang sangat kritikal?
Malaysia tidak perlu bimbang walaupun negara hanya mencapai pertumbuhan domestik sebanyak tiga peratus tahun demi tahun. Kestabilan defisit dan hutang negara dapat dikekalkan jika kerajaan terus mengukuhkan keluaran produk negara, merancakkan aktiviti eksport, meningkatkan urus tadbir korporat yang telus dan amanah.

Tohmahan bahawa negara akan bangkrap pada 2019 adalah satu mitos dan ilusi, jika kerajaan mengambil langkah yang betul dalam menguruskan perbelanjaan negara. Realitinya, apabila negara membangun mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan subsidi, menyebabkan tekanan yang dikenakan oleh Barat bagi membolehkan negara Asia Tenggara mengubah dasar ekonomi protectionism kepada dasar ekonomi bercorak pasaran bebas berlaku.

Dengan mengurangkan perbelanjaan subsidi, daya saing akan meningkat. Walaupun begitu, perkara ini berbahaya kepada syarikat Melayu serta syarikat bumiputera yang menghadapi liabiliti. Sejak dasar Ekonomi baru diperkenalkan, banyak syarikat Melayu bergantung pada subsidi kerajaan untuk meningkatkan daya saing mereka dengan syarikat bukan bumiputera dan syarikat asing.

Sehingga hari ini, ekonomi Melayu tidak dapat menyasarkan pertumbuhan perolehan ekuiti negara kepada 30 peratus kerana perolehan keuntungan daripada pertumbuhan ekonomi pada dekad 80-an dan awal 90-an adalah berasaskan pelaburan berbentuk modal (capital investment). Corak aktiviti ekonomi begini sangat goyah dan rapuh jika spekulasi mata wang menyerang saham Malaysia ketika negara menghadapi ketirisan modal dan defisit yang tinggi.

Kerajaan perlu mengekalkan perbelanjaan subsidi kepada rakyat agar syarikat kecil dan sederhana Melayu dapat menikmati pengurusan kos syarikat secara efektif. Akan tetapi kerajaan perlu mengubah aktiviti ekonomi Melayu daripada perniagaan bercorak pelaburan modal kepada pengeluaran berdasarkan aktiviti yang meningkatkan kepakaran tenaga mahir dan mempercepatkan produktiviti pengeluaran produk negara dengan mengurangkan kos pengurusan dan kos pembelian bahan mentah supaya keuntungan tidaklah hanya bersifat margin tetapi substantial.

Memberi subsidi merupakan tanggungjawab asas kerajaan kerana objektif utama adalah untuk melindungi golongan yang lemah dan berpendapatan rendah atau sederhana. Golongan ini akan sentiasa wujud dan semakin bertambah. Kerajaan pula tidak boleh menafikan hak mereka untuk membeli keperluan harian yang murah.

Golongan berpendapatan tinggi atau golongan yang kaya tidak perlu memperlekehkan kumpulan rakyat yang memerlukan subsidi. Mentaliti subsidi tidak ada salahnya bagi golongan yang memerlukannya. Fungsi subsidi menyumbang kepada kesejahteraan negara bagi mengelak tekanan hidup rakyat yang boleh menyebabkan ketidakstabilan sosial berlaku.

Hakikatnya, budaya berdaya saing sesuai untuk negara yang kuat seperti AS kerana golongan kaya di sana berani menakluk sumber asli semulajadi negara lain dengan cara campur tangan politik, kemahiran dan kekuatan pertahanan. Apakah “orang kaya” kita sanggup melakukannya seperti AS?

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: